backup og meta

Suami Jadi Pemarah Semasa Anda Hamil? Jangan Biarkan, Ini BAHAYANYA!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2022

    Suami Jadi Pemarah Semasa Anda Hamil? Jangan Biarkan, Ini BAHAYANYA!

    Si dia berubah ketika anda sedang hamil boleh dianggap keadaan biasa. Namun jika ada penyebab pasangan berubah menjadi pemarah atau sebaliknya, anda harus lebih berwaspada.

    Jom ketahui apakah kesan yang boleh terjadi kepada anda dan bayi dalam kandungan akibat perubahan tersebut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Penyebab pasangan berubah adalah kesan tindak balas ketika hamil?

    Tidak dinafikan, kehamilan boleh menyebabkan tekanan, kebimbangan, kekecewaan, kekeliruan dan kemarahan bagi lelaki.

    Ini terutamanya ketika perlu membuat persiapan untuk menyambut kelahiran bayi, faktor kewangan, tuntutan kerja serta pelbagai isu lain turut terlibat.

    Si dia mungkin tidak bersedia menjaga bayi baru lahir dan bimbang ‘kehilangan’ masa untuk diri sendiri dan anda sebagai pasangannya. Wujud juga prospek berkaitan isu berkongsi perhatian dan kasih sayang anda dengan bayi.

    Apa yang dilalui suami adalah perkara biasa. Namun perkara paling penting adalah cara si dia mengendalikannya.

    Tindak balas lelaki kepada kehamilan 

    Bagi sesetengah lelaki, mereka mengalami tindak balas kuat terhadap kehamilan, menjadi penyebab pasangan berubah ketika hamil. Si dia boleh bertukar menjadi pemarah yang seterusnya membawa kepada keganasan.

    Kehamilan boleh menjadi tempoh untuk sesetengah lelaki menggunakan keganasan buat pertama kalinya dalam perhubungan. Atau jika mereka pernah melakukan keganasan sebelum ini, perilaku tersebut mungkin akan berulang.

    Wanita yang berada dalam perhubungan ini seringkali diselubungi kebimbangan dan ketakutan akan mencetuskan perilaku ganas sang suami.

    Keganasan berlaku apabila seseorang menggunakan kuasa mereka untuk menyakiti, mengawal atau membuli individu lain. Terdapat pelbagai jenis keganasan yang boleh berlaku dalam bentuk lisan, emosi atau fizikal.

    Baca juga:

    Penyebab pasangan berubah dan kaitannya dengan masalah keganasan rumah tangga

    Seperti yang dinyatakan tadi, keganasan rumah tangga boleh berlaku dalam bentuk fizikal, seksual, emosi, psikologi atau kewangan. Dianggarkan 1 daripada 4 wanita mengalami masalah ini dalam satu fasa kehidupan mereka.

    Sesetengah penderaan mula terjadi kepada wanita ketika hamil. Terdapat juga di mana penderaan menjadi lebih teruk semasa atau selepas kehamilan terjadi.

    Keganasan rumah tangga atau penderaan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan emosi dan mental, termasuklah tekanan serta kebimbangan. Ia juga meletakkan anda dan anak dalam kandungan dalam keadaan bahaya.

    Ia mungkin sangat sukar untuk mengenal pasti atau mengakui apa yang sedang berlaku dan penyebab pasangan berubah. Namun, ingatlah keganasan rumah tangga dan penderaan ini boleh berlaku kepada sesiapa dan anda tidak keseorangan.

    penyebab pasangan berubah

    Kesan keganasan ketika hamil

    Apabila pasangan berubah dan melakukan keganasan seperti kecederaan fizikal atau trauma, ia menyebabkan hormon tekanan individu yang terdedah kepadanya meningkat.

    Jika keganasan berlaku kepada wanita mengandung, hormon tekanan ini akan melalui plasenta kepada bayi yang sedang membesar di dalam kandungan. Ia boleh menjejaskan perkembangan bayi.

    Keganasan yang terjadi semasa hamil juga boleh menyebabkan keguguran, risiko tinggi untuk kelahiran pramatang dan kematian bayi baru lahir.

    Penyebab pasangan berubah: Keganasan selepas bayi dilahirkan

    Seperti anda yang akan bergelar ibu, menjadi seorang ayah juga bukanlah perkara mudah. Mereka juga perlu belajar cara menjaga dan bertindak balas terhadap keperluan bayi.

    penyebab pasangan berubah

    Suami anda mungkin berasa kecewa atau hilang keyakinan diri jika mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

    Selain itu, pasangan anda juga mungkin akan mengalami tekanan kerja, ketegangan hubungan atau kurang tidur. Impak daripada tekanan ini boleh membawa kepada kemarahan dan menjurus ke arah keganasan.

    Jika keadaan ini berlaku, si dia mungkin berisiko kehilangan kawalan diri dan boleh mencederakan anda atau bayi.

    Penyelesaian terbaik mengatasi masalah penyebab pasangan berubah

    Melakukan perubahan daripada menjadi pasangan kepada ibu bapa bukanlah perkara yang mudah. Ia melibatkan perubahan pada kehidupan anda dan juga pasangan serta perhubungan kalian berdua.

    penyebab pasangan berubah

    Idea yang baik untuk mengatasi situasi tersebut adalah dengan berbincang antara satu sama lain mengenai perasaan kalian berdua dan sebarang kebimbangan mengenai masa hadapan, termasuklah berkaitan:

    • Harapan 
    • Ketakutan dan kebimbangan
    • Jangkaan tentang kehidupan bersama bayi
    • Jenis ibu bapa yang bagaimana kalian ingin jadi
    • Bagaimana kalian boleh menyokong antara satu sama lain

    Anda juga mungkin mendapati ia berguna untuk:

    • Berkomunikasi secara terbuka dan jujur tentang perasaan anda berdua. Bergilir-gilir untuk mendengar antara satu sama lain
    • Mencuba untuk tidak menuduh atau terlalu negatif, sebaliknya fikirkan perkara praktikal yang boleh kalian berdua lakukan untuk menjadikan keadaan lebih baik
    • Cuba memahami perkara dari sudut pandangan pasangan dan diri sendiri
    • Bina pelan kesejahteraan untuk memahami perasaan diri dan membantu anda membincangkannya dengan pasangan

    Bercakap mengenai perasaan diri dan bagaimana pasangan berubah mungkin boleh mencetuskan pertengkaran atau salah faham anda dan pasangan. 

    Tetapi ia mungkin membuatkan kalian berdua berasa lebih bersedia untuk perubahan yang akan datang dan menyakinkan diri bahawa perhubungan anda berdua adalah kuat, sihat dan penuh kasih sayang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan