1. Vaksin boleh menyelamatkan nyawa anak anda
Tujuan vaksin adalah untuk mencegah anak dari dari penyakit. Beberapa penyakit yang mempunyai vaksin seperti cacar air, tuberkulosis, beguk dan hepatitis B boleh dicegah jika anak anda menerima vaksin. Mengapa mahu bersusah payah jika penyakit tersebut dapat dielakkan dari awal?
2. Vaksin adalah selamat dan efektif
Sebelum sesuatu vaksin diwartakan, ia sudah diuji oleh doktor dan saintis untuk memastikan ia benar-benar selamat. Dakwaan yang mengatakan vaksin boleh menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah mental adalah tidak benar sama sekali. Ia memang ada kesan sampingan seperti tindak balas alahan tetapi sangat jarang berlaku.
3. Vaksin turut melindungi orang sekeliling
Bukan sekadar anak anda, vaksin juga melindungi orang di sekeliling anda. Semua penyakit yang divaksin adalah penyakit berjangkit. Sebab itu ia perlu dicegah sebelum ia tersebar di dalam komuniti. Dengan menolak vaksin, anda bukan sahaja boleh menyebabkan anak anda yang tidak bersalah jatuh sakit, malah ahli keluarga lain yang tidak terlibat juga boleh mendapat kesannya.