backup og meta

Tekan Perut Boleh Tahu Hamil Atau Tidak? Sebelum Cuba, Baca Ini Dulu!

Tekan Perut Boleh Tahu Hamil Atau Tidak? Sebelum Cuba, Baca Ini Dulu!

Kaedah tekan perut untuk mengetahui hamil atau tidak benar-benar berkesan ke? Ingin tahu sama ada cara mengetahui kehamilan dengan meraba perut ini berkesan atau sebaliknya, teruskan membaca perkongsian artikel tentang tekan perut semasa mengandung.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Tekan perut untuk mengetahui hamil, berkesan ke?

Berasa sakit pada bahagian bawah perut atau merasakan keadaan perut seperti mengeras, bengkak atau berat, bukanlah tanda awal kehamilan. 

Secara amnya apabila disentuh atau ditekan, perut dan bahagian abdomen seseorang wanita itu tidak akan menunjukkan tanda-tanda kehamilan yang ketara pada fasa awal mengandung. Ia selalunya bergantung kepada jenis badan individu.

Jadi pemeriksaan sendiri terhadap perut tidak akan membawa kepada sesuatu yang konklusif. Bagi wanita yang pertama kali hamil, biasanya hanya akan mula menunjukkan tanda berbadan dua sehinggalah usia kandungan 20 minggu dan ke atas.

Pun begitu, untuk mereka yang pernah merasai pengalaman mengandung dan melahirkan anak berkemungkinan tanda kehamilan pada perut dapat dikesan lebih cepat. 

Mencuba cara mengetahui kehamilan dengan meraba perut

Bagi kebanyakan trimester pertama, tidak banyak perbezaan pada bahagian perut yang mungkin dapat anda rasai.

Perut berkemungkinan menjadi lembut dan tampak sedikit besar – keadaannya seperti anda mengalami kembung perut semasa haid atau selepas makan dengan banyak.

Bayi dalam kandungan anda masih kecil. Pada akhir trimester pertama, beratnya mungkin hanya setengah auns dengan ukuran sekitar 2 inci panjang.

Setiap wanita yang berkahwin pasti mengimpikan kelahiran zuriat.
Setiap wanita yang berkahwin pasti mengimpikan kelahiran zuriat.

Rahim masih terletak pada pelvis – dilindungi dengan sebaiknya oleh tulang yang kuat. 

Pada awal kehamilan, perut yang lebih besar atau terasa senak mungkin disebabkan oleh perubahan pada sistem pencernaan. Ini kerana apabila rahim mengambil lebih banyak ruang pada pelvis, ia secara tidak langsung akan mendorong usus naik ke atas.

Selain itu, perubahan hormon turut melambatkan proses penghadaman, sekali gus menyebabkan berlakunya peningkatan gas dan masalah sembelit.

Dari minggu ke minggu, anda akan mula berasa letih dan perut akan mula menampakkan baby bump – ini biasanya lebih cenderung dialami pada akhir trimester pertama atau awal trimester kedua.

[embed-health-tool-due-date]

Tekan perut untuk mengetahui hamil? Ini keadaan sebenarnya

Anda tidak boleh menentukan diri hamil atau tidak dengan menekan atau menyentuh perut secara fizikal pada peringkat awal kehamilan, itu adalah kenyataan.

Tetapi terdapat beberapa simptom awal kehamilan yang mungkin anda rasai secara dalaman pada bahagian perut dan ini boleh dianggap sebagai gejala awal mengandung.

Anda juga akan mula merasakan pergerakan bayi tetapi ia tidak akan berlaku pada awal fasa kehamilan. Paling awal pergerakan bayi akan mula dapat dirasai adalah apabila kandungan memasuki minggu ke-16 kehamilan. 

Pun begitu, ada juga wanita berbadan dua yang hanya dapat merasakan pergerakan bayi dalam kandungan apabila memasuki minggu ke-24 kehamilan. Biasanya keadaan ini lebih dialami oleh wanita dengan kehamilan pertama.

Cara mengetahui kehamilan dengan meraba perut bagi merasai tendangan bayi juga akan dapat dilakukan oleh pasangan dan ahli keluarga hanya apabila usia kehamilan semakin meningkat – trimester kedua dan trimester ketiga. 

Tanda awal kehamilan menerusi tekan perut semasa mengandung 

Anda sememangnya tidak akan dapat menentukan diri hamil pada peringkat awal kehamilan dengan cara mengetahui hamil dengan menekan perut.

Tetapi terdapat beberapa gejala awal yang mungkin dirasai dalam tempoh beberapa hari atau minggu pertama selepas mengandung dan selepas terlepas kitaran haid bulanan.

Tekan perut untuk mengetahui hamil: Gejala melibatkan abdomen

Ini gejala yang melibatkan abdomen selain menggunakan kaedah tekan perut untuk mengetahui hamil:

Simptom awal kehamilan lain termasuk:

  • Pendarahan implantasi – pendarahan berwarna merah jambu atau kecoklatan, agak berbeza daripada pendarahan haid. Biasanya berlaku antara 1-3 hari
  • Muntah-muntah 
  • Keletihan atau lemah badan
  • Payudara lembut atau bengkak
  • Sakit kepala
  • Kerap buang air kecil
  • Sakit pinggang – boleh berlaku pada awal kehamilan tetapi lebih kerap berlaku semasa minggu ke-27 hingga 34 kehamilan
  • Mengidam makanan atau tiada selera makan
  • Bahagian sekitar puting – areola – menjadi gelap

Sudah tentu, cara terbaik untuk mengetahui anda mengandung adalah dengan mengambil ujian kehamilan, berbanding dengan tekan perut untuk mengetahui hamil atau tidak.

Melakukan ujian kehamilan

Kit ujian untuk pastikan kehamilan.
Kit ujian untuk pastikan kehamilan.

Waktu terbaik untuk melakukan ujian kehamilan adalah pada hari pertama anda tidak mengalami pendarahan haid pada bulan tersebut.

Walaupun terdapat kit kehamilan mendakwa dapat memberikan keputusan tepat sebelum kitaran haid, tetapi amat disarankan untuk anda menunggu sehingga terlepas haid bulanan bagi mendapatkan jawapan yang boleh dipercayai. 

Kesimpulan

Cara mengetahui hamil dengan menekan perut kaedah tekan perut untuk mengetahui hamil adalah cara yang tidak berkesan. 

Sebaliknya untuk mendapatkan lebih kepastian sama ada anda hamil atau tidak, lakukan ujian kehamilan atau berjumpalah doktor untuk melakukan ujian darah.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Earliest sign and early symptoms of pregnancy. https://www.tommys.org/pregnancy-information/im-pregnant/early-pregnancy/early-signs-and-symptoms-pregnancy, Accessed on April 1, 2022
  2. Symptoms of pregnancy: What happens first. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/symptoms-of-pregnancy/art-20043853, Accessed on April 1, 2022
  3. Pregnancy: Am I Pregnant? https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9709-pregnancy-am-i-pregnant, Accessed on April 1, 2022
  4. Pregnancy stages and changes. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/pregnancy-stages-and-changes, Accessed on April 1, 2022
  5. Belly Pain in Pregnancy: Care Instructions. https://myhealth.alberta.ca/Health/aftercareinformation/pages/conditions.aspx?hwid=abq3222, Accessed on April 1, 2022

Versi Terbaru

28/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Seronok Tak Terkata Bila Nampak Dua Garis UPT, Ini Apa Yang Berlaku Masa 2 Minggu Kehamilan!

4 Perkara Penting Untuk Ibu Hamil Trimester Pertama! Banyak Yang Kena Buat & Elak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan