backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ikut 9 Langkah Pencegahan Ini Untuk Elak Tidur Berdengkur, Jangan Biarkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/10/2023

Ikut 9 Langkah Pencegahan Ini Untuk Elak Tidur Berdengkur, Jangan Biarkan!

Berdengkur ketika tidur merupakan satu fenomena biasa dan lebih kerap berlaku pada individu lelaki berbanding wanita. Adakah ia boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Tidur, anda boleh klik di sini.

Berdengkur ketika tidur

Berdengkur adalah bunyi serak atau keras yang berlaku ketika udara melalui tisu pada bahagian leher, yang menyebabkan tisu bergetar ketika bernafas. 

Dengkur, boleh dianggap satu perkara normal, namun, ada masanya ia boleh menunjukkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi semakin teruk seiring dengan pertambahan usia. Malahan, berdengkur juga boleh mengganggu pasangan anda.

Simptom

Bagaimana untuk mengetahui anda berdengkur atau tidak? Mudah sahaja, jika ia terlalu kuat sehingga mengejutkan pasangan anda, pastinya anda akan mendengar rungutan pada keesokan paginya.

Berdengkur jua sering dikaitkan dengan gangguan tidur yang dirujuk sebagai apnea tidur obstruktif (OSA).

berdengkur ketika tidur

Pun begitu, tidak semua masalah dengkur berkaitan dengan OSA, tetapi, jika ia diiringi dengan sebarang simptom di bawah, ia mungkin petanda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut untuk OSA:

  • Pernafasan terhenti seketika sewaktu tidur
  • Rasa mengantuk secara berlebihan pada waktu siang
  • Kesukaran untuk menumpukan perhatian
  • Sakit kepala pada waktu pagi
  • Sakit tekak apabila bangun
  • Tidur yang tidak mencukupi
  • Tersedak atau terasa tercekik pada waktu malam
  • Tekanan darah tinggi
  • Rasa sakit dada pada waktu malam
  • Dengkuran yang terlalu kuat sehingga mengganggu pasangan
  • Pada kanak-kanak, akan menyebabkan kurang fokus, masalah tingkah laku atau prestasi lemah di sekolah

Punca masalah kesihatan

Bunyi dengkur adalah berbeza, bergantung kepada bagaimana udara terhad di hidung, mulut, atau tekak.

  • Mengalami selesema dan alahan akan membuatkan keadaan berdengkur ini semakin teruk yang disebabkan kesesakan hidung dan bengkak tekak.
  • Masalah berat badan berlebihan juga boleh mengakibatkan dengkur kerana pertambahan lemak yang berlebihan pada leher yang menghalang saluran udara apabila anda berbaring.
  • Ada masanya bentuk anatomi mulut juga boleh menjadi punca dengkur kerana terdapat tisu dan saiz tonsil yang mengehadkan aliran udara.
  • Pengambilan alkohol yang terlalu banyak sebelum tidur juga boleh menyebabkan berdengkur.
  • Masalah hidung, kekurangan tidur serta posisi tidur juga boleh menjadi penyebab berlakunya dengkuran.
  • Ubatan yang diambil juga boleh menjadi antara punca dengkur.

Langkah pencegahan berdengkur ketika tidur

berdengkur ketika tidur

Untuk merawat masalah berdengkur, perubahan gaya hidup merupakan langkah pertama yang akan dicadangkan, seperti:

  1. Mengurangkan berat badan.
  2. Elakkan pengambilan alkohol hampir dengan waktu tidur.
  3. Rawati masalah hidung tersumbat.
  4. Dapatkan tidur yang mencukupi.
  5. Tukar posisi tidur; hindari tidur terlentang, sebaliknya tidur secara mengiring.
  6. Tidur waktu yang sama setiap makan.
  7. Gunakan bantal tambahan.
  8. Berhenti merokok.
  9. Rawat masalah alahan kronik.

Jika anda kerap berdengkur, mungkin anda perlu berjumpa doktor untuk membantu anda mendapatkan tidur yang lebih baik dan meningkatkan kualiti hidup anda.

Kini anda telah tahu 9 kaedah untuk mengawal berdengkur ketika tidur.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan