Bagi pasangan yang berhadapan dengan cabaran untuk hamil, kaedah persenyawaan in vitro atau lebih dikenali sebagai rawatan IVF merupakan antara opsyen yang popular.
Bagi pasangan yang berhadapan dengan cabaran untuk hamil, kaedah persenyawaan in vitro atau lebih dikenali sebagai rawatan IVF merupakan antara opsyen yang popular.

Namun, sebelum mula, pasangan perlulah mempertimbangkan mengenai kos IVF di Malaysia. Selain itu, pasangan yang ingin melakukan IVF juga perlu cakna mengenai risiko rawatan tersebut.
Menurut laman sesawang NHS, IVF selalunya boleh dilakukan oleh wanita berusia bawah 43 tahun yang sudah sedaya upaya cuba untuk hamil dalam masa 2 tahun.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai kos IVF di Malaysia, mengapa anda perlu melakukannya dan risiko yang mungkin timbul.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Rawatan IVF merupakan satu teknik yang dapat membantu pasangan menimang cahaya mata.
Ketika IVF dilakukan, ovum (telur) akan dikeluarkan dari ovari dan disenyawakan bersama sprema di dalam makmal.
Telur yang telah disenyawakan, juga digelar embrio, akan dipulangkan semula ke dalam rahim wanita supaya ia dapat membesar dengan baik.

Kos rawatan IVF di Malaysia berbeza mengikut tempat rawatan dan juga kepakaran doktor yang terlibat. Secara amnya, kos IVF di Malaysia bermula sekitar RM15,000 hingga RM30,000 untuk satu kitaran rawatan.
Harga tersebut merangkumi kos konsultasi doktor, ubat hormon untuk merangsang ovari, prosedur pengambilan telur,dan proses persenyawaan telur dengan sperma di makmal.
Di samping itu, terdapat juga kos tambahan yang mungkin perlu ditanggung seperti kos menyimpan embrio jika pasangan ingin menyimpannya untuk kegunaan masa hadapan.
Kos untuk menyimpan embrio biasanya sekitar RM1,000 hingga RM2,000 setahun. Bagi sesetengah pasangan, satu kitaran IVF mungkin tidak mencukupi untuk hamil.
Perkara tersebut boleh meningkatkan lagi jumlah kos yang perlu ditanggung.

IVF menjadi pilihan untuk sesetengah pasangan yang menghadapi kesukaran untuk hamil secara semula jadi.
Terdapat beberapa sebab mengapa ada pasangan yang memilih untuk melakukan IVF. Antaranya:
Walaupun IVF boleh meningkatkan peluang bagi pasangan yang ingin mempunyai cahaya mata sendiri, ia juga mempunyai beberapa risiko yang perlu dipertimbangkan,
Selain kos IVF di Malaysia, pasangan juga perlu mempertimbangkan risiko IVF. Antaranya:
OHSS merupakan kesan sampingan yang mungkin berlaku apabila ovari bertindak balas secara berlebihan terhadap ubat hormon yang digunakan ketika IVF.
Antara gejala OHSS ialah kembung perut, loya dan sakit di bahagian perut. Dalam kes yang jarang berlaku, OHSS boleh menjadi serius sehingga pesakit perlu mendapatkan rawatan.

IVF boleh meningkatkan peluang untuk ibu hamil dari satu anak (kembar). Sewaktu rawatan dijalankan, lebih dari satu embrio mungkin dipindahkan ke dalam rahim.
Kehamilan berganda mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi termasuklah kelahiran pramatang dan berat badan bayi yang rendah.
Seperti kehamilan biasa, terdapat risiko keguguran dalam rawatan IVF. Risiko ini boleh meningkat mengikut usia wanita, terutamanya bagi wanita yang lebih berusia daripada 35 tahun.
Sudah tentulah, kos IVF di Malaysia akan meningkat sekiranya pasangan ingin melakukan IVF sekali lagi pada masa akan datang.

IVF adalah satu proses yang memerlukan komitmen besar dari segi emosi dan kewangan. Manakan tidak, pasangan yang memilih untuk melakukan rawatan IVF selalunya telah melaburkan banyak masa dan wang.
Malah, bukan semua kitaran IVF akan berjaya. Kegagalan boleh menjadi satu cabaran emosi yang besar bagi pasangan.
Proses pengambilan telur bagi rawatan IVF melibatkan penggunaan jarum untuk mengeluarkan telur dari ovari. Perkara ini boleh menyebabkan pendarahan, jangkitan atau kerosakan pada struktur di sekeliling ovari.
Oleh itu, berbincanglah dengan doktor sebelum melakukan rawatan IVF. Pastikan anda tahu mengenai setiap komplikasi yang boleh berlaku.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
11/10/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor