home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Benarkah Minuman Kacang Soya Boleh Kurangkan Hormon Seks Lelaki? Ini Penjelasannya!

Benarkah Minuman Kacang Soya Boleh Kurangkan Hormon Seks Lelaki? Ini Penjelasannya!

Sebagai contoh, orang Malaysia memang gemar makanan tradisional seperti tempe, tauchu, kicap dan tentu sekali, susu kacang soya!

Pun begitu, tahukah anda bahawa wujud kepercayaan di mana lelaki yang suka makan makanan jenis ini akan lebih bersifat keperempuanan?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut mengenainya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Kacang soya, makanan kegemaran kita semua!

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu definisi makanan ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, kacang soya adalah sejenis kacang natif yang berasal dari benua Asia dan sudah menjadi sebahagian dari diet masyarakat kita beribu tahun lamanya.

Pada hari ini, ia banyak digunakan di dalam makanan diproses seperti tempe, tauchu, kicap dan tentu sekali, susu kacang soya.

Baca juga:

Produk makanan ini bukan sahaja mengandungi kacang soya malahan juga edamame – soya tidak matang yang berwarna hijau.

Makanan jenis ini juga banyak diambil oleh golongan vegetarian atau golongan yang ada alahan laktosa sebagai alternatif susu haiwan.

Selain dijadikan makanan, ia juga banyak dibuat dalam bentuk suplemen, tujuan pengambilannya adalah untuk mendapatkan kepentingan protein yang tinggi di dalam kacang soya.

Adakah ia bagus untuk kesihatan kita?

kacang soya

Dalam erti kata mudah, ya ia memang sangat bagus untuk kesihatan kita ekoran kandungan kalori, protein, karbohidrat, serat, lemak, zat besi, pelbagai jenis vitamin serta mineral yang tinggi di dalamnya.

Antara manfaat yang mungkin dibawa bersama makanan ini termasuklah:

  • Merendahkan tahap kolesterol
  • Meningkatkan tahap kesuburan
  • Melambatkan simptom menopaus

Pun begitu, ia juga dikatakan mungkin akan mendatangkan kesan sampingan seperti:

  • Meningkatkan risiko kanser
  • Menjejaskan fungsi tiroid
  • Merosakkan sistem penghadaman

Namun ini semua hanya kemungkinan yang belum pasti dan memerlukan kajian lanjutan daripada pakar.

Adakah ia berbahaya diambil oleh lelaki?

Pada awal artikel ini, ada satu persoalan yang timbul iaitu adakah ia akan buat lelaki lebih bersifat keperempuanan.

Adakah ia benar atau sekadar mitos sahaja?

Sebelum itu, haruslah kita tahu persoalan ini timbul disebabkan oleh satu kepercayaan yang kata lelaki ambil kacang soya akan kurang tahap testosteronnya.

Ini kerana ia mengandungi isoflavones – sejenis sebatian yang bertindak seperti estrogen di mana sangat penting untuk fungsi tubuh badan wanita.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah tidak benar dan pengambilan segala jenis makanan ini tidak akan memberi kesan terhadap tahap testosteron lelaki.

Ketahuilah bahawa pengambilan makanan jenis ini tidak akan mengurangkan atau meningkatkan kadar testosteron dalam tubuh badan lelaki.

Ini telah dibuktikan menerusi dapatan kajian University of Minnesota dan Loma Linda University di Amerika Syarikat pada tahun 2010.

kacang soya

Kajian ini meneliti 47 kajian lepas berkenaan kaitan antara kacang soya dan hormon seks lelaki termasuklah testosteron.

Hasilnya, kajian mendapati bahawa makanan jenis ini tidak langsung menjejaskan tahap testosteron dalam tubuh badan lelaki.

“Kajian ini menunjukkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi kacang soya dan isoflavone tidak akan memberi sebarang kesan kepada hormon testoseron”, jelas para pengkaji.

Jangan takut untuk makan kacang soya ya!

Sekiranya anda sebagai lelaki mempunyai tahap testosteron yang terlalu rendah atau tinggi dalam tubuh badan, jangan salahkan kacang soya ya?

Masalah seperti lemah libido, mati pucuk, ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang dan lain-lain berkenaan zakar mungkin disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat!

Tambahan itu, lelaki perlu tahu bahawa kadar testosteron banyak dipengaruhi oleh tahap kolesterol dalam tubuh badan dan bukannya satu jenis makanan sahaja.

Ini bermakna segala diet anda harus dipersalahkan jika kondisi ini terjadi kepada anda.

Oleh itu, sila amalkan diet pemakanan yang seimbang untuk tubuh badan yang lebih sihat.

Akhir kata, dapatkan konsultasi daripada doktor pakar jika kalian mempunyai sebarang kebimbangan mengenai pengambilan makanan jenis ini atau tahap kesihatan anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.issm.info/sexual-health-qa/does-consuming-soy-affect-a-mans-testosterone-levels/
  2. https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/confused-about-eating-soy?utm_content=bufferefad6&utm_medium=social&utm_source=plus.google.com&utm_campaign=buffer
  3. https://www.nhs.uk/news/pregnancy-and-child/soya-based-food-and-male-fertility/
  4. https://www.pcrm.org/good-nutrition/nutrition-information/soy-and-health
  5. https://prostate.net/soy-good-men-part/
Gambar penulis
Ditulis oleh Ahmad Farid pada 26/08/2020
x