
Banyak konsep tentang ketidaksuburan yang salah. Artikel ini akan memberikan sedikit pencerahan tentang kesuburan.
40 adalah 30 yang baru
Umur adalah komponen yang paling kritikal bagi potensi kesuburan. Semakin berumur, semakin kurang peluang untuk hamil bagi wanita. Kini, dengan tekanan sosial dan ekonomi, ramai wanita lebih memilih untuk mendapat bayi di umur pertengahan 30 atau lebih lewat. Mereka percaya bahawa kesuburan kebiasaannya sehingga berumur 40 tahun. Konsep ini adalah tidak betul sama sekali.
Tidak perlu terburu-buru
Kajian telah menunjukkan bahawa dalam 5000 pasangan, sekurang-kurangnya 85% daripadanya hamil dalam tempoh setahun percubaan. Oleh itu, apabila satu pasangan gagal mencapainya, mereka perlu mendapatkan bantuan perubatan. Ramai wanita yang mengalami masalah untuk hamil kebiasaannya disebabkan oleh masalah tiroid atau masalah ginekologi seperti haid yang menyakitkan. Jika seorang wanita merasakan dirinya mengalami masalah ini, beliau harus berjumpa dengan doktor.
Adakah saya harus dipersalahkan?
Dalam banyak negara di mana lelaki mendominasi, mereka kebiasaannya menyangka bahawa masalah kesuburan ini sentiasa disebabkan oleh wanita. Ini adalah tidak benar sama sekali. Malah, 25% ke 35% pasangan yang menghadapai masalah kesuburan adalah disebabkan kiraan sperma rendah atau sperma tidak sihat. RUndingan dengan pakar sakit tuan atau ujian lanjutan diperlukan untuk menyingkirkan masalah yang serius.
Rawatan kesuburan bermaksud saya akan mendapat anak kembar
Walaupun kehamilan berganda adalah risiko paling besar bagi rawatan kesuburan, tidak semua yang menjalaninya akan mendapat kehamilan berganda. Organisasi kesuburan profesional telah mengusahakan dan memberikan garis panduan berkenaan bilangan embrio yang dipindahkan bagi membantu mengurangkan kehamilan berganda.
Saya tidak mampu IVF
Disebabkan permintaan yang tinggi kepada IVF, satu rawatan boleh mencecah sehingga $10,000. Ia bukanlah jumlah yang sedikit bagi kebanyakan orang. Mujurlah terdapat banyak pelan insuran komersial pada hari ini termasuk yang memfokuskan pada IVF. Di samping itu, banyak ubat kesuburan telah menjadi semakin murah apabila banyak syarikat farmasi menawarkan program khusus bagi membantu pesakit yang kurang mampu.
Para selebriti boleh mendapat anak semasa berumur 40-an dan 50-an – Saya juga boleh
Malangnya kepercayaan ini adalah tidak benar. IVF memberikan hasil yang terbaik pada wanita muda. Kebanyakan klinik tidak akan membenarkan wanita berumur 45 tahun dan ke atas menggunakan telur mereka sendiri di dalam IVF. Sebaliknya, mereka perlu menggunakan telur penderma dari perempuan yang lebih muda.
Ketidaksuburan adalah masalah psikologi, bukannya masalah fizikal
Tidak seperti kebanyakan orang yang percaya jika satu pasangan itu berhenti rasa bimbang, mereka akan hamil. Ketidaksuburan adlaah penyakit sistem reproduktif, bukannya gangguan psikologi. Oleh itu, masalah ini tidak akan selesai hanya dengan bertenang atau bercuti tanpa mendapatkan rawatan doktor.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: