Apa perasaan memasuki trimester ketiga sebagai ibu hamil bayi kembar? Pastinya lebih berdebar. Ingin tahu perkembangan bayi kembar pada tempoh ini?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Perkembangan bayi kembar trimester ketiga
Memasuki trimester ketiga ini dengan hamil bayi kembar, bakal ibu akan mudah penat.
Pemeriksaan pranatal juga akan menjadi lebih kerap pada trimester ini, sama ada setiap minggu atau 2 kali dalam seminggu.
Segalanya bergantung kepada tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Hamil bayi kembar minggu 28 & 29
Pada minggu ke-28 ini berat median bayi dianggarkan sekitar 1.19 kg.
Si kembar anda juga mungkin dapat merasakan saringan cahaya daripada luar seiring perkembangan penglihatan mereka.
Mata anak-anak ibu juga telah tumbuh bulu mata dan mereka boleh berkelip!
Pada minggu ke-29, anggaran berat median bayi adalah 1.36 kg.
Ibu hamil bayi kembar harus mengetahui anak sedang dalam proses perkembangan otak. Begitu juga dengan saiz kepala bagi memberi ruang untuk perkembangan tersebut.
Perkembangan bayi kembar yang lain adalah paru-paru dan otot mereka sedang bekerja keras untuk dapat berfungsi dengan baik di luar rahim ibu nanti.
Minggu 30 & 31
Minggu ke-30 ini, berat median bayi adalah pada sekitar 1.53 kg.
Setiap kantung bayi kembar anda dipenuhi banyak air ketuban – lebih kurang 1 ½ gelas.
Namun jumlah ini akan berkurangan apabila bayi semakin membesar dan memerlukan lebih banyak ruang dalam rahim.
Memasuki minggu ke-31 pula, anggaran berat median bayi pada 1.73 kg.
Untuk pengetahuan ibu, tubuh bayi anda semakin berisi. Ini di mana lapisan lemak mula terkumpul di bawah kulit, mengisi lengan dan kaki mereka.
Si kembar juga kini boleh memusingkan kepalanya dari 1 sisi ke sisi lain.
Minggu 32 & 33 perkembangan bayi kembar
Berat median bayi kembar pada minggu ke-32 hampir mencecah 2 kg, iaitu 1.92 kg.
Ibu jangan terkejut, kerana berat anda mungkin bertambah lebih cepat, sekitar 500 gram seminggu!
Separuh berat akan terus kepada bayi. Mereka akan menambah ⅓ hingga separuh berat kelahiran dalam tempoh 6 minggu ini sebagai persediaan untuk kehidupan di dunia baharu.
Pada kehamilan mencecah 33 minggu, berat median bayi adalah sekitar 2.09 kg.
Bahagian tengkorak masih lembut serta fleksibel untuk membolehkan mereka berpusing dan menghala kepala ke saluran kelahiran.
Minggu 34 & 35
Minggu ke-34 ini mencatatkan berat median bayi pada sekitar 2.3 kg.
Proses perkembangan berlaku melibatkan sistem saraf pusat dan juga paru-paru mereka.
Sekiranya anak dilahirkan sebagai bayi pramatang pada usia 34 hingga 37 minggu ini, mereka dipercayai tidak akan berdepan sebarang masalah kesihatan pada jangka masa panjang.
Di usia kehamilan ke- 35 minggu, bayi mencapai berat median 2.5 kg.
Buah pinggang mereka kini telah berkembang sepenuhnya dan hati sudah dapat menyingkirkan bahan buangan.
Minggu 36 & 37 perkembangan bayi kembar
Pada minggu ke-36 ini, anggaran berat median bayi adalah pada 2.66 kg. Berat ini akan bertambah, sekitar 500 gram sehari!
Kebanyakan rambut lanugo pada bayi sudah gugur semuanya, bersama vernix caseosa – lapisan putih pada kulit bayi.
Pada minggu ke-37 kehamilan pula, berat median dianggarkan pada 2.86 kg.
Di waktu ini, anda boleh bersalin pada bila-bila masa.
Ini kerana bayi dianggap sebagai cukup bulan apabila mencecah usia 37 minggu dan bermaksud risiko untuk masuk Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) boleh dielakkan, syukur!
Baca juga: