home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

8 Risiko Tak Selamat Yang Boleh Berlaku Jika Anda Tidur Bersama Bayi (Co-Sleeping), AWAS Parents!

8 Risiko Tak Selamat Yang Boleh Berlaku Jika Anda Tidur Bersama Bayi (Co-Sleeping), AWAS Parents!

Katil adalah antara barang keperluan bayi yang ibu bapa sediakan sebelum bayi lahir lagi. Namun, selepas bayi lahir, belum tentu lagi bayi akan tidur di atas katil bayi yang disediakan. Kebanyakan ibu bapa cenderung memilih untuk tidur bersama bayi mereka di atas katil kelamin. Alasannya supaya mudah untuk menguruskan bayi jika bayi terjaga di tengah malam. Persoalannya adalah, adakah selamat jika ibu bapa tidur sekatil bersama bayi?

Adakah co-sleeping selamat?

Apabila ibu bapa tidur di atas katil yang sama dengan bayi mereka, ia digelar co-sleeping. Co-sleeping telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu. Kebanyakan ibu yang biasa tidur dengan bayi merasakan amalan ini penting untuk memupuk perkembangan emosi serta merapatkan ikatan antara ibu bapa dan anak.

Antara punca ibu bapa memilih co-sleeping adalah untuk memudahkan mereka bangun di tengah malam dan memberikan susu kepada si manja. Malah, ibu bapa merasakan bayi juga akan mudah tidur semula jika terjaga kerana mengetahui ibu bapanya ada di sebelah, berbanding jika membiarkan bayi tidur di katilnya sendiri.

Antara keburukan bayi tidur sekatil dengan ibu bapa adalah tabiat ini amat sukar untuk dihentikan. Walaupun tidur bersama bayi dapat membantu anda untuk mendapat rehat yang secukupnya dan memudahkan anda menyusukan si manja, namun anda akan mengalami kesukaran untuk mengajar si manja tidur sendiri apabila dia semakin membesar. Waima, perkara ini juga akan turut mengganggu kehidupan anda dan pasangan di bilik tidur termasuklah dalam hal hubungan intim.

Topik co-sleeping ini juga acapkali menjadi perbalahan di antara pakar dan ibu bapa. Ini kerana, ramai pakar yang menentang co-sleeping disebabkan tabiat tidur bersama bayi ini boleh meningkatkan risiko kematian bayi yang tidak diduga tiba-tiba (SUDI) termasuklah sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) dan kemalangan tidur yang membawa maut.

Risiko co-sleeping

Dari aspek keselamatan, Persatuan Pediatrik Amerika (AAP) menyarankan ibu bapa supaya tidak berkongsi katil dengan bayi. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa amalan ini meningkatkan risiko SIDS. Jika anda ingin berkongsi katil, AAP menyarankan supaya anda mengelak daripada tidur bersama si manja jika anda terlalu penat.

Ramai pakar yang berpendapat SIDS terjadi semasa co-sleeping kerana berlakunya situasi seperti bayi terperangkap di antara bantal, bayi lemas kerana anda secara tidak sengaja menghempap bayi atau terlalu penat, bayi terjatuh dari katil dan bayi kepanasan.

Risiko SUDI termasuklah SIDS dan kemalangan tidur yang boleh membawa maut akan meningkat semasa co-sleeping, jika:

  • Anda atau pasangan anda perokok.
  • Anda atau pasangan anda mengambil dadah, alkohol atau sebarang ubat sedatif yang boleh membuatkan tidur mati.
  • Bayi anda berusia kurang daripada 3 bulan, atau lahir pramatang atau lebih kecil berbanding bayi biasa semasa lahir.

Saranan pakar tentang susunan tidur bayi

Anda masih boleh memberi si manja tidur satu bilik dengan anda. Walau bagaimanapun, pakar menyarankan supaya bayi diletakkan dalam katilnya sendiri untuk bulan-bulan terawal (iaitu semasa 6-12 bulan terawal kelahiran si manja). Anda boleh letakkan katil bayi di dalam bilik anda. Pilihan lain adalah dengan meletakkan katil sisi bayi yang bersambung dengan katil anda. Dengan cara ini dapat mengurangkan masalah SIDS kerana anda dapat memantau cara tidur si manja. Jika anda masih mahu tidur sekatil bersama si manja, elakkan daripada gejala-gejala yang boleh mendatangkan SIDS seperti yang disebutkan di atas.

Keselamatan semasa co-sleeping

Jika masih mahu co-sleeping bersama bayi, terdapat beberapa langkah pencegahan yang perlu anda ikuti bagi mengurangkan risiko:

  • Tidurkan bayi secara menelentang (jangan biarkan bayi tidur meniarap atau mengiring).
  • Pastikan kepala bayi tidak ditutup semasa tidur.
  • Pastikan tilam anda rata dan kejap.
  • Gunakan selimut bayi yang nipis dan ringan.
  • Letakkan bayi di sebelah seorang sahaja ibu atau bapa, bukannya di tengah-tengah (antara ibu dan bapa).

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://raisingchildren.net.au/newborns/sleep/where-your-baby-sleeps/co-sleeping

https://www.babycentre.co.uk/a558334/co-sleeping-and-safety

https://www.babycenter.com.my/a25008275/kematian-kot-sids

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada [date}
x