backup og meta

Orang Kata, Perempuan Gemuk Susah Hamil, Benarkah? Ini Tip Untuk Anda

Orang Kata, Perempuan Gemuk Susah Hamil, Benarkah? Ini Tip Untuk Anda

Kehamilan itu bukan satu perkara yang pasti kerana tidak semua individu mampu atau mudah untuk mengandung. Ya, ia mungkin benar ada fakta perempuan gemuk susah hamil.

Ini kerana mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti akan menjejaskan aspek kesuburan wanita sekali gus mengakibatkan mereka jadi sukar untuk mengandung.

Tetapi anda mungkin tidak perlu rasa gusar, kami ada beberapa tip penting buat wanita gemuk susah hamil. Jom terus baca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!

Kenapa perempuan gemuk susah hamil?

Sebelum kami pergi dengan lebih mendalam lagi tentang tip penting buat wanita gemuk sukar hamil, jawapan kepada soalan di atas ini perlu untuk dihuraikan terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda semua, wanita dengan indeks jisim tubuh badan (BMI) agak tinggi sulit untuk hamil kerana sel lemak itu akan menjejaskan hormon ovulasi mereka.

BMI wanita yang ideal untuk hamil adalah antara 19 ke 25 dan jika ia lebih daripada itu terutama pada paras 30 dan ke atas, maka ia akan beri kesan buruk kepada kesuburan.

Kenapa perlu kurangkan berat ketika hamil.
Kenapa perlu kurangkan berat ketika hamil.

Sekiranya BMI agak tinggi, perempuan gemuk bukan sahaja akan susah untuk mengandung malah turut tinggi risiko untuk mengalami komplikasi ketika hamil seperti kencing manis gestasi atau keguguran.

Jadi, adalah sangat penting untuk wanita itu kawal berat badan mereka sebelum cuba untuk hamil!

Apa tip penting buat perempuan gemuk?

Berfikir dengan logik akal, tip paling penting buat wanita gemuk sukar hamil tentu sahaja adalah dengan menurunkan berat badan dan mendapatkan BMI yang ideal bagi mereka.

Namun, merealisasikan hasrat itu jauh lebih payah daripada mencadangkan. Justeru, amalkan tip yang berikut:

Fakta perempuan gemuk untuk cepat hamil #1. Ambil makanan yang sihat

Anda mungkin dapat meningkatkan kesuburan dengan cara menurunkan berat badan walaupun sekadar sekitar 2 ke 4 kilogram namun ia perlu dilakukan dengan cara betul.

Atau jika tidak, tubuh badan wanita akan kurang zat lantas juga menjejaskan kesuburan akibat diet yang terlalu ketat serta tidak mementingkan pengambilan nutrisi penting.

Ini bermakna anda perlu untuk menjalani diet yang sihat bagi mementingkan dua aspek dalam satu masa yakni; menurunkan berat badan di samping meningkatkan kesuburan.

Caranya, anda boleh mengamalkan diet yang mengutamakan kelas makanan sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, kekacang, tenusu dan daging yang rendah lemak.

#2. Buat senaman dengan kerap

Bersenam boleh kurangkan berat badan.
Bersenam boleh kurangkan berat badan.

Dalam usaha untuk wanita gemuk susah hamil menurunkan berat badan, bukan sahaja aspek diet dan makanan yang perlu lebih diberi perhatian, malahan juga aspek senaman.

Dalam erti kata yang lebih mudah, anda mungkin perlu banyak bergerak dengan lebih kerap untuk lebih kurus serta lebih subur untuk mengandung.

Mungkin tidak perlu aktiviti yang sangat berat seperti angkat besi di gimnasium, anda boleh buat aktiviti fizikal ringan seperti berjalan, berjoging, berenang, berbasikal dan lain-lain.

Pun begitu, jangan pula hasrat untuk kurus ini mengelirukan sehingga anda melakukan aktiviti yang boleh mencederakan tubuh. Dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor ya.

Fakta perempuan gemuk cepat hamil #3. Seks di waktu tepat

Waktu wanita paling subur biasanya akan berlaku sekitar hari ke-14 sebelum tempoh menstruasi akan datang tiba. Jadi, anda dan pasangan mungkin perlu memanfaatkan waktu ajaib ini.

Sehubungan dengan itu, lakukan hubungan seksual pada waktu ini tanpa penggunaan alat kontrasepsi agar peluang untuk hamil itu jadi lebih tinggi.

#4. Suplemen asid folik agar senang hamil

Selain mungkin akan dapat meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki, pengambilan suplemen asid folik juga adalah sangat penting untuk mengelakkan kecacatan pada janin.

Buat wanita dengan berat badan normal dan ideal, pengambilan suplemen ini yang dicadangkan adalah 400 mg namun 500 mg adalah kiraan paling sesuai buat wanita gemuk.

#5. Prosedur pembedahan kesuburan

Pembedahan kesuburan.
Pembedahan kesuburan.

Sekiranya ia masih lagi sukar, maka anda mungkin perlu untuk berjumpa doktor bagi membincangkan tentang prosedur pembedahan dengan potensi untuk meningkatkan kesuburan.

Buat wanita gemuk susah hamil, ada beberapa prosedur yang mungkin anda boleh pertimbangkan:

  • Laparoskopi untuk buang polip rahim
  • Histeroskopi untuk buang fibroid rahim
  • Pembedahan tiub falopio untuk buang cecair penyumbat salur telur
Konklusinya, mungkin memang benar bahawa wanita gemuk susah hamil kerana sel lemak akan menjejaskan hormon ovulasi yang wujud secara semula jadi.

Selain 5 tip penting di atas, anda dan pasangan juga mungkin boleh mencadangkan pada doktor untuk menggunakan alat teknologi dengan mencuba prosedur seperti bayi tabung uji.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Does Being Overweight Affect Your Chances of Getting Pregnant?, https://health.clevelandclinic.org/does-being-overweight-affect-your-changes-of-getting-pregnant/, Accessed Dec 30 2021.
  2. Weight and Fertility, https://www.reproductivefacts.org/news-and-publications/patient-fact-sheets-and-booklets/documents/fact-sheets-and-info-booklets/weight-and-fertility/, Accessed Dec 30 2021.
  3. What’s the Link Between Obesity and Infertility?, https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/fertility-blog/2014/may/whats-the-link-between-obesity-and-infertility, Accessed Dec 30 2021.
  4. Overweight and fertility when planning a pregnancy, https://www.tommys.org/pregnancy-information/planning-a-pregnancy/are-you-ready-to-conceive/overweight-and-fertility-when-planning-pregnancy, Accessed Dec 30 2021.
  5. Pregnancy and obesity: Know the risks, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy-and-obesity/art-20044409, Accessed Dec 30 2021.

Versi Terbaru

18/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Berat Naik Mendadak Ketika Hamil & Doktor Suruh Kurangkannya? Apa Kata Cuba Cara Ini

Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan