backup og meta

Cari Ubat Kesuburan Untuk Hamil Di Farmasi? Ada 5 Pilihan Untuk Anda

Cari Ubat Kesuburan Untuk Hamil Di Farmasi? Ada 5 Pilihan Untuk Anda

Apakah jenis ubat subur untuk hamil di farmasi ya? Adakah terdapat kesan sampingan jika mengambilnya? Adakah semua individu boleh mengambil ubat ini?

Untuk mendapatkan jawapannya, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Ubat kesuburan 

Sebelum mengetahui mengenai ubat subur untuk hamil di farmasi, apa kata kita fahami secara ringkas fungsi ubat kesuburan ini.

Ubat kesuburan boleh merawat banyak masalah seperti meningkatkan peluang kehamilan dan membantu ‘menjaga’ bayi hingga cukup bulan.

Ubat seperti ini umumnya, merawat masalah tertentu jadi pengambilannya haruslah berdasarkan saranan doktor.

Pengambilan ubat kesuburan tanpa diagnosis tidak semestinya dapat membantu meningkatkan peluang untuk hamil.

Kemandulan boleh berpunca daripada masalah lelaki dan wanita. Kebanyakan doktor akan mengesyorkan untuk mendapatkan rawatan jika seorang wanita itu tidak boleh hamil atau terus mengalami keguguran selepas mencuba untuk mengandung selama 12 bulan atau lebih.

Manakala bagi wanita berusia lebih 35 tahun, doktor biasanya akan menyarankan rawatan selepas 6 bulan mencuba untuk hamil.

Wanita yang mengalami haid tidak teratur atau mempunyai masalah kesihatan yang menjejaskan kehamilan, anda disarankan berbincang dengan doktor sebelum mencuba untuk mengandung.

Baca juga:

Jenis ubat subur untuk hamil di farmasi

Sesetengah ubat kesuburan membantu mendorong ovulasi pada wanita yang mengalami ovulasi tidak teratur.

Antara ubat kesuburan wanita untuk hamil yang merawat masalah ovulasi adalah:

Metformin

Boleh membantu mengurangkan rintangan insulin.

Ini kerana wanita dengan sindrom ovari polisistik (PCOS), terutamanya jika mempunyai indeks jisim badan melebihi 35, boleh mengalami rintangan insulin yang mengakibatkan masalah dengan ovulasi.

Agonis dopamin

Ubat jenis ini mengurangkan tahap hormon yang disebut prolaktin.

Bagi sesetengah wanita yang mempunyai terlalu banyak hormon ini, ia boleh menyebabkan masalah ovulasi.

ubat subur untuk hamil di farmasi

Clomiphene, ubat subur untuk hamil di farmasi

Ubat ini boleh mencetuskan ovulasi.

Kebanyakan doktor akan menyarankan ubat kesuburan ini sebagai pilihan rawatan pertama bagi wanita yang mengalami masalah ovulasi.

Letrozole

Seperti clomiphene, letrozole juga boleh mencetuskan ovulasi.

Bagi wanita PCOS, khususnya dengan masalah obesiti ubat jenis ini mungkin akan berfungsi lebih baik.

Berdasarkan satu kajian mendapati 27.5 peratus wanita PCOS yang mengambil letrozole akhirnya dapat melahirkan cahaya mata, berbanding 19.1 peratus yang memakan ubat clomiphene.

Gonadotropin

Kumpulan hormon ini merangsang aktiviti dalam ovari, termasuk ovulasi. 

Apabila rawatan lain tidak berkesan, doktor mungkin mengesyorkan penggunaan hormon perangsang folikel dan hormon lutein. Rawatan ini biasanya diambil sebagai suntikan atau semburan hidung.

Terdapat kes ketidaksuburan di mana doktor tidak dapat mengesan puncanya. Istilah perubatan untuk keadaan ini dikenali sebagai unexplained infertility (ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan).

Pengambilan ubat jenis ini bertujuan untuk merangsang ovulasi bagi membantu kes ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan.

Ia membolehkan seorang wanita mengoptimumkan peluang untuk hamil dengan menetapkan masa seks. Ubat ini juga boleh mengurangkan kesan masalah ovulasi tersebut.

ubat subur untuk hamil di farmasi

Kesan sampingan ubat subur untuk hamil di farmasi

Kebanyakan wanita yang mengambil ubat hormon untuk mengandung akan mengalami kesan sampingan. 

Antara kesan sampingan paling biasa adalah seperti:

  • Perubahan mood termasuklah mood swing, kegelisahan dan kemurungan
  • Kesan sampingan fizikal sementara seperti loya, muntah, sakit kepala, kekejangan dan payudara sensitif
  • Sindrom hiperstimulasi ovari
  • Kehamilan berganda
  • Peningkatan risiko keguguran

Terdapat juga kemungkinan pengambilan ubat kesuburan tertentu boleh meningkatkan risiko kanser seperti kanser ovari dan endometrium.

Berunding dengan doktor

ubat subur untuk hamil di farmasi

Walaupun ada kemungkinan anda boleh meningkatkan peluang bagi mendapatkan cahaya mata melalui pengambilan ubat subur untuk hamil di farmasi, tetapi terdapat beberapa faktor kritikal harus dipertimbangkan dalam menentukan keupayaan diri mengandung.

Umur adalah salah satu faktor yang perlu diambil kira dan individu yang berumur 35 tahun ke atas, peluang untuk hamil berkurangan secara drastik.

Dalam memilih sebarang rawatan kesuburan, bimbingan daripada doktor atau pakar kesuburan akan menjadi antara aspek penting yang harus diberikan keutamaan.

Ini kerana melalui bimbingan dan rundingan daripada doktor atau pakar, anda akan dapat membuat pilihan yang terbaik, tepat serta bersesuaian dengan diri.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Fertility Medications. https://americanpregnancy.org/getting-pregnant/fertility-medications/, Accessed on March 27, 2023 
  2. Over-the-Counter Medications in Pregnancy. https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2003/0615/p2517.html, Accessed on March 27, 2023
  3. Medications for inducing ovulation: A guide for patients. (2016). https://www.reproductivefacts.org/globalassets/rf/news-and-publications/bookletsfact-sheets/english-fact-sheets-and-info-booklets/booklet_medications_for_inducing_ovulation.pdf/,  Accessed on March 27, 2023
  4. Infertility. https://www.cdc.gov/reproductivehealth/infertility/index.htm,  Accessed on March 27, 2023
  5. Infertility. https://resolve.org/learn/infertility-101/facts-diagnosis-and-risk-factors/  Accessed on March 27, 2023
  6. Fertility: Assessment and treatment for people with fertility problems. (2013, February). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK327775/ ,  Accessed on March 27, 2023
  7. Legro RS, Brzyski RG, Diamond MP, Coutifaris C, Schlaff WD, Casson P, Christman GM, Huang H, Yan Q, Alvero R, Haisenleder DJ, Barnhart KT, Bates GW, Usadi R, Lucidi S, Baker V, Trussell JC, Krawetz SA, Snyder P, Ohl D, Santoro N, Eisenberg E, Zhang H; NICHD Reproductive Medicine Network. Letrozole versus clomiphene for infertility in the polycystic ovary syndrome. N Engl J Med. 2014 Jul 10;371(2):119-29. doi: 10.1056/NEJMoa1313517. Erratum in: N Engl J Med. 2014 Oct 9;317(15):1465. PMID: 25006718; PMCID: PMC4175743. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4175743/, Accessed on March 27, 2023
  8. Female infertility. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/female-infertility/diagnosis-treatment/drc-20354313, Accessed on March 27, 2023 

Versi Terbaru

06/04/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Eh... Hamil Ke Tidak Sebenarnya Ni? Usah Keliru! Jom Semak 24 Tanda Awal Kehamilan

Posisi Angkat Kaki Lepas Seks Untuk Cepat Hamil? Ini 4 CARA TEPAT Tingkatkan Kehamilan


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan