Berpantang merupakan satu amalan turun temurun orang Melayu. Pantang bukan sahaja dilakukan selepas bersalin, malahan kaum Hawa juga perlu melakukan amalan yang sama selepas keguguran. Namun, mengapakah wanita perlu berpantang selepas keguguran?
Berpantang merupakan satu amalan turun temurun orang Melayu. Pantang bukan sahaja dilakukan selepas bersalin, malahan kaum Hawa juga perlu melakukan amalan yang sama selepas keguguran. Namun, mengapakah wanita perlu berpantang selepas keguguran?

Untuk pengetahuan semua, badan wanita perlu sembuh selepas mengalami keguguran.
Pada waktu ini, ibu bukan sahaja akan alami pelbagai simptom fizikal, mental mereka juga mungkin terganggu, lebih-lebih lagi jika kehamilan merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan.
Selepas berpantang, ibu pasti mahu badan kembali cergas dan sihat seperti biasa. Inilah antara hikmah berpantang yang mungkin ramai orang tidak lagi ambil berat pada masa kini.
Sebelum kami terangkan lebih lanjut mengenai kepentingan berpantang selepas keguguran, mari ketahui punca, kesan dan tanda keguguran berlakunya keguguran dalam kalangan wanita.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Penting untuk ibu di luar sana sedar tentang kepentingan berpantang selepas keguguran. Salah satunya adalah untuk menjaga kesihatan ibu.
Bukan itu sahaja, ibu yang berpantang juga dapat sembuh dengan lebih cepat dan lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan yang normal.
Malah, wanita juga mungkin dapat meneruskan aktiviti seperti biasa dalam masa yang singkat.

Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara anda perlu elak dalam masa 2 minggu lepas keguguran:
Secara fizikal, wanita mungkin akan ambil masa sebulan dua untuk benar-benar sembuh. Proses berpantang selepas keguguran mungkin dapat membantu. Haid akan datang seperti biasa dalam masa 4 hingga 6 minggu.
Dari segi emosi pula, ibu mungkin perlukan masa untuk sembuh, lebih-lebih lagi jika ibu sudah tahu mereka hamil dan kemudiannya mengalami keguguran.
Rasa sedih, kecewa dan marah merupakan emosi normal yang akan ibu rasai selepas keguguran. Malah, rasa sedih juga akan ambil masa untuk hilang.

Jika anda rasa tertekan disebabkan keguguran, bercakaplah dengan doktor.
Doktor dapat mencadangkan ahli terapi atau kaunselor untuk membantu anda. Pada masa yang sama, dapatkan sokongan daripada suami serta ahli keluarga.
Tidak kiralah apa yang anda rasai, pastikan anda beri masa kepada diri sendiri untuk sembuh.
Keguguran merupakan satu tragedi yang pasti memberikan kesan kepada kaum Hawa. Oleh itu, dapatkan bantuan sekiranya anda mengalami masalah emosi yang berlarutan.
Wanita perlulah berpantang selepas keguguran seperti biasa. Selain itu, ada juga beberapa tip yang dapat memudahkan kaum Hawa sembuh dengan lebih cepat:
Wanita yang alami keguguran pada trimester pertama perlu berehat sekurang-kurangnya seminggu. Untuk mengurangkan masalah pendarahan, wanita digalakkan untuk bercuti dan tinggal di rumah.
Wanita yang keguguran pada usia kandungan berada dalam minggu ke-6 hingga ke-8 pula mungkin perlukan lebih rehat.
Anda dinasihatkan untuk bercuti selama sebulan setengah dan makan makanan yang kaya dengan nutrisi untuk cepat sembuh.
Kalau boleh, minta tolong suami atau ahli keluarga untuk lakukan kerja rumah. Ibu yang sedang berpantang selepas keguguran perlu rehat dengan secukupnya.
Malah, mereka juga perlukan masa untuk ‘memproses’ perasaan mereka dan bersedih jika perlu.

Selepas keguguran, jangan lakukan hubungan seks. Puasa sebentar sekurang-kurangnya selama 6 minggu untuk elakkan sebarang komplikasi.
Walau apapun yang anda dengar mengenai amalan meruang selepas keguguran, jangan sesekali lakukannya. Ia boleh menyebabkan jangkitan dan masalah yang lebih teruk pada ibu.
Selain itu, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Untuk pastikan ibu sentiasa sihat, kondisi mereka perlulah diperiksa secara berkala.
Badan ibu masih lagi dalam proses penyembuhan ketika pantang keguguran. Oleh sebab itu, elakkan bersenam secara keterlaluan.
Jika anda masih lagi ingin bersenam, lakukan senaman ringan dan teknik bernafas yang boleh membantu kesembuhan anda dari segi fizikal dan juga emosi.
Namun, ini semua hanya satu cadangan atau saranan untuk hari esok yang lebih baik.
Dapatkan informasi dan nasihat doktor untuk lebih pasti tentang tempoh berpantang, menu berpantang dan lain-lain pantang keguguran persoalan sekiranya anda juga mengalaminya.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
04/06/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin