Keputihan Boleh Jadi Tanda Awal Mengandung? Ini Cara Tepat Nak Tahu Hamil Atau Tidak!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

    Keputihan Boleh Jadi Tanda Awal Mengandung? Ini Cara Tepat Nak Tahu Hamil Atau Tidak!

    Ramai wanita tidak mengetahui bahawa cecair putih keluar dari faraj tanda hamil. Dalam artikel ini kami akan kongsikan bagaimana untuk mengenal pasti keputihan biasa pada awal kehamilan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Keputihan faraj

    Keputihan adalah lendir normal yang keluar daripada faraj. Ia adalah istilah umum merangkumi sebarang cecair – selain darah haid atau air kencing – yang dirembeskan oleh faraj, sama ada yang sihat atau tidak.

    Secara khususnya, keputihan yang dikeluarkan oleh serviks disebut sebagai lendir serviks (cervical mucus) – cecair jernih seperti gel. Ia dihasilkan sepanjang kitaran haid.

    Keputihan sihat vs tidak sihat

    Keputihan yang sihat biasanya nipis dan jernih atau putih susu dengan bau ringan yang tidak keterlaluan.

    Manakala cecair tidak sihat pula adalah:

    cecair putih keluar dari faraj tanda hamil

    Jika mengalami keputihan yang tidak sihat, anda seharusnya melakukan pemeriksaan doktor kerana ia boleh menjadi petanda jangkitan.

    Cecair putih keluar dari faraj tanda hamil

    Pada awal kehamilan, anda mungkin akan mengalami peningkatan keputihan.

    Ini kerana kehamilan menyebabkan badan mengalami peningkatan estrogen dan menghasilkan lebih banyak cecair serta meningkatkan aliran darah ke rahim dan faraj.

    Peningkatan cecair ini juga membantu melindungi janin dengan menghalang jangkitan luar daripada memasuki faraj dan menuju ke rahim.

    Sepanjang tempoh kehamilan, seorang wanita hamil akan terus mengalami peningkatan pengeluaran keputihan.

    Jenis cecair keluar dari faraj tanda hamil

    Tanda-tanda keputihan hamil adalah ia berwarna seakan putih susu. Jenis keputihan ini dikenali sebagai leukorea.

    Walaupun istilah ini digunakan secara meluas semasa kehamilan, tetapi ia juga boleh hadir semasa anda tidak mengandung. Leukorea juga boleh digunakan untuk menggambarkan keputihan yang tidak normal.

    Jumlah lendir serviks yang meningkat semasa kehamilan ini, secara perlahan-lahan akan bertukar menjadi palam lendir tebal (mucus plug). Ia berfungsi melindungi janin daripada jangkitan.

    Walau bagaimanapun selain cecair putih keluar dari faraj tanda hamil, ia juga boleh menjadi petanda awal jangkitan buat bakal ibu.

    cecair putih keluar dari faraj tanda hamil

    Kandidiasis adalah salah satu jangkitan paling biasa semasa mengandung. Ia lebih dikenali dengan panggilan jangkitan yis.

    Jangkitan penyakit kelamin juga boleh mengakibatkan keputihan tidak normal dan ketidakselesaan faraj.

    Sekiranya haid anda lewat beberapa hari, ujian kehamilan boleh mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak.

    Bergantung semata-mata pada cecair servis bukanlah cara yang tepat untuk menentukan diri hamil atau tidak.

    Baca juga:

    Simptom selain cecair putih keluar dari faraj tanda hamil

    Tidak mengalami pendarahan haid sering dianggap petanda jelas kehamilan.

    Namun, wujud faktor lain yang boleh menjejaskan kedatangan haid seperti tekanan, pencegahan kehamilan dan penurunan berat badan.

    Berikut merupakan tanda dan gejala lain yang boleh membantu anda mengenal pasti kehamilan:

    • Payudara sensitif dan bengkak
    • Morning sickness
    • Mengidam atau tidak menyukai makanan tertentu
    • Kerap kencing
    • Sakit kepala
    • Sembelit
    • Pedih ulu hati
    • Perubahan emosi
    • Kenaikan dan penurunan berat tanpa sebab

    cecair putih keluar dari faraj tanda hamil

    Tip penjagaan cecair putih keluar dari faraj tanda hamil

    Ada wanita yang mungkin mengalami keputihan berlebihan semasa kehamilan.

    Terdapat juga yang mungkin hanya mengalami sedikit atau tiada langsung keputihan. Semuanya adalah normal. Ini kerana tubuh setiap individu adalah berbeza.

    Namun jika anda antara wanita yang mengalami pengeluaran lendir serviks yang banyak, berikut merupakan beberapa tip yang boleh diamalkan:

    • Penggunaan panty liner adalah selamat untuk mengawal keputihan dan memberikan keselesaan
    • Elakkan penggunaan tampon semasa hamil kerana ia mendedahkan faraj kepada kuman
    • Jangan meruang (douche) kerana ia boleh mengganggu keseimbangan normal bakteria baik dalam faraj

    Kesimpulan

    Terdapat perubahan cecair putih keluar dari faraj tanda kehamilan yang perlu anda perhatikan.

    Tetapi jika ada perubahan melibatkan warna, bau atau tekstur keputihan tersebut, lakukan pemeriksaan doktor untuk merawatnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan