Biasanya cara mengatasi plasenta previa adalah untuk meringankan gejala dan memanjangkan kehamilan, seperti:
- Penghospitalan
- Pemantauan rapi – menggunakan monitor janin dan kerap memeriksa tanda-tanda vital ibu seperti tekanan darah
- Pemindahan darah untuk ibu
- Elakkan sebarang aktiviti yang mencetuskan pengecutan rahim atau merengsakan serviks seperti hubungan seksual atau orgasme
- Berehat di atas katil (bed rest)
Jadi apakah mungkin posisi tidur ibu hamil dengan plasenta previa yang digalakkan dan yang perlu dielakkan? Jom ketahui jawapannya.
Posisi tidur ibu hamil dengan plasenta previa
Berikut antara posisi yang disarankan buat wanita hamil dengan masalah uri bawah:
1. Berbaring mengiring

Wanita hamil dengan plasenta previa sangat dinasihatkan untuk tidur berbaring mengiring ke kiri. Kedudukan dipercayai dapat mengurangkan tekanan pada rahim supaya aliran darah dan nutrien untuk janin serta plasenta lebih lancar. Di samping itu, mengiring ke kiri tidak akan memberi tekanan kepada jantung.
Pastikan kedudukan kaki dan lutut anda dibengkokkan dan diletakkan bantal di antara kaki untuk keselesaan tambahan.
Kedudukan ini juga akan memberi manfaat kepada buah pinggang dengan membantu mengeluarkan sisa dan cecair daripada badan anda. Ia sekali gus akan mengurangkan bengkak pada buku lali, kaki dan tangan anda.
Bagi ibu hamil yang mengalami masalah sakit belakang, cuba letak bantal nipis untuk menampung perut.
Tiada salahnya untuk mengiring ke kanan. Namun sangat disyorkan untuk berbaring mengiring ke sebelah kiri.
Posisi tidur ibu hamil dengan plasenta previa #2. Tidur dengan sokongan
Satu lagi posisi tidur untuk wanita hamil dengan plasenta previa ialah berbaring dengan meletakkan bantal sebagai sokongan.
Letakkan beberapa bantal di kepala dan belakang badan supaya kedudukannya seperti separuh duduk. kedudukan ini boleh membuatkan ibu hamil berasa lebih selesa.
Bukan itu sahaja, posisi separuh duduk juga boleh mengurangkan risiko mengalami pedih ulu hati pada waktu malam. Secara tidak langsung menjadikan tidur pada waktu malam lebih selesa.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen