Sebagai seorang wanita, pasti anda pernah terdengar atau terbaca tentang kondisi peranakan jatuh bukan? Keadaan ini turut dikenali dengan nama rahim kembang, rahim terjatuh atau rahim terkeluar. Menurut mitos masyarakat kita, kondisi ini terjadi akibat terlalu banyak makan air batu. Adakah ia benar? Jika benar sekalipun, adakah terdapat sebarang petua kecutkan rahim yang kembang?
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk membongkar jawapannya!
Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.
Apa itu kondisi rahim kembang?
Secara saintifiknya, kondisi peranakan jatuh ini dikenali sebagai procidentia. Apakah simptom rahim kembang?
Ia adalah satu keadaan yang menyebabkan rahim terjatuh atau terkeluar ke bawah dari lokasi sebenarnya.
Antara kesulitan yang akan dialami adalah tidak mampu mengawal air kencing dengan baik.
Punca utama kondisi rahim kembang ini berlaku adalah kehamilan dan kelahiran anak terdahulu.
Ia boleh berlaku sebaik sahaja bersalin ataupun beberapa tahun selepas itu.
Ini sangat bergantung kepada faktor berat badan bayi, trauma atau tekanan yang terlalu kuat semasa melahirkan anak.
Selain itu, terdapat juga faktor lain yang boleh menyebabkan masalah ini termasuklah:
- Tidak berpantang dengan baik selepas keguguran/melahirkan anak
- Fibroid yang besar
- Usia
- Menopaus
- Obesiti
- Batuk kronik
- Kerap sembelit
- Selalu mengangkat berat
- Pernah menjalani pembedahan di bahagian rahim
Pun begitu, ramai yang mengatakan rahim kembang boleh terjadi akibat makan air batu.
Menurut pengamal perubatan Dr Rusyainie, ais sebenarnya tidak bersalah dan tidak akan menyebabkan apa-apa masalah kepada sistem peranakan wanita.
Petua kecutkan rahim yang kembang!
Baiklah, sekarang kita sudah tahu punca sebenar peranakan jatuh. Persoalannya, adakah terdapat sebarang petua kecutkan rahim yang kembang? Ya, ada.
Anda boleh cuba petua kecutkan rahim kembang yang disenaraikan ini:
#1. Lakukan senaman kegel
Adakah sebarang senaman kecutkan rahim? Ya, kegel.
Ini kerana senaman kecutkan rahim ini adalah sejenis senaman yang sangat baik untuk dilakukan oleh individu terutamanya golongan wanita.
Senaman kecutkan rahim ini berfokuskan kepada bahagian pelvis.
Secara tidak langsung, wanita yang kerap mengamalkannya mampu memiliki otot rahim yang lebih kecut, kuat dan sihat.
#2. Jauhi rokok untuk elak rahim kembang
Merokok adalah satu tabiat buruk yang akan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan kepada kita antaranya adalah peranakan jatuh. Kenapa?
Ini kerana perbuatan merokok boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit tekak dan batuk.
#3. Gunakan ‘vaginal pessary’ sebagai cara merawat tombong keluar
Apakah alat yang digunakan sebagai petua kecutkan rahim kembang ini? Buat anda yang belum tahu, ia adalah sebuah alat yang mempunyai bentuk seperti kuih donat.
Fungsi alat ini adalah untuk mengecutkan rahim.
Cara penggunaannya adalah dengan meletakkan alat ini ke kawasan serviks. Alat itu akan tersekat di situ sekali gus memastikan sistem peranakan tidak akan terjatuh atau terkeluar dengan mudah.
#4. Elakkan mengangkat barang berat
Wanita diciptakan sebagai makhluk yang lemah lembut dan ia wajar kekal begitu.
Jadi, sila elakkan daripada mengangkat barang berat atau melakukan senaman angkat besi di gimnasium.
Sebaliknya, cari alternatif yang lebih selamat namun sihat untuk bersenam seperti berjoging atau berenang.
#5. Amalkan diet yang sihat
Salah satu petua kecutkan rahim kembang adalah melalui diet. Diet yang sihat dan seimbang adalah satu kemestian buat semua orang. Namun, ia mungkin perlu diberi perhatian lebih oleh golongan wanita.
Tanpa pengambilan serat seperti buah-buahan atau sayur-sayuran, masalah sembelit boleh berlaku.
Kesannya, ia mungkin akan menyebabkan rahim kembang jika anda kerap meneran di dalam bilik air.
#6. Terapi penggantian estrogen
Sekiranya anda merujuk masalah ini kepada doktor, mereka mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil hormon estrogen.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan otot dan ligamen menjadi lemah. Kesannya, rahim boleh mengecut.
Pun begitu, ia turut hadir dengan beberapa komplikasi yang lain.
Antaranya adalah meningkatkan risiko penyakit seperti kanser payudara serta pembekuan darah di bahagian kaki.
#7. Pembedahan merawat rahim kembang
Akhir sekali, terdapat satu cara paling efektif untuk merawat peranakan jatuh iaitu pembedahan.
Terdapat 2 prosedur yang boleh dilakukan iaitu:
- Pembedahan histerektomi vagina (Vaginal hysterectomy with vaginal vault suspension)
- Pembedahan histerektomi abdominal (Abdominal hysterectomy)
Kesimpulan
Sila berhubung dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan merawat masalah rahim kembang yang dialami.
Dapatkan lebih banyak info tentang simptom rahim kembang ya.
[embed-health-tool-due-date]