home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Pengguguran dan Kesuburan, Apa Kaitannya?

Pengguguran dan Kesuburan, Apa Kaitannya?

Pengguguran, atau penamatan adalah prosedur perubatan untuk menghentikan kehamilan. Pengguguran selalunya memenatkan, baik secara fizikal mahupun psikologi. Malahan, terdapat juga kebimbangan bahawa pengguguran mungkin boleh menjejaskan kesuburan di masa akan datang.

Terdapat dua jenis pengguguran:

  • Pengguguran medikal disarankan semasa awal kehamilan. Wanita hamil akan diberikan ubat untuk menggugurkan janin.
  • Pengguguran surgikal menggunakan pembedahan untuk membuang janin dengan peranti vakum dan peralatan tajam seakan-akan sudu.

Secara teknikalnya, tidak kira pembedahan medikal mahupun surgikal boleh menyebabkan kerosakan kepada serviks dan uterus. Walau bagaimanapun, jika seseorang wanita itu pernah melalui beberapa pengguguran sebelum ini, bahagian serviksnya mungkin akan lemah, menyebabkan pembukaan pramatang serviks dalam kehamilan seterusnya.

Selain itu, terdapat kemungkinan juga rahim wanita yang pernah melalui pengguguran dijangkiti daripada pengguguran sebelum ini. Jika jangkitan merebak ke tiub fallopian dan ovari, kesuburan anda mungkin terjejas. Masalah ini dipanggil sebagai penyakit radang pelvik (PID).

Penyakit radang pelvik bukan hanya menjejaskan kesuburan, bahkan juga meningkatkan peluang anda untuk mendapat kehamilan ektopik – keadaan di mana telur menempel di luar rahim. Bagi mengelakkan perkara ini, anda perlu dipreskripsi dengan antibiotik sebelum pengguguran dilakukan. Malahan, anda dinasihatkan untuk menjaga diri dengan rapi selepas pengguguran dilakukan. Jika anda mendapati sebarang simptom seperti kesakitan yang kuat, demam ataupun lelehan faraj, anda perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

Secara amnya, pengguguran tidak akan mengurangkan peluang anda untuk bergelar ibu. Bagaimanapun, jika anda pernah melalui satu atau lebih pengguguran sebelum ini, dan merancang untuk hamil, anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor. Doktor akan memeriksa kesihatan anda dan memaklumkan jika ada sebarang potensi berisiko, di samping memberitahu anda penjagaan yang perlu anda lakukan.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Could an abortion increase the risk of problems in a subsequent pregnancy? http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/expert-answers/abortion/faq-20058551. Assessed September 7, 2016.

Can having an abortion affect my fertility? http://www.nhs.uk/chq/Pages/1645.aspx?CategoryID=60. Assessed September 7, 2016.

Gambar penulis
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin pada 20/12/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x