backup og meta

'Digital Overload' Menyebabkan Otak Menjadi Berkarat & Cepat Penat, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

'Digital Overload' Menyebabkan Otak Menjadi Berkarat & Cepat Penat, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Jika berlaku sesuatu kepada saraf otak, tubuh anda akan memberi tindak balas seperti kesukaran untuk bergerak, perubahan deria, isu kognitif dan macam-macam lagi. Bagaimana pula jika berlakunya digital overload? Apa yang akan berlaku pada tubuh badan anda?

Bersempena dengan Hari Otak Sedunia 2025 yang akan berlangsung pada 22 Julai, kesedaran mengenai kesihatan otak wajar dipertingkatkan. Hal ini bertujuan untuk mengajak anda menjaga kesihatan otak di setiap peringkat umur.

Otak manusia dan fungsinya penting bagi memproses maklumat daripada deria, mengawal pergerakan, membolehkan individu memahami dalam pembelajaran serta mengawal fungsi penting seperti pernafasan dan denyutan jantung.

Otak bertindak sebagai organ yang mengawal tubuh badan anda. Jika ia berada di dalam keadaan yang kurang, ia akan memberikan kesan kepada anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Saraf & Otak, anda boleh klik di sini.

Apa itu digital overload?

Digital overload adalah situasi di mana jumlah data yang berlebihan yang melebihi kapasiti dalam pemprosesan maklumat (kognitif). Apabila berada di era digital, di mana penyebaran data dan maklumat yang cepat melalui internet memudahkan anda terkena digital overload!

Hal ini kerana, ketika ini otak anda akan menghadam pelbagai jenis saluran digital, media sosial dan laman web.

Apabila pekara ini berlaku secara berterusan, ini boleh menyebabkan keletihan mental dan tidak mampu membuat keputusan, lalu menjadikan anda sukar untuk fokus dan membuat keputusan yang betul.

Digital overload boleh beri kesan kepada saraf otak?

Digital overload hanya memberi kesan kepada kesihatan otak anda. Ianya tidak memberi kesan kepada saraf otak di mana hanya boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan fizikal, tekanan darah tinggi, diabetes dan lain-lain

Tahukah anda, digital overload boleh menyebabkan brain rot – situasi di mana kesan negatif berlaku disebabkan pendedahan berlebihan terhadap kandungan dalam talian yang berulang atau terlalu merangsang. Hal ini disebut oleh Susan Lotkowski, DO, pakar neurologi di Inspira Medical Group Neurology Mullica Hill. 

Apa kesan digital overload kepada otak manusia?

saraf otak
Digital overload boleh mengganggu kesihatan otak.

1. Mengganggu waktu tidur

Tahukah anda, kualiti tidur yang kurang akan dikaitkan dengan perubahan otak, seperti pengurangan ketersambungan fungsi dan penurunan volum gray matter pada otak serta boleh peningkatan risiko untuk gangguan kognitif yang berkaitan dengan usia dan penyakit Alzheimer

2. Ketagihan teknologi

Ciri-ciri individu yang mengalami ketagihan teknologi ialah keasyikan, perubahan mood, kurang toleransi dan kemerosotan fungsi. Ini tidak baik untuk kesihatan otak anda.

Kajian telah dilakukan dan mendapati pelajar yang mengalami ketagihan internet lebih berkemungkinan mengalami gejala ADHD berbanding gangguan jiwa yang lain.

3. Tidak berminat berinteraksi secara nyata 

Sedarkah anda platform digital telah menarik minat anda berbanding berinteraksi dengan jiran handai atau sesiapa sahaja di sekitar anda? Hal ini kerana, content yang berada di telefon lebih menarik perhatian berbanding di dunia nyata. 

Anda perlu ubah tabiat ini agar tidak menjadi ikutan kanak-kanak dan demi kesihatan diri sendiri.

4. Memberi kesan buruk terhadap perkembangan kognitif dan otak

Ibu bapa perlu sedar, jika anda membiarkan anak anda terdedah dengan skrin (dan kurang masa membaca), ia akan menyebabkan perkembangan percakapan anak menjadi lemah.

Jadi, lebih baik perlunya kawalan ibu bapa dalam menyekat penggunaan skrin tanpa batas terhadap kanak-kanak.

Contoh perkara yang menyebabkan digital overload 

saraf otak
Notifikasi dan menonton content berlebihan membuatkan otak anda tidak dapat berehat secukupnya.
  1. E-mel
  2. Status update di sosial media
  3. Content di sosial media seperti X, TikTok, Instagram
  4. Streaming content
  5. Gaming
  6. Podcast
  7. Vlog
  8. Blog post
saraf otak
Cara menjaga kesihatan otak.

Jagalah kesihatan saraf otak anda

Teknologi bukan musuh, ianya perlu dikawal bagi memberikan kebaikan kepada semua jika digunakan dengan bijak. Disebabkan penggunaan digital yang kerap dan terlalu banyak ia telah menyebabkan otak anda tidak dapat berhenti bekerja! 

Sebab itulah, pentingnya keseimbangan di dalam hidup. Berikan otak anda untuk berehat dari melihat pelbagai jenis skrin seperti tablet, laptop dan handphone. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Brain. https://my.clevelandclinic.org/health/body/22638-brain. Diakses pada 21 Julai 2025

Brain Health for All Ages. https://wfneurology.org/world-brain-day-2025. Diakses pada 21 Julai 2025

Neurodegenerative Diseases. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/24976-neurodegenerative-diseases. Diakses pada 21 Julai 2025

Brain Rot Explained: How Digital Overload Affects Your Mind. https://www.inspirahealthnetwork.org/news/healthy-living/brain-rot-explained-how-digital-overload-affects-your-mind. Diakses pada 21 Julai 2025

Tafesse, W., Aguilar, M. P., Sayed, S., & Tariq, U. (2024). Digital Overload, Coping Mechanisms, and Student Engagement: An Empirical Investigation Based on the S-O-R Framework. SAGE Open, 14(1). https://doi.org/10.1177/21582440241236087 . Diakses pada 21 Julai 2025

Small, G. W., Lee, J., Kaufman, A., Jalil, J., Siddarth, P., Gaddipati, H., Moody, T. D., & Bookheimer, S. Y. (2020). Brain health consequences of digital technology use
. Dialogues in clinical neuroscience22(2), 179–187. https://doi.org/10.31887/DCNS.2020.22.2/gsmall. Diakses pada 21 Julai 2025

Versi Terbaru

22/07/2025

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

11 Tanda Kanser Otak Yang Anda Perlu Beri Perhatian, Jangan Ambil Mudah!

Kasihan Isteri Alami Kecederaan Saraf Tunjang, Bagaimana Nak Buat Hubungan Kelamin? Ini Caranya!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Dikemas kini 22/07/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan