Majoriti individu yang menghidapi masalah ini adalah individu yang masih muda dan masalah ini akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia.
- Dismenorea sekunder
Adalah satu kesakitan yang berkembang selepas hari pertama haid dan ia boleh dialami oleh individu yang mempunyai kitaran haid normal. Biasanya rasa sakit ini cenderung menunjukkan masalah pada rahim dan organ pelvis, termasuklah:
Kesakitan dismenorea sekunder ini biasanya bermula lebih awal dalam kitaran haid, lebih menyakitkan dan berlangsung lebih lama dari kesakitan senggugut haid yang biasa, iaitu dismenorea primer.
Tanpa pemeriksaan perubatan sewajarnya, sukar untuk menentukan sama ada sakit atau kesakitan yang berlaku disebabkan oleh dismenorea primer atau sekunder.
Sekiranya rasa sakit menstruasi yang dialami anak anda tidak berkurangan dengan pengambilan ubat antikeradangan, lebih teruk lagi ia menghalangnya daripada melakukan tugasan harian seperti hadir ke sekolah, pastikan anda membawanya untuk mendapatkan rawatan doktor.
Tip hilangkan rasa sakit menstruasi
Rasa sakit menstruasi ringan boleh dihilangkan. Sekiranya anak anda mengalami kekejangan dan kesakitan disebabkan haid, anda boleh memberikan beberapa cadangan berikut, antaranya:
- Senaman
Melakukan senaman ringan pastinya dapat membantu mengurangkan kesakitan. Ia tidak perlu menjadi satu senaman yang berat atau sukar dibuat. Lakukan sebarang aktiviti fizikal ringan dan mudah.
Anda mungkin boleh mencadangkan kepada anak anda untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan atau mengambil angin di taman permainan berdekatan rumah anda. Yoga dan latihan regangan juga boleh membantu.
- Mandi air panas
Mandi dengan air panas sudah tentu dapat membantu mengurangkan dan melegakan kekejangan akibat haid. Mungkin ketika anak anda mengalami kesakitan, anda boleh membenarkannya untuk mandi lebih lama.
- Pad pemanasan
Kebanyakan remaja perempuan juga menggunakan pad pemanasan pada bahagian bawah perut atau pelvik. Kini pad pemanasan boleh didapati secara meluas di pasaran. Bagaimanapun, ketika menggunakannya pastikan tahap kepanasan pad ditetapkan pada suhu sederhana atau rendah.

- Ubat-ubatan
Terdapat pelbagai ubat-ubatan yang dalam membantu menghilangkan kesakitan akibat period. Antara pilihan ubat yang sering digunakan untuk melegakan kekejangan dan kesakitan adalah seperti:
- Ibuprofen (Advil and Motrin)
- Naproxen natrium (Aleve)
Penggunaan ubat Aspirin kepada individu di bawah usia 20 tahun amatlah tidak digalakkan. Ini kerana ia berisiko meningkatkan risiko sindrom Reye – sejenis penyakit jarang berlaku dan boleh mengancam nyawa.
Dalam apa jua pengambilan ubat, pastikan anda mendapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor terlebih dahulu.
- Keselesaan
Apabila berada dalam kesakitan, sudah tentu perkara yang paling diingini adalah untuk berasa selesa. Jadi jika anak anda mengalami kesakitan, anda mungkin boleh menyarankan dia untuk berehat sambil menonton rancangan kegemarannya di televisyen. Berehat di dalam bilik juga boleh dianggap sebagai satu idea yang baik.
Akhir kata
Rasa sakit yang dialami kerana haid adalah satu proses biasa. Namun ia tidak bermakna anda boleh menganggap ia satu keadaan yang remeh, apatah lagi jika ia merupakan haid pertama anak anda.
Mereka mungkin benar-benar berada dalam kesakitan dan memerlukan kehadiran anda untuk mengurangkan rasa sakit itu. Kalau rasa sakit itu menjadi semakin teruk, pastikan anda membawa mereka untuk mendapatkan rawatan doktor dengan segera.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.