Muntah Kuning Saat Hamil? Ini Do’s & Don'ts Selepas Muntah Ibu Patut Tahu

    Muntah Kuning Saat Hamil? Ini Do’s & Don'ts Selepas Muntah Ibu Patut Tahu

    Adakah bahaya muntah kuning saat hamil? Tetapi kenapa ia boleh berlaku? Bertenang wahai bakal ibu, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui puncanya serta apa yang patut dielakkan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Adakah bahaya muntah kuning saat hamil?

    Sejujurnya ia adalah keadaan normal untuk terjadi semasa mengandung dan tidak berbahaya.

    Muntah kuning adalah asid perut. Apabila perut dalam keadaan kosong tetapi keinginan untuk muntah tidak dapat dielakkan, maka satu-satunya ‘benda’ yang ada di dalamnya adalah cecair hempedu.

    Cecair ini adalah asid yang dihasilkan oleh perut untuk membantu memecahkan makanan.

    Jika muntah adalah perkara pertama yang anda lakukan pada waktu pagi sebelum mengambil sebarang makanan – atau berterusan untuk muntah – ia adalah perkara biasa untuk mengeluarkan cecair kuning tersebut.

    Kenapa berlaku muntah kuning saat hamil?

    Sebab paling mungkin kenapa anda muntah semasa mengandung adalah kerana hormon. Ini terutamanya pada trimester pertama – di mana hormon kehamilan seperti estrogen dan progesteron meningkat.

    Anda juga sedang menghasilkan tahap human chorionic gonadotropin (hCG) tinggi kerana badan sedang ‘mengubahsuai’ untuk menjadi ‘rumah’ kepada janin.

    Fahami gejalanya

    muntah kuning saat hamil

    Bergantung kepada sama ada anda mengambil sebarang cecair sebelum muntah atau kekerapan muntah, konsistensi cecair kuning mungkin berbeza-beza.

    Ia boleh menjadi sangat cair dan jernih, berbuih atau pekat dan berlendir. Semua ini adalah kategori normal untuk muntah keluar cairan kuning pahit.

    Selain itu, anda mungkin mengalami simptom biasa mabuk pagi seperti:

    • Rasa muak, mabuk kereta
    • Kekejangan perut
    • Hilang selera makan
    • Dehidrasi
    • Rasa pahit atau logam dalam mulut

    Bila akan berlaku muntah kuning saat hamil?

    Morning sickness ini biasanya mula berlaku sekitar minggu ke-6 atau ke-7 kehamilan. Ia memuncak sekitar 9 hingga 12 minggu dan kemudiannya akan secara perlahan-lahan berkurangan.

    Namun, berita buruknya, terdapat juga wanita mengandung yang berterusan mengalami keadaan ini sehingga bersalin. Berita baiknya pula, ia adalah keadaan yang jarang untuk berlaku.

    Selepas muntah, lakukan perkara ini

    Ini penting untuk melegakan perut selepas muntah.

    Anda boleh menghirup air nausea-friendly seperti teh pudina dan halia. Ia dipercayai dapat memberikan kesan yang menakjubkan.

    Selain itu, ambil snek karbohidrat seperti kraker, roti bakar, bijirin kering, pretzel atau bagel biasa.

    muntah kuning saat hamil

    Mungkin anda berasa tidak selera untuk minum dalam keadaan mual. Tetapi ia penting bagi mengelakkan dehidrasi.

    Jika tidak mampu menghirup air, mungkin anda boleh mencuba beberapa pilihan lain seperti ketulan ais atau popsicles, atau cuba menyedut minuman menggunakan straw.

    Perkara perlu dielakkan apabila muntah kuning saat hamil

    Perkara paling asas adalah untuk tidak menggosok gigi walaupun mempunyai keinginan yang membuak-buak.

    Ya, muntah akan menyebabkan mulut, bahkan nafas terasa busuk. Tetapi apabila asid perut bersentuhan dengan gigi – terutamanya jika kerap muntah – ia boleh melembutkan enamel gigi.

    Memberus gigi apabila enamel dalam keadaan lembut sebenarnya boleh menanggalkannya – ia merupakan keadaan yang tidak bagus untuk gigi dalam tempoh jangka masa panjang.

    Jika tidak selesa dengan keadaan mulut anda, mungkin boleh berkumur dengan sedikit air untuk membilas mulut dan gigi.

    Tanda bahaya muntah semasa mengandung

    Ada sesetengah bakal ibu mungkin tidak langsung mengalami situasi ini. Tetapi bagi mereka yang berdepan keadaan ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian.

    Ini kerana anda mungkin boleh melepasi keadaan normal dan beralih kepada situasi yang memerlukan rawatan perubatan.

    Ia disebut sebagai hiperemesis gravidarum (HG). Keadaan ini perlu dirawat atau ia boleh mengakibatkan:

    Simptom bahaya biasa yang menunjukkan anda mengalami HG dan bukan mabuk hamil biasa adalah:

    • Muntah berterusan
    • Tidak dapat menahan sebarang makanan
    • Pengsan atau pening
    • Penurunan berat lebih daripada 5% daripada berat badan

    Baca juga:

    Jika berasakan anda mungkin mengalami HG, lakukan pemeriksaan doktor. Anda juga perlu berjumpa doktor jika mengalami gejala berikut:

    • Air kencing gelap atau ketidakupayaan untuk kencing
    • Sakit kepala teruk
    • Demam
    • Sesak nafas
    • Pening atau kekeliruan
    • Sakit teruk atau kekejangan di perut
    • Muntah berdarah
    • Lemah otot
    • Perubahan penglihatan
    • Pendarahan faraj
    • Bengkak kaki secara tiba-tiba
    • Sakit abdomen

    Ini mungkin bermakna morning sickness anda tidak terkawal atau terdapat jangkitan mahupun masalah kesihatan serius lain.

    Tidak semua loya disebabkan oleh kehamilan. Perkara lain seperti apendisitis, keradangan pundi hempedu, dan batu karang masih boleh berlaku semasa kehamilan.

    Jadi jawapan kepada persoalan adakah bahaya muntah kuning saat hamil, sudah terjawab. Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/01/2023

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan