backup og meta

Penyakit Berjangkit Paling Utama Di Malaysia, 2 Jenis Demam Ini Termasuk?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/09/2022

    Penyakit Berjangkit Paling Utama Di Malaysia, 2 Jenis Demam Ini Termasuk?

    Penyakit dan beban kesihatan utama di dunia pada hari ini sudah beralih daripada penyakit berjangkit kepada penyakit tidak berjangkit contohnya seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan strok. Namun, beberapa jenis wabak penyakit berjangkit tertentu masih lagi memberi impak kepada negara kita. Mari lihat 3 penyakit berjangkit di Malaysia yang paling ramai alami!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.

    3 jenis penyakit berjangkit paling umum di Malaysia!

    Penyakit berjangkit di Malaysia #1. Hepatitis A

    Hepatitis A juga disebabkan oleh virus, iaitu virus hepatitis A (HAV). Berbeza dengan hepatitis B dan C yang tersebar melalui darah, hepatitis A didapati daripada makanan yang tercemar.

    Mereka yang dijangkiti virus ini kebiasaannya mengalami simptom biasa keracunan makanan (sakit perut, muntah, cirit-birit) diikuti dengan simptom radang hati (jaundis, sakit bahagian kanan atas abdomen).

    Dalam kebanyakan kes, simptom akan hilang dengan sendiri dan tidak menyebabkan komplikasi serius. Vaksin hepatitis A boleh diambil dan ia memberikan perlindungan seumur hidup.

    Baca lagi artikel berkaitan: 

    #2. Demam denggi

    Siapa sahaja yang tidak tahu demam denggi di Malaysia?

    Pasti anda, ahli keluarga atau mana-mana kenalan anda pernah menghidap demam denggi. Pada tahun 2018 sahaja, lebih 77,000 kes telah dicatatkan, paling tinggi di negeri Selangor.

    Demam berpunca daripada wabak penyakit berjangkit virus denggi bawaan nyamuk aedes ini berpotensi menyebabkan komplikasi serius sehingga mengancam nyawa.

    Sehingga kini, masih tiada rawatan khusus bagi demam denggi. Hanya rawatan sokongan dalam bentuk air, ubat demam, dan tahan sakit diberikan untuk mengawal simptom.

    penyakit berjangkit di malaysia

    Vaksin denggi walaupun terdapat di sesetengah negara, ia tidak diluluskan di Malaysia atas sebab-sebab tertentu.

    Iklim tropikal di Malaysia memberikan suasana yang paling kondusif bagi nyamuk aedes.

    Oleh sebab itu, kes demam denggi di Malaysia sangat tinggi. Langkah mengawal pembiakan nyamuk aedes antara usaha utama yang dilakukan bagi mengurangkan bilangan kes.

    #3. Demam kepialu

    Juga berpunca daripada keracunan makanan, agen penyebabnya ialah bakteria Salmonella typhi/paratyphi.

    Antara simptom yang boleh dialami ialah demam, batuk, sembelit atau lebih kerap cirit-birit.

    Bintik-bintik merah juga kerap ditemui dalam kalangan mereka yang berkulit cerah.

    penyakit berjangkit di malaysia

    Dalam kes yang lebih serius, pesakit boleh mengalami dehidrasi kerana kehilangan banyak cecair dari cirit-birit.

    Lebih parah lagi, bahagian usus yang dijangkiti boleh bocor sehingga jangkitan tersebar dan mungkin menyebabkan kematian.

    Kebersihan ialah kunci kepada pengawalan bakteria ini terutamanya dalam kalangan penyedia makanan.

    Vaksin juga boleh didapatkan dalam bentuk oral atau suntikan kerana ia sangat efektif serta selamat dan hanya perlu diperbaharui setiap 3 tahun.

    Jadi, sekarang anda sudah tahu 3 jenis penyakit berjangkit di Malaysia.

    Maka, sila cuba elakkannya dengan menjaga kebersihan bukan sahaja pada tubuh anda anda tetapi juga rumah dan kawasan sekeliling.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan