backup og meta

TOLONG Henti Korek Tahi Telinga Mulai Sekarang, Kalau Tak Mahu Pendengaran Rosak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/08/2020

    TOLONG Henti Korek Tahi Telinga Mulai Sekarang, Kalau Tak Mahu Pendengaran Rosak!

    “Ahh, sedapnya korek tahi telinga ni…”, bisik Wazir sambil menguis-nguis telinganya dengan menggunakan putik kapas. 

    Sepertimana jejaka bernama Wazir ini, ramai daripada kita amat gemar untuk ‘menikmati’ korekan di dalam lubang telinga terutama sekali dengan menggunakan putik kapas. Begitu juga sewaktu kita masih kecil, ibu-ibu akan kerap ‘mencuci’ telinga kita dengan membuang tahi telinga dengan menggunakan putis kapas atau pengorek telinga besi.

    Lagi dalam dikorek, lagi sedap nikmat korekan tersebut. Dalam melayan nikmat korekan telinga tersebut, adakah anda tahu bahawa tabiat mengorek telinga dengan tujuan untuk membersihkan tahi telinga sebenarnya adalah satu tabiat yang berisiko? 

    ‘Tahi telinga’ yang bukan tahi

    tahi telinga

    Pakar telah menyatakan, anda sebenarnya tidak boleh mengorek telinga anda dengan apa jua jenis pengorek sekalipun. Tahi telinga yang anda ingin singkirkan tersebut sebenarnya adalah sejenis bahan berlilin yang dipanggil sebagai cerumen.

    Ia bukanlah tahi telinga seperti yang anda sangkakan, sebaliknya ia mempunyai fungsi dalam melindungi telinga anda.

    Earwax tersebut mempunyai peranan sebagai perangkap habuk dan kotoran supaya kotoran tersebut tidak memasuki lubang telinga anda dengan lebih dalam. 

    Selain itu, earwax tersebut juga berfungsi melindungi telinga anda daripada sebarang jangkitan dan juga mempunyai ciri antibakteria.

    Tahi telinga keluar secara semula jadi

    tahi telinga

    Anda tidak perlu bersusah payah untuk membuang earwax pada telinga anda kerana tubuh anda mempunyai mekanisme semula jadinya untuk mengeluarkan earwax yang sudah lama daripada lubang telinga.

    Kunyahan mulut, pergerakan rahang mulut dan pertumbuhan kulit dalam telinga akan menolak keluar earwax secara semula jadi.

    Jika anda menggunakan putik kapas untuk mengeluarkannya, ia sebenarnya hanya akan menolak earwax tersebut lebih dalam. Putik kapas juga akan membuatkan kulit telinga atau gegendang telinga anda menjadi lebih sensitif.

    Bagaimana jika tahi telinga berkumpul di dalam lubang telinga?

    tahi telinga

    Sebenarnya, kes tahi telinga berkumpul ini adalah jarang berlaku. Menurut American Academy of Otolaryngology – Head and Neck Surgery, hanya 1 daripada setiap 10 orang kanak-kanak atau 1 daripada 20 orang dewasa mempunyai masalah sebegini.

    Antara tanda terdapatnya pengumpulan earwax dalam telinga termasuklah: 

    • Sakit atau gatal-gatal
    • Rasa lubang telinga seperti penuh
    • Rasa berdesing di dalam telinga
    • Kurang dengar
    • Tahi telinga berbau (jika ada jangkitan)

    Jika anda mempunyai simptom atau tanda-tanda seperti berikut, sila berjumpa doktor dengan kadar yang segera.

    Kesimpulan

    Tuntasnya, tabiat mengorek telinga adalah satu tabiat yang perlu dihentikan dengan segera. Jika tidak, kami risau anda akan mengalami komplikasi yang lebih serius pada masa hadapan.

    Jika berlaku sesuatu terhadap gegendang telinga anda akibat daripada mengorek telinga, anda berpotensi akan mengalami kehilangan pendengaran. Jika menggunakan putik kapas sudah dianggap berbahaya kepada telinga anda, apatah lagi jika anda menggunakan pengorek telinga yang lebih kasar seperti pengorek telinga besi.

    Tahi telinga yang anda kenali bukanlah sebenarnya sisa yang patut anda buang. Biarkan sahaja ia di dalam lubang telinga anda kerana ia mempunyai fungsinya yang tersendiri. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan