Bolehkah bayi yang belum lahir mempelajari apa-apa dalam kandungan ibu?
Rahim ibu diumpamakan seperti atmosfera deria bagi bayi. Sepanjang berada di sini, bayi boleh mempersiapkan diri untuk kehidupan di luar kelak. Bayi dalam kandungan sebenarnya sudah boleh menggerak-gerakkan sendi mereka pada minggu ke 10 kehamilan. Apabila menjangkau minggu 23, deria pendengaran bayi akan mula berkembang dan bertindak balas dengan apa yang mereka dengar. Pada masa yang sama, deria rasa bayi juga akan mula berkembang dan bertindakbalas dengan apa yang dimakan oleh ibu atau ketika perut ibu disentuh.
Berinteraksi dengan bayi dalam kandungan seperti bercakap atau menyanyi akan membantu fungsi kognitif bayi berkembang. Tambahan itu, para pengkaji juga menyarankan ibu hamil untuk membaca buku cerita atau mendengar muzik bagi mendedahkan kepada bayi dalam kandungan ibu asas untuk memahami sesuatu. Walau bagaimanapun, pengalaman ini agak sukar untuk diingati selepas kelahiran bayi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen