backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Rasa Faraj Longgar Selepas Lahirkan Anak? 3 Tip Ini Dapat Membantu Ibu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/12/2021

    Rasa Faraj Longgar Selepas Lahirkan Anak? 3 Tip Ini Dapat Membantu Ibu

    Setiap wanita pasti akan berasa bimbang mengenai keadaan faraj selepas melahirkan anak. Bertenang, Hello Doktor akan kongsikan cara mengetatkan faraj selepas bersalin untuk diamalkan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Bagaimana keadaan faraj selepas bersalin?

    Tidak dinafikan ramai wanita mempunyai kebimbangan mengenai keadaan faraj yang longgar selepas kelahiran bayi.

    Bahkan keadaan tersebut menyebabkan ramai bakal ibu memilih kelahiran secara pembedahan bagi mengelakkan terjadinya masalah miss V longgar.

    Tetapi benarkan faraj akan longgar selepas beranak?

    Miss V mungkin kelihatan lebih lebar berbanding sebelum anda hamil. Ia boleh terasa lebih longgar, lebih lembut dan lebih terbuka. Malah anda mungkin melihatnya seperti bengkak atau lebam.

    Ia perkara biasa. Pembengkakan dan keterbukaan ini akan mula berkurang beberapa hari selepas bayi dilahirkan.

    Yang pastinya faraj anda tidak akan kembali sepenuhnya kepada bentuk sebelum bersalin. Tetapi ia bukanlah 1 masalah besar.

    Umumnya, faraj anda sememangnya akan berubah seiring peredaran masa disebabkan beranak dan pertambahan usia.

    faraj selepas bersalin

    Jika kekerapan anda bersalin secara normal lebih kerap, otot faraj akan cenderung kehilangan sedikit keanjalan.  

    Namun, penuaan boleh menyebabkan faraj sedikit meregang, tidak kira sama ada anda mempunyai anak atau tidak.

    Sekiranya berasa tidak selesa dengan keadaan ini, terdapat senaman untuk menguatkan otot lantai faraj sebelum, semasa dan selepas kehamilan.

    Jom ketahui cara ketatkan faraj selepas bersalin melalui kaedah mudah ini.

    Cara mengetatkan faraj selepas bersalin

    Apabila otot lantai pelvis kuat, organ akan disokong dengan baik dan kukuh di tempatnya.

    Bahagian tersebut biasanya kuat ketika masih muda dan akan menjadi lebih lemah apabila kerap beranak serta semakin berusia.

    Apa yang boleh anda lakukan:

    faraj selepas bersalin

    1. Elakkan tekanan

    Menjaga lantai pelvis agar kekal kuat amat mudah jika anda dapat mengawal tekanan. Berikut amalan pencegahan stres yang boleh dicuba:

    Pemakanan seimbang 

    Amalkan pemakanan sihat tinggi serat untuk merendahkan kecenderungan sembelit.

    Squat

    Sebaiknya mencangkung semasa melakukan pergerakan usus. 

    Anda boleh melakukan ini dengan meletakkan kerusi kecil pada tandas duduk anda untuk membantu membengkokkan lutut. 

    Kedudukan mencangkung ini juga membolehkan otot yang mengawal kawalan usus – puborectalis – berehat sepenuhnya.

    Apabila lutut dalam keadaan 90°, otot akan terlibat secara separa. Berada dalam posisi squatting ini dapat meminimumkan ketegangan.

    Cara mengangkat barang

    Belajar dan amalkan cara untuk mengangkat barang dengan betul.

    Berat badan

    Mengekalkan berat badan seimbang juga membantu dalam merendahkan tekanan sekali gus mengurangkan kesan perubahan miss V selepas beranak

    Baca juga:

    2. Senaman kekuatan 

    Senaman lantai pinggul adalah kaedah utama untuk memastikan lantai pelvis anda kuat dan sihat.

    Pelvis adalah otot yang terbentuk seperti ‘buaian’ dan berada di antara tulang kemaluan bahagian depan badan hingga ke tulang ekor.

    Anda boleh mengesan otot lantai ini dengan cara:

    • Berpura-pura cuba menahan kentut
    • Berpura-pura mengetatkan faraj di sekitar tampon/jari

    Otot yang terasa seakan mencengkam di dalam faraj adalah otot pelvis yang perlu dikuatkan. 

    Sebaik sahaja dapat mengenal pasti otot pelvis anda, ini antara senaman yang harus anda amalkan.

    Senaman Kegel

    Ia adalah senaman melibatkan otot pelvis, kemudian menahannya selama 5 hingga 10 saat dan melepaskannya. 

    Lakukan senaman ini antara 5 hingga 10 kali bagi setiap sesi secara berturut-turut, untuk beberapa kali dalam sehari.

    Senaman Kegel ini mudah serta boleh dilakukan tanpa mengira masa.

    Mengamalkannya turut boleh membantu mengatasi masalah kentut faraj selepas bersalin dan membuatkan anda lebih menikmati hubungan seks.

    • Kemutkan dan regangkan faraj dan dubur pada masa yang sama. Ulang teknik ini dalam tempoh yang cepat
    • Kemudian lakukan ia secara perlahan-lahan. Tahan kemutan selama yang boleh tetapi pastikan tidak melebihi 10 saat sebelum meregangkannya

    faraj selepas bersalin

    Cara ketatkan faraj selepas bersalin melalui senaman pelvic tilt

    Otot faraj juga boleh dikuatkan melalui senaman kecondongan pelvis.

    • Baring secara menelentang di atas lantai dan bengkokkan lutut
    • Ratakan punggung ke lantai dengan mengetatkan otot perut – lakukan seperti anda sedang ‘mengemutkan’ otot perut
    • Tahan sehingga 10 saat (jika boleh). Ulangi langkah di atas

    Lakukan teknik ini sehingga 10 kali setiap sesi, hingga 5 kali dalam sehari.

    Pengukuhan teras

    Otot pelvis adalah sebahagian otot besar dalam tubuh yang dipanggil sebagai asas (core).

    Walaupun masih banyak kajian diperlukan, dipercayai dengan menjaga ketegangan otot asas ini bersama bahagian paha dan glutes – otot sekitar bahagian pinggul – adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan lantai pelvis.

    Senaman seperti yoga, pilates atau squat antara pilihan yang dapat membantu mengekalkan kekuatan otot-otot tersebut.

    3. Kemutan kontra bantu cegah perubahan faraj selepas bersalin

    Counteractive squeeze turut berkesan membantu ‘melawan’ aktiviti yang boleh menyebabkan otot pelvis meregang.

    Anda boleh melakukan senaman pelvis selepas:

    Jika terdapat kebimbangan mengenai keadaan faraj selepas bersalin, lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan