backup og meta

Pertama Kali Bergelar Ibu? Ini Tip Persiapan Bersalin Agar Anda Tidak 'Nervous'

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/01/2022

    Pertama Kali Bergelar Ibu? Ini Tip Persiapan Bersalin Agar Anda Tidak 'Nervous'

    Bakal ibu pasti berdebar apabila semakin tiba tarikh jangkaan bersalin. Tarik nafas dalam-dalam dan bertenang, Hello Doktor akan kongsikan tip persiapan bersalin anak pertama untuk anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Persiapan bersalin anak pertama untuk bakal ibu

    Pastinya sebagai bakal ibu, anda telah menerima pelbagai nasihat daripada ahli keluarga dan rakan mengenai petua serta tip untuk melahirkan anak nanti.

    Berikut antara tip yang mungkin bermanfaat untuk anda:

    Kontraksi & proses bersalin 

    Setiap proses beranak adalah berbeza dan adalah menjadi kesukaran menentukan bila masa yang tepat untuk anda pergi ke hospital.

    Tidak dinafikan, kebanyakan wanita akan menuju ke hospital kerana bimbang mereka akan bersalin sedangkan ia hanyalah kontraksi Braxton Hicks. Ia biasanya terjadi buat mereka yang pertama kali mengandung.

    Namun, tiada salahnya untuk berbuat demikian jika ia boleh menghilangkan rasa bimbang anda.

    persiapan bersalin anak pertama

    Walau bagaimanapun, salah satu persiapan bersalin anak pertama yang paling penting adalah untuk kekal bertenang di rumah ketika fasa pertama bersalin berlaku.

    Apabila kontraksi berlaku setiap 5 minit dan berlanjutan untuk tempoh 30 saat atau lebih, ataupun anda mula berasa tidak selesa, itu adalah hint untuk anda memulakan perjalanan ke hospital.

    Anda juga boleh menghubungi doktor jika tidak pasti atau mempunyai sebarang kebimbangan.

    Ini antara peringkat bersalin yang akan bakal ibu lalui:

    Fasa pertama

    Pada peringkat ini, serviks mula melebar dan anda akan mengalami kontraksi ringan dan tidak teratur. Ia berlaku sebelum air ketuban pecah.

    Fasa kedua

    Serviks akan melebar daripada 6-10 cm dengan intensiti kontraksi bertambah kuat dan jarak masa semakin pendek.

    Elakkan daripada meneran pada peringkat ini, melainkan atas arahan doktor.

    Persiapan bersalin anak pertama #Fasa ketiga

    Tiba masanya untuk anda meneran! Serviks telah melebar sepenuhnya dan anda boleh aktif meneran untuk melahirkan si manja,

    persiapan bersalin anak pertama
    Fasa perlebaran serviks
    Plasenta dikeluarkan

    Merupakan fasa akhir di mana plasenta akan dikeluarkan. Peringkat ini lebih santai dan kontraksi kurang menyakitkan.

    Petua untuk menguruskan kesakitan kontraksi semasa peralihan fasa bersalin adalah:

    Persiapan bersalin anak pertama #Kesakitan

    Bukan berniat untuk menakutkan, tetapi proses kelahiran anak boleh menyebabkan kesakitan dan setiap ibu akan melalui dengan cara yang berbeza.

    Namun daripada memikirkan kesakitan, anda boleh fokus kepada cara untuk mengatasinya. Ada bakal ibu yang memilih untuk menggunakan ubat penahan sakit atau epidural.

    Di samping itu, terdapat juga wanita yang memilih untuk melalui proses bersalin tanpa penggunaan sebarang ubat penahan sakit. Semuanya bergantung kepada anda!

    Kelahiran bayi

    Sebagai persiapan melahirkan anak pertama, anda harus memahami perubahan emosi yang akan wujud selepas bayi selamat dilahirkan adalah normal: kegembiraan, kelegaan, kekecewaan, kebimbangan mahupun rasa puas.

    Anda mungkin terkejut melihat keadaan si manja, khususnya jika proses bersalin yang panjang membuatkan kepalanya menjadi lonjong dan berwajah rata.

    Mungkin wujud rasa kecewa apabila si manja tidak seperti apa yang anda bayangkan seperti mengalami kekuningan disebabkan jaundis, mahupun keadaan rambut sedikit atau banyak.

    Usah risau, keadaan itu tidak kekal lama dan kelak, bayi anda akan kelihatan seperti apa yang dibayangkan selama tempoh 9 bulan kehamilan.

    Baca juga:

    Dalam tempoh 1 jam selepas dilahirkan, bayi akan berada pada tahap berwaspada dan berjaga – ini merupakan tempoh masa yang baik untuk memulakan penyusuan

    Pada tempoh awal-awal penyusuan, bayi akan menerima susu kolostrum – yang memberikan bayi imuniti dan tenaga.

    Jika penyusuan sukar dilakukan, dapatkan bantuan jururawat atau perunding penyusuan.

    Persiapan bersalin anak pertama #Perubahan badan

    Proses melahirkan perkara paling sukar perlu dilalui tubuh yang menyebabkan anda mengalami keletihan secara fizikal, sangat lapar dan agak ‘mamai’.

    Perut anda akan kelihatan seperti masih hamil untuk tempoh 5-6 bulan dan ia adalah normal untuk rahim ‘mengecut’ kembali.

    Bakal ibu perlu faham bahawa anda tidak perlu terburu-buru untuk kembali langsing atau ia akan menyebabkan anda keletihan dan menjejaskan bekalan susu badan.

    Sekiranya mengalami koyakan faraj semasa bersalin, anda mungkin ingin meletakkan mampatan sejuk pada jahitan serta mengambil ubat untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.

    Bagi mereka yang melalui proses pembedahan caesarean, anda perlu kerap bergerak dan menukar posisi.

    persiapan bersalin anak pertama

    Sebagai persiapan pertama kali bersalin, anda harus ketahui akan berlaku pendarahan lochia atau nifas.

    Pendarahan biasanya akan berkurangan setelah beberapa minggu. Dinasihatkan agar anda tidak menggunakan tampon, sebaliknya memakai tuala wanita.

    Pun begitu, jika pendarahan semakin banyak, lakukan pemeriksaan doktor segera. Ini kerana ia boleh menjadi petanda terjadinya jangkitan.

    Dapatkan rehat secukupnya kerana anda akan perlu bangun setiap 2-3 jam, siang dan malam untuk menyusukan si kecil.

    Walau apa pun, pada akhirnya setiap bakal ibu perlu kekal tenang dan menikmati setiap momen kelahiran si manja nanti. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan