Apa makanan untuk naikkan Hb (hemoglobin) semasa hamil ya? Untuk ibu hamil yang mengalami anemia, anda harus membaca perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Penjagaan kehamilan
Sebelum mengetahui antara jenis makanan untuk naikkan Hb, ayuh kita fahami kepentingan penjagaan kesihatan semasa mengandung.
Kehamilan adalah masa apabila tubuh mengalami banyak perubahan dan ia memerlukan penjagaan serta perhatian tambahan.
Antara perkara penting yang perlu diingati oleh ibu mengandung adalah pemakanannya, terutama apabila ia berkaitan dengan pengambilan zat besi yang mencukupi.
Keperluan zat besi
Keperluan untuk zat besi meningkat dengan ketara. Ia diperlukan untuk penghasilan sel darah merah, plasenta, perkembangan otak bayi serta untuk memastikan tahap tenaga ibu.
Kekurangan nutrien ini boleh mengakibatkan anemia, risiko kelahiran pramatang dan berat lahir rendah.
Jenis makanan untuk naikkan Hb
Jadi apakah jenis makanan naikkan Hb ibu mengandung yang boleh diamalkan?
1. Sayuran berdaun hijau
Sayuran berdaun hijau seperti bayam dapat membantu tahap penyerapan zat besi. Ia tinggi kandungan vitamin B dan C yang boleh membantu wanita hamil kekal cergas dan sihat.
2. Lentil
Lentil adalah sejenis kekacang yang tinggi dengan zat besi, protein dan serat.
3. Tauhu, antara jenis makanan untuk naikkan Hb
Tauhu adalah sumber zat besi yang diperbuat daripada kacang soya. Ia juga merupakan sumber protein dan kalsium yang baik.
4. Kacang kuda
Kacang kuda adalah sejenis kekacang yang kaya dengan zat besi, protein dan serat.
5. Daging merah, sebagai cara menaikkan Hb dengan cepat
Daging merah seperti kambing dan daging lembu mengandungi zat besi heme yang tinggi, ia mudah diserap oleh tubuh.
Disyorkan untuk mengambil daging merah secara sederhana kerana kandungan lemaknya yang tinggi, namun pastikan ia dimasak sepenuhnya.
Makanan untuk naikkan Hb #6. Ayam dan itik
Ayam, itik dan ayam belanda juga merupakan sumber zat besi heme yang baik. Ia juga merupakan sumber protein tanpa lemak berbanding daging merah.
7. Ikan
Ikan seperti salmon, tuna dan sardin mengandungi zat besi heme yang tinggi serta asid lemak omega-3 yang banyak manfaat kesihatan.
8. Ubi bit
Ubi bit merupakan salah satu makanan naikkan Hb ibu mengandung kerana ia kaya dengan vitamin, asid folik, zat besi dan mineral.
Ubi bit membantu dalam pembentukan sel darah merah baru dan meningkatkan aliran oksigen ke bahagian badan.
Makanan untuk naikkan Hb #9. Coklat gelap
Coklat susu cenderung mengandungi banyak gula, tetapi coklat gelap yang mengandungi kira-kira 70-85% koko adalah kurang gula dan dipenuhi nutrien yang bermanfaat seperti magnesium dan zat besi.
Tip lain yang boleh dicuba
Berikut adalah beberapa petua untuk menambah makanan kaya zat besi ke dalam diet semasa kehamilan:
Pelbagaikan jenis makanan tinggi zat besi
Gabungkan pelbagai jenis makanan kaya zat besi dalam diet seperti bayam, kekacang, lentil, daging merah, ayam itik, ikan, bijirin yang diperkaya dan kacang.
Gandingkan dengan vitamin C bantu naikkan Hb
Vitamin C membantu badan menyerap zat besi dengan lebih cekap. Ambillah makanan kaya zat besi dengan makanan kaya vitamin C seperti oren, strawberi, tomato atau lada benggala.
Pilih snek tinggi zat besi
Pilihlah snek daripada makanan kaya zat besi seperti buah-buahan kering, kekacang dan bijian.
Pilih makanan yang diperkaya
Pilih makanan yang diperkaya dengan zat besi seperti bijirin, roti dan pasta.
Elakkan teh atau kopi
Minum teh atau kopi bersama pengambilan makanan boleh mengurangkan penyerapan zat besi daripada makanan.
Pertimbangkan pengambilan supplement naikkan Hb
Jika anda tidak dapat zat besi yang mencukupi daripada diet, doktor mungkin mengesyorkan suplemen zat besi.
Pastikan anda berunding terlebih dahulu dengan doktor sebelum pengambilan sebarang suplemen semasa hamil.
Senaman, sebagai cara menaikkan Hb dengan cepat
Semasa mengandung, kebanyakan wanita menjadi tidak aktif dan lesu yang membawa kepada penurunan paras hemoglobin.
Bersenam secara teratur boleh membantu dalam meningkatkan penyerapan zat besi dan juga membantu dalam meningkatkan aliran oksigen ke bahagian badan.
Akhir kata
Kesimpulannya, mengekalkan pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting semasa kehamilan untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi.
Pastikan anda mengambil jenis makanan untuk naikkan Hb yang dikongsikan di atas dalam diet harian.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.
[embed-health-tool-due-date]