What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Parut BCG Di Lengan Kiri Petanda Pernah Terima Vaksin BCG?

    Parut BCG Di Lengan Kiri Petanda Pernah Terima Vaksin BCG?

    Semasa berada di sekolah rendah, penulis dan rakan-rakan lain akan mula berasa sedikit gusar apabila mula menginjakkan kaki ke Tahun 6. Mengapa? Sebab katanya, suntikan BCG akan diberikan jika tiada parut BCG di lengan kiri. Betul ke?

    Terdapat cakap-cakap yang mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang tidak mempunyai parut di bahagian lengan kiri, akan menerima suntikan BCG semula.

    Perkataan BCG ini pasti menyeramkan setiap kanak-kanak sekolah terutama mereka yang berada di Tahun 6. Anda tahu apakah sebenarnya vaksin BCG ini?

    Parut BCG dan igauan imunisasi BCG

    parut bcg

    BCG atau bacille Calmette-Guerin, adalah sejenis vaksin yang digunakan untuk mencegah penyakit tuberkulosis atau TB. Suntikan ini digunakan di negara-negara dengan kadar kelaziman TB yang tinggi.

    Suntikan ini digalakkan untuk diberi kepada bayi, kanak-kanak dan individu dewasa yang berumur bawah 35 tahun yang berisiko untuk mendapat TB.

    Vaksin BCG mengandungi bakteria TB yang dilemahkan, yang membina imuniti dan menggalakkan tubuh untuk melawan TB jika dijangkiti dengannya.

    Walau bagaimanapun, ia tidak akan menyebabkan sebarang penyakit TB daripada berlaku akibat suntikan tersebut.

    Kenapa kulit ada parut BCG?

    parut bcg

    Tindak balas yang biasa terjadi daripada vaksin BCG adalah kemerahan dan/ atau benjolan kecil di tempat suntikan, diikuti oleh ulser kecil selama beberapa minggu kemudian.

    Ulser tersebut mungkin terjadi dalam masa beberapa minggu hingga beberapa bulan sebelum ia sembuh dan membentuk parut rata yang kecil.

    Bila suntikan BCG diberikan?

    parut bcg

    Di Malaysia, suntikan vaksin BCG telah bermula sejak tahun 1961 sebagai salah satu usaha di bawah Program Kawalan Tibi Kebangsaan. Antara golongan yang perlu menerima suntikan ini ialah:

    • Bayi yang baru dilahirkan sebagai dos primary
    • Kanak-kanak dengan umur 15 tahun ke bawah yang tidak pernah menerima sebarang vaksin BCG
    • Kanak-kanak dengan umur 15 tahun ke bawah yang telah disuntik dengan vaksinasi BCG, tetapi tidak mempunyai sebarang parut suntikan
    • Murid sekolah yang berumur 7 tahun di Negeri Sabah dan 12 tahun di Negeri Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebagai dos tambahan. Ia telah dihentikan bermula 1 Julai 2002

    Bagi mereka yang telah menerima suntikan dan ada parut BCG, mereka tidak perlu lagi mendapatkan vaksinasi tersebut memandangkan ia tidak memberikan perlindungan tambahan kepada penerimanya.

    Walau bagaimanapun, jika tidak terdapat sebarang reaksi pada kulit seperti parut kecil, anda mungkin perlu disuntik sekali lagi dengan suntikan vaksin BCG tersebut.

    Melalui Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan pada tahun 2015, pemberian semula vaksinasi BCG kepada murid sekolah Tahun 1 atau yang berumur 7 tahun telah diberhentikan.

    Pemeriksaan kewujudan parut pada lengan juga telah dihentikan untuk murid Tahun 1.

    Hanya bayi yang baru dilahirkan perlu diperiksa status suntikan BCG pada umur 3 bulan secara rutin. Pemberian semula vaksin diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai sebarang parut BCG.

    Kini, murid sekolah daripada Tahun 1 hingga 6 mungkin tidak akan lagi mengalami mimpi ngeri sebagaimana yang dialami oleh penulis ketika bersekolah di sekolah rendah.

    Walau bagaimanapun, seingat penulis, memang tiada lagi program suntikan vaksin BCG di sekolah penulis sehinggalah penulis menamatkan sekolah rendah pada tahun 2006.

    Jika program vaksinasi BCG masih ada lagi ketika itu, penulis mungkin terselamat kerana parut di lengan kiri penulis masih wujud.

    health-tool-icon

    Jadual Vaksin Bayi

    Rujuk jadual imunisasi untuk tahu vaksin apa yang anak anda perlukan dan bila

    Apa jantina bayi anda?

    Lelaki

    Wanita


    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!

    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 15/11/2021
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan