Bermacam-macam teknik yang dilakukan oleh pasangan suami isteri dalam usaha untuk mudah hamil, salah satunya adalah mengikuti kedudukan selepas bersetubuh untuk hamil.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Bermacam-macam teknik yang dilakukan oleh pasangan suami isteri dalam usaha untuk mudah hamil, salah satunya adalah mengikuti kedudukan selepas bersetubuh untuk hamil.
Ada yang kata posisi semasa melakukan hubungan intim memainkan peranan yang penting.
Ada juga yang berpendapat bahawa angkat kaki lepas seks boleh memudahkan kehamilan! Adakah ini satu petua yang betul atau karut?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Mengikut kepercayaan orang-orang lama, perbuatan angkat kaki lepas seks adalah untuk memastikan air mani yang telah terpancut ke dalam faraj tidak meleleh keluar.
Ini kerana mereka beranggapan sperma yang telah terkeluar dari lubang faraj itu tidak mampu untuk berenang ke telur wanita yang terdapat di dalam rahim.
Mungkin kedengaran logik, namun adakah kepercayaan kedudukan selepas bersetubuh untuk hamil ini benar dari segi fakta?
Menurut Dr Mohamed Iqbal Cassim yang merupakan Pakar Kesuburan, air mani yang meleleh dari lubang faraj selepas melakukan hubungan seks adalah normal.
Ia juga sebenarnya bermakna air mani yang telah memasuki lubang faraj sudah lebih daripada mencukupi.
Namun, adakah perbuatan angkat kaki lepas seks ini boleh membantu untuk memudahkan kehamilan terjadi?
Tidak mengejutkan, ramai pasangan yang melakukannya kerana bimbang air mani tertumpah keluar dari faraj sekali gus meminimumkan potensi untuk mengandung.
Tapi sebenarnya, tiada kajian yang dapat membuktikan anda perlu angkat kaki lepas senggama untuk cepat hamil. Doktor ada menggalakkan anda berbaring sebentar selama 15 minit selepas seks.
Ia untuk memberi sperma ‘lebih masa’ untuk menuju ke arah yang tepat.
Jadi, apa petua lain yang anda dan pasangan boleh amalkan untuk berjaya mengandung?
Sebelum mencuba, sila pastikan anda dan pasangan sudah membuat pemeriksaan kesuburan dengan doktor secara berkala.
Bertanyalah kepada doktor juga tentang vitamin pranatal yang boleh anda ambil seperti asid folik, yang sangat membantu perkembangan janin semasa peringkat awal kehamilan.
Bukan itu sahaja, anda juga perlu tahu bahawa asid folik ini dikatakan mampu melindungi janin dari kecacatan ketika hamil seperti spina bifida.
Jelas Paula Hillard yang merupakan seorang Profesor dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi di Stanford University, berjumpa doktor sebelum mencuba untuk hamil adalah satu kemestian tanpa mengira anda mempunyai sebarang masalah kesihatan atau tidak.
Timing yang tepat memainkan peranan yang besar dalam usaha anda untuk mudah hamil.
Ini kerana, dengan mengetahuinya membolehkan anda dan pasangan merancang masa untuk melakukan hubungan kelamin di waktu anda sedang subur.
Perhatikan tanda-tanda anda sedang subur dengan melihat kepada perkara berikut:
Dalam pada itu, ambil tahu waktu ovulasi anda setiap kali kitaran haid. Waktu ovulasi adalah masa terbaik untuk melakukan hubungan seks agar mudah hamil.
Jadi, isteri mungkin boleh goda suami ketika waktu ‘ajaib’ ini ya?
Ramai orang yang beranggapan bahawa posisi seks akan memainkan peranan untuk lebih cepat ‘lekat’.
Sebenarnya tidak betul. Ini kerana tiada sebarang kajian saintifik yang mengatakan kedudukan selepas bersetubuh untuk hamil seperti posisi missionary lebih memudahkan kehamilan berbanding posisi woman on top.
Namun, faktor seperti graviti mungkin akan menyebabkan air mani terkeluar dari lubang faraj.
Pun begitu, ia tidaklah menjadi faktor utama kesukaran untuk mengandung.
Jadi, jangan terlalu risau tentangnya. Anda dan pasangan masih boleh menikmati hubungan seks dalam segala posisi yang anda berdua tahu.
Jika tiada sebarang masalah kesuburan lain, kemungkinan anda untuk hamil adalah tinggi jika kena pada caranya.
Paling penting, anda dan pasangan perlu bersama-sama menjalani kehidupan yang sihat.
Hentikan tabiat yang tidak sihat seperti menghisap rokok, meminum alkohol dan jauhi stres!
Selain itu, kawal juga pemakanan anda.
Sebaik-baiknya, ambil makanan dan minuman yang bernutrisi tinggi untuk memastikan tubuh badan anda sentiasa kekal sihat.
Dengan mengamalkan kehidupan yang lebih sihat, tahap kesuburan pasti akan menjadi lebih baik dan berkemungkinan besar potensi untuk hamil juga akan menjadi lebih tinggi.
Kesimpulannya, perbuatan angkat kaki lepas seks ini tidak akan membuat anda lebih mudah hamil. Jadi, usah terlalu percaya dengan petua yang karut ini.
Sebaiknya, sila berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan berbincang masalah kesuburan yang mungkin dialami anda dan pasangan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen