Dian Sonnerstedt

Profil

Dian Sonnerstedt adalah pengamal yoga sejak tahun 2016. Cinta beliau terhadap yoga membawanya daripada bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah syarikat korporat ternama, kepada seorang pengajar yoga sepenuh masa. Beliau menerima pengiktirafan daripada One Song Yoga School pada tahun 2014, diikuti  Prenatal/Postnatal Yoga, Sunshine Network for Thai Yoga Massage, dan Yin Mindful Immersion Yoga pada tahun 2015. Dian kini merupakan pengamal berdaftar di YogaAlliance.org.

Dian mengajar pelbagai jenis yoga termasuk Hatha, Vinyasa, Yin dan juga Prenatal Yog. Beliau telah membuka kelas sendiri termasuk kelas untuk pejabat dan dalam studio @Yoga42 Senayan Arcadia. Beliau berminat untuk berkongsi pengetahuan yoga beliau dan juga untuk menyunting inspirasi dalam diri orang lain kerana ia turut memberi impak yang positif kepada fizikal dan mental pengamal.

Dalam kolum ini, Dian akan berkongsi semua tentang yoga, kenapa ia bagus untuk anda dan bagaimana untuk mengamalkan yoga bagi mereka yang mempunyai pengalaman mahupun untuk mereka yang tidak pernah menyentuh tikar yoga.