Kit yang boleh dibeli secara over-the-counter (OTC) ini adalah jalur ovulasi yang 99% berkesan dalam mengesan bila badan berada dalam tempoh paling subur.
Umumnya, hari kesuburan ini adalah hari di mana ovari melepaskan telur matang atau ovum bagi membolehkan persenyawaan berlaku.
Kit ini sebenarnya dapat mengesan hormon luteinizing yang biasanya akan memuncak sehari sebelum hari subur seorang wanita.
Jadi jika anda merancang untuk hamil, perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah untuk menggunakan jalur ovulasi ini.
Cara guna OPK untuk hamil
Anda disarankan untuk melakukan ujian ini pada hari ke 11-12 bagi kitaran haid 28 hari. Jika kitaran 35 hari, ia berkemungkinan pada hari ke 18-19.
Berikut adalah cara guna OPK dengan betul:

- Kencing pada kit OPK sama seperti melakukan ujian kehamilan (UPT). Anda juga boleh kencing pada cawan kertas dan celupkan kit ke dalamnya – bergantung kepada arahan pada pek.
- Tunggu tindak balas daripada kit.
- Jika kit menunjukkan 1 garisan, bermakna bukan tempoh kesuburan. Sebaliknya jika 2 garisan, yang bermaksud positif – anda berada dalam tempoh kesuburan.
Sekiranya keputusan positif, anda disarankan untuk bersama pasangan pada hari tersebut dan beberapa hari selepasnya untuk meningkatkan peluang kehamilan.
Anda boleh juga boleh menggunakan kalkulator ovulasi Hello Doktor untuk mendapatkan tempoh yang lebih tepat.
[embed-health-tool-”ovulation”]
Pentingnya memahami cara menggunakan OPK dengan betul
Setelah mengalami ovulasi, jika anda melakukan ujian sekali lagi, garisan akan kembali kepada satu – negatif. Sekiranya belum ada rezeki untuk anda hamil, pendarahan haid mungkin akan berlaku dalam masa dua minggu akan datang. Seterusnya, kitaran kesuburan akan bermula semula.
Penggunaan kit ramalan ovulasi ini boleh membantu anda memahami dengan lebih baik arah aliran dalam kitaran haid. Bahkan ia juga membolehkan anda mengenal pasti jika terdapat isu yang membimbangkan.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen