
Sejak dahulu lagi, pasangan suami isteri sudah mencuba untuk menentukan jantina bayi menggunakan pelbagai petua-petua purba serta teknik-teknik moden. Antara punca penentuan jantina ini adalah kemahuan sendiri, tuntutan dari aspek budaya, perancangan keluarga serta sebagai langkah untuk mengelak penyakit bawaan genetik yang dibawa oleh jantina tertentu. Secara teknikal, pasangan suami isteri sebenarnya boleh melilih jantina anak.
Seiring dengan kemajuan teknologi kini, pasangan suami isteri boleh mencuba kaedah baharu demi menentukan jantina anak. Berikut merupakan kaedah-kaedah baharu yang dihasilkan oleh teknologi demi mendapatkan jantina anak yang diingini.
Diagnosis Genetik Pre-implan
Diagnosis Genetik Pre-implan atau Pre-implantation Genetic Diagnosis (PGD) menggunakan teknik persenyawaan in vitro yang bermaksud persenyawaan antara sperma dan telur wanita dilakukan di dalam makmal bagi membentuk embrio. Selepas tiga hari, embrio tersebut akan dibahagikan kepada 8 sel yang kemudiannya akan diperiksa untuk memastikan jantina yang diingini terdapat dalam sel-sel embrio tersebut. Selepas dipilih, embrio yang memiliki jantina yang diingini akan dimasukkan ke dalam rahim ibu.
MicroSort
MicroSort merupakan teknik mengasingkan sperma yang memiliki kromosom X dan Y menggunakan cahaya laser, pewarna dan flow cytometer. Apabila sperma sudah diasingkan, spesimen akan dimasukkan kembali ke dalam rahim ibu menggunakan alatan artifisial. Disebabkan sperma yang memiliki kromosom X lebih besar, sperma ini akan menyerap leboh banyak pewarna serta memantulkan cahaya yang lebih terang berbanding sperma yang memiliki kromosom Y di bawah sinaran laser. Oleh itu, pengkaji dapat mengasingkan sperma-sperma yang diingini oleh pasangan suami isteri dengan melihat kepada perubahan yang berlaku kepada sperma-sperma yang dikaji.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: