Nak Anak? Ini Caranya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 14/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bukan senang nak dapatkan anak. Namun, adakah bermakna ia susah? Kunci kepada kejayaan untuk membuatkan si isteri mengandung tidak terletak kepada sperma lelaki semata-mata. Lelaki harus faham bahawasanya sebelum kita menembak tepat mengenai sasaran, kita harus mematuhi peraturan yang ditetapkan berkenaan dengan masa yang sesuai untuk menembak. Wanita mempunyai masa subur dan masa tidak subur. Jika terkena pada waktu mereka tidak subur, maka sia-sialah usaha anda.

Di sini kami ingin kongsikan 3 petua berkenaan dengan cara untuk anda memastikan isteri anda mengandung dengan mudah. 3 sahaja, tak perlu banyak-banyak. Ikuti artikel ini untuk mengetahui berkenaan dengannya.

Langkah pertama, kawal berat badan!

Semua orang mahu kurus namun adakah bermakna jika anda kurus, anda sihat? Dalam memastikan kesihatan anda berada pada tahap optimum sewaktu anda cuba untuk mendapatkan anak, berat badan ideal sepatutnya menjadi matlamat utama. Jisim berat badan (BMI) adalah merupakan alat yang penting dalam mengukur kesesuaian sasaran berat badan kerana ia mengambil kira faktor ketinggian anda.

Obesiti sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Malah, kajian telah membuktikan bahawa wanita yang obes boleh mengambil masa sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih lewat untuk mengandung berbanding dengan wanita yang mempunyai berat normal. Rembesan estrogen secara berlebihan oleh sel-sel lemak boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon seterusnya ketidaksuburan. Bagaimana dengan mereka yang kurus?

Bagi individu yang mempunyai mempunyai bacaan BMI bawah paras normal, peluang untuk mengandung adalah empat kali ganda lebih sukar berbanding dengan individu yang mempunyai BMI normal. Ini bermakna, mereka yang sangat kurus akan berhadapan dengan masalah berkaitan kesuburan, bahkan lebih serius berbanding dengan individu obes. Maka, amat penting untuk anda menjaga berat anda terlebih dahulu sebelum mencuba.

Kira dan ambil tahu kitaran haid anda

Fakta yang anda perlu tahu adalah, setiap wanita akan mengeluarkan telur (ovum) dua minggu sebelum datangnya haid. Mereka hanya dianggap subur 12 ke 24 jam selepas keluarnya ovum daripada ovari dan sperma lelaki boleh hidup di dalam tubuh badan wanita selama 5 hari. Maka adalah sangat penting buat suami untuk ambil tahu berkenaan dengan kitaran haid si isteri ataupun sperma tersebut hanya akan berlegar mencari sesuatu yang tidak wujud.

Walaupun kita tahu dua minggu sebelum datangnya haid adalah tempoh seseorang wanita itu subur, namun begitu, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tidak teratur, proses ini mungkin sukar buat anda. Ada tiga cara bagaimana anda boleh memudahkan proses ini.

Anda boleh membeli jalur (strip) pemeriksaan ovulasi daripada farmasi berdekatan untuk memeriksa sama ada anda subur pada ketika itu atau tidak. Strip ini akan mengesan luteinizing hormone (LH), hormon yang dikaitkan dengan keluarnya telur daripada ovari wanita. Jika hormon ini tinggi, maka tinggilah kemungkinan bahawa isteri anda sedang subur.

Cara yang kedua adalah anda boleh memeriksa lendiran serviks anda. Sewaktu anda subur, lendiran tersebut adalah jernih, banyak dan lebih licin daripada biasa. Secara fisiologi, keadaan ini berlaku kerana ia menjadi bahan pelincir buat sperma untuk memecut laju dalam usaha untuk mencari sang telur yang sedang menunggu. Kajian yang dijalankan pada tahun 2013 oleh Dr. Emily Evans telah mendapati bahawa, wanita yang menggunakan sifat lendiran serviks sebagai indikasi mempunyai 2.3 kali ganda peluang yang lebih tinggi untuk hamil pada tempoh 6 bulan yang seterusnya.

Cara terakhir? Rujuk dan ikutilah nasihat doktor pakar.

Tips terakhir; Pemakanan seimbang

Ini berkemungkinan adalah merupakan nasihat yang paling orang tak mahu dengar. Pentingnya perkara ini buat si ibu adalah kerana tabiat pemakanan seimbang akan menjadi lebih mudah apabila mereka mula HAMIL kelak. Ia penting buat anak kerana tanpa zat-zat yang khusus seperti zat besi, asid folik, vitamin B dan protein, kemungkinan untuk anda melahirkan anak yang mengalami kecacatan fizikal atau organ itu adalah tinggi.

Perbanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pelan pemakanan dan kurangkan makanan yang berkemungkinan tercemar dengan merkuri seperti makanan laut. Perlu juga diingatkan bahawa para ibu perlu memastikan minuman berkafein dibataskan kepada 2 cawan sehari. Ini kerana menurut kajian, penggunaan minuman berkafein melebihi 500 mg sehari dikaitkan dengan ketidaksuburan.

Bagi mereka yang mengambil minuman beralkohol, pengambilannya secara kerap atau sederhana sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Nasihat kami, berhentilah daripada mengambilnya kerana ia boleh menjadi perkara yang sukar buat anda apabila anda hamil kelak. Tiada tahap alkohol yang selamat bagi wanita yang mengandung. Walaupun anda minum sedikit sahaja, ia masih boleh meningkatkan risiko untuk menyebabkan keguguran atau kecacatan bayi di dalam kandungan.

Bukan mudah untuk kita laksanakan apa yang dinasihatkan secara sempurna namun untuk mencapai sesuatu matlamat, adalah penting untuk kita berusaha mengamalkan apa yang terbaik buat anda dan isteri anda. Kepada bakal ibu dan ayah; selamat mencuba.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

    Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

    Jejaka Jangan Banyak Main Telefon Sebelum Tidur, Risiko TIDAK SUBUR Tinggi

    Adakah anda gemar menggunakan telefon pintar sebelum tidur? Pada masa kini, penggunaan gajet elektronik sebelum tidur sudah dianggap sebagai satu ritual.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 18/11/2020 . 3 minit bacaan

    Mana Satu Lagi Cepat Untuk Turunkan Berat Badan, Angkat Berat Atau Buat Kardio?

    Jika anda ingin kurangkan berat badan, agak-agak anda, manakah kaedah yang lebih berkesan; senaman kardio atau sukan angkat berat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 17/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Kurus Tapi Susahnya Nak Disiplin Makan, Jangan Risau! Ini Cara Latih Diri Untuk Komited

    Anda telah 'setia' mengikuti diet untuk turun berat badan selama berminggu atau berbulan, tapi apabila tiba cheat day, habis hancur plan anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 12/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan melancap rambut gugur

    Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
    mitos haid wanita

    Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
    alahan sperma hamil

    Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
    sakit senggugut wanita

    Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan