Doktor mungkin akan mengambil sedikit sampel tisu daripada biopsi tumor sebelum melakukan analisis di makmal perubatan.
Ujian makmal akan menguji reseptor hormon yang terdapat dalam sampel tersebut.
Sekiranya keputusan ujian menunjukkan hasil positif reseptor hormon (HR+), ini bermakna bahawa hormon estrogen, progesteron atau kedua-duanya sekali telah menggalakkan pertumbuhan kanser yang anda alami.
Rawatan kanser horm0n

Doktor perlu mengetahui status reseptor hormon sel kanser terlebih dahulu sebelum sebarang rawatan diberikan.
Ini untuk memastikan kaedah rawatan yang diberikan itu lebih sesuai dan berkesan.
Antara jenis rawatan yang tersedia bagi merawat kanser-kanser horm0nal ialah seperti:
- Terapi hormon. Terapi ini menghalang tubuh badan anda daripada terus menghasilkan estrogen
- Perencat aromatase. Ia menyekat enzim daripada menukarkan hormon kepada estrogen. Rawatan ini hanya berfungsi untuk wanita yang menopaus (tidak lagi menghasilkan estrogen)
- Ubat kanser. Tamoxifen dan ubat lain yang boleh menghentikan reseptor hormon daripada mengikat kepada estrogen
- Pembedahan. Doktor akan membuang ovari bagi menghentikan penghasilan estrogen
Pencegahan kanser horm0n
Untuk pengetahuan anda, punca kanser hormon boleh muncul secara tiba-tiba tanpa sebab yang diketahui.
Namun, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko kanser jenis ini.
Antaranya ialah, bagi ibu hamil, pastikan anda kerap memberikan bayi menyusu badan kerana penyusuan secara semula jadi boleh mengurangkan risiko kanser payudara.

Bagi mereka yang merokok dan mengambil minuman beralkohol, hentikan tabiat tersebut serta-merta.
Selain itu, pastikan anda menjalani gaya hidup yang sihat sepanjang masa. Makan secara sihat dan kekal aktif sepanjang hari.
Jika anda mengalami obesiti, cuba kurangkan berat badan anda sehingga mendapat berat badan yang ideal.
Bagi mereka yang merancang kehamilan pula, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan berkenaan kaedah pengawalan kehamilan yang paling selamat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen