backup og meta

Tempoh Hamil 40 Minggu, Ini Sebab Mengapa Ibu Perlu Lahirkan Anak Cukup Bulan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2022

    Tempoh Hamil 40 Minggu, Ini Sebab Mengapa Ibu Perlu Lahirkan Anak Cukup Bulan!

    Fasa mengandung 9 bulan bermaksud seseorang wanita itu perlu melalui tempoh 40 minggu kehamilan. Apa kata anda luangkan sedikit masa untuk memahami maksud tempoh kehamilan penuh?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Tempoh 40 minggu kehamilan

    Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, pasti ramai ibu mengandung berdepan dengan ketidakselesaan atau rasa tidak sabar untuk menantikan kelahiran si manja.

    Namun, ia adalah penting untuk menunggu tempoh 40 minggu kehamilan. Kenapa?

    Walaupun tempoh untuk seseorang wanita itu hamil adalah berbeza-beza, seperti ada bayi yang lahir sebelum tarikh jangkaan bersalin, namun biasanya kehamilan akan berlangsung selama 40 minggu. 

    Sebelum ini, tempoh kehamilan penuh didefinisikan sebagai kehamilan yang berlangsung dari 3 minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin hingga 3 minggu selepas itu (antara minggu ke 37 hingga 42 kehamilan).

    Walau bagaimanapun pada tahun 2012, telah dikenal pasti bahawa bayi yang lahir dalam waktu yang dinyatakan di atas, berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan.

    Maka pengertian ‘tempoh kehamilan penuh’ telah diubah suai oleh American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) pada 2013.

    Ini kerana pada tempoh-tempoh terakhir kehamilan itu, adalah waktu penting tumbesaran bayi dalam kandungan. Proses tersebut melibatkan perkembangan paru-paru, hati dan otak bayi.

    Memahami tempoh kehamilan penuh

    Definisi tempoh kehamilan penuh boleh dibahagikan kepada beberapa fasa, seperti:

    tempoh kehamilan penuh
    Sumber: verywellfamily

    Tempoh kehamilan awal (early-term) didefinisikan sebagai 37 hingga 38 minggu dan 6 hari. Tempoh kehamilan penuh (full-term) adalah antara 39 hingga 40 minggu dan 6 hari.

    Manakala tempoh kehamilan lewat (late-term) adalah 41 minggu dan 6 hari. Tempoh 42 minggu ke atas pula dikenali sebagai post-term.

    Perbezaan ini penting dalam proses perkembangan bayi. Ini kerana bayi dikatakan cenderung berada dalam keadaan terbaik jika dilahirkan pada minggu ke 39 dan 40.

    Manakala bayi yang lahir sebelum minggu ke-39 mempunyai risiko untuk mengalami masalah berkaitan pernafasan, jangkitan dan menghabiskan masa di NICU (newborn intensive care unit).

    Walaupun wanita yang hamil anak kembar atau berdepan kehamilan berisiko tinggi amat digalakkan untuk bersalin sebelum fasa kehamilan penuh, tetapi cara terbaik adalah untuk membiarkan kelahiran itu berlaku semula jadi tanpa penggunaan induce.

    Mengapa tempoh kehamilan penuh penting?

    Jika anda sedang menjadualkan tarikh bersalin caesarean atau induksi, dinasihatkan anda menanti sehingga sekurang-kurangnya 39 minggu kehamilan demi manfaat bayi anda. 

    Seperti yang dijelaskan pada awal tadi, kehamilan minggu ke-39 dapat membantu otak, paru-paru dan hati untuk berkembang sepenuhnya.

    Ia juga mengurangkan risiko mengalami masalah penglihatan, pendengaran serta berat badan yang mencukupi.

    Bersalin awal, jika perlu

    Dalam sesetengah proses kehamilan, doktor mungkin akan mencadangkan induce untuk diberikan awal.

    Keadaan ini cenderung jika bayi dalam kandungan adalah kembar atau terdapat sebarang masalah kesihatan serius yang mendasari keadaan ibu atau bayi.

    Tetapi jika anda menjadualkan tarikh induce atas alasan untuk mengelakkan bayi yang lahir besar atau kerana anda mahu si manja lahir pada waktu tertentu, ini boleh memberikan komplikasi serius. Jangan ambil mudah, okay?

    Adakalanya tarikh jangkaan bersalin boleh menjadi tidak tepat sehingga 2 minggu, walaupun selepas melakukan ultrasound. Ini terutamanya jika kitaran haid anda tidak teratur

    Dengan membiarkan proses kelahiran berlaku secara semula jadi, antara minggu ke-39 dan 40, anda akan dapat mengurangkan risiko yang mungkin berlaku berkaitan dengan kelahiran pramatang.

    Tahap bayi pramatang

    Bayi pramatang mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi berbanding bayi yang dilahirkan pada masanya.

    Bayi pramatang boleh dibahagikan kepada 4 subkategori berdasarkan usia kehamilan iaitu:

    • Pramatang melampau – lahir kurang atau pada minggu ke-25
    • Sangat pramatang – lahir kurang daripada 32 minggu kehamilan
    • Pramatang sederhana – lahir antara minggu 32 dan 34 kehamilan
    • Pramatang lewat – lahir antara minggu 34 dan 36 kehamilan

    Bagi para ibu yang melahirkan bayi pramatang, mereka bukan sahaja bergelut dengan kepenatan proses kelahiran, malah dengan tekanan emosi dan psikologi menghadapi bayi yang memerlukan bantuan khusus di hospital.

    tempoh kehamilan penuh

    Kesimpulannya

    Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko anda untuk bersalin pramatang, seperti tabiat merokok, mempunyai berat badan kurang atau berlebihan, pengambilan alkohol dan sebagainya. 

    Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan berkaitan dengan kehamilan anda atau kemungkinan mempunyai kelahiran sebelum tempoh kehamilan penuh, berbincanglah dengan pakar obstetrik anda.

    Jangan memandang remeh sebarang isu berkaitan kehamilan anda, ia mungkin boleh mendatangkan risiko bahaya kepada bayi dan juga diri anda. 

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan