
Ramai bakal ibu dengan ketinggian di bawah 1.5 meter sering tertanya-tanya, apakah jalan terbaik untuk mereka melahirkan bayi? Kebanyakannya menyangka bahawa mereka perlu bersalin secara pembedahan caesarean atau (C-section) kerana masalah ketinggian mereka. Hakikatnya, tiada sebarang bukti saintifik yang mengaitkan ketinggian dengan kaedah kelahiran. Berikut penjelasan tentang mengapa sesetengah wanita perlu melalui pembedahan caesarean berbanding kelahiran normal.
Mengapa sesetengah wanita pendek disarankan menjalani C-section?
Alasan utama yang sering diberikan tentang kelahiran C-section adalah ketaksamaan antara saiz tulang pelvis ibu dan saiz bayi. Ibu yang rendah selalunya mempunyai tulang pelvis yang kecil dan sempit, menjadikan proses kelahiran sedikit sukar berbanding wanita yang mempunyai tulang pelvis yang besar. Walau bagaimanapun, semasa proses bersalin, doktor anda akan memantau bukaan serviks anda, saiz kepala bayi dan juga kesan kontraksi rahim. Hanya apabila mereka melihat sebarang kesukaran yang mungkin bermasalah pada kelahiran anda, barulah doktor akan menyarankan untuk membuat C-section. Sekiranya bayi anda mempunyai sebarang masalah dengan degupan jantung ataupun kedudukan mereka, anda perlu bersalin secara C-section. Dan kesemua masalah ini tiada kaitan dengan saiz badan anda.
Apa yang saya perlu tahu tentang C-sections?
Jika anda perlu bersalin secara C-section, berikut merupakan fakta-fakta penting yang anda perlu tahu:
Beberapa minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin, anda perlu ke hospital untuk menghantar borang pra-pendaftaran. Anda perlu datang ke hospital sekurang-kurangnya 2 jam awal untuk pendaftaran. Malam sebelum masa bersalin, anda perlu melakukan beberapa prosedur. Mula-mula, anda perlu menjalani epidural dan kemudian anesthesia. Kedua-duanya melibatkan suntikan pada bahagian belakang badan anda supaya anda berasa kebas semasa pembedahan berlangsung. Seterusnya, anda akan dikateter bagi mengelakkan anda bangun untuk ke bilik air semasa 24 jam pertama pemulihan. Memandangkan ini adalah prosedur yang tidak menyelesakan, jadi pastikan anda minta doktor melakukan epidural sebelum memasukkan kateter. Selepas itu, anda mungkin akan diberikan sejenis ubat yang digunakan untuk mengosongkan asid cecair perut anda. Anda boleh meminta doktor ubat anti-loya sebelum epidural dilakukan, bagi mengelakkan sebarang rasa ketidakselesaan.
Selain itu, ujian darah tertentu boleh dibuat sebelum C-section mengikut saranan doktor anda. Pemeriksaan keadaan darah membolehkan doktor menyediakan sebarang kemungkinan yang berlaku seperti pemindahan darah semasa C-section berlangsung. Juga, anda perlu memastikan bahagian tubuh yang bakal dibedah telah dibersihkan (mencukur bulu pubik). Jika tidak, jururawat akan melakukannya untuk anda bagi memudahkan kerja pembedahan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.