Melakukan ujian kehamilan di rumah merupakan satu perkara yang sangat mudah. Hanya berpandukan arahan pada kotak, sesiapa sahaja boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Tetapi, bagaimana jika keputusan ujian kehamilan samar dan tidak jelas?
Melakukan ujian kehamilan di rumah merupakan satu perkara yang sangat mudah. Hanya berpandukan arahan pada kotak, sesiapa sahaja boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Tetapi, bagaimana jika keputusan ujian kehamilan samar dan tidak jelas?

Sekiranya pregnancy test line kedua kabur, anda pasti akan rasa keliru dan tertanya-tanya – adakah saya hamil atau tidak?
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan apa yang perlu dilakukan sekiranya garisan pada ujian kehamilan samar-samar atau kabur.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Kit ujian kehamilan merupakan satu alat yang dapat menentukan sama ada seorang wanita itu mengandung atau tidak dengan tepat.
Malah, ada beberapa jenama yang sangat sensitif sehinggakan ia boleh digunakan untuk mengesan kehamilan satu hari selepas tidak datang haid. Ujian kehamilan positif selalunya akan menunjukkan dua garisan merah atau tanda tambah (+).
Selain itu, ada juga ujian kehamilan digital yang menunjukkan perkataan ya (yes) atau hamil (pregnant). Namun, bagaimana untuk tentukan sekiranya ujian kehamilan positif tapi kabur?
Pertama sekali, anda perlu tahu apakah dua garisan yang terpapar pada ujian kehamilan. Garisan pertama adalah garisan kawalan. Jika ia bertukar warna merah, itu bermaksud alat tersebut berfungsi dengan baik. Jika garisan pertama tidak muncul, itu bermaksud ujian kehamilan itu rosak dan tidak boleh digunakan.
Garisan kedua pula hanya akan muncul jika wanita tersebut mempunyai hormon human chorionic gonadotropin (hCG) yang tinggi dalam urin. Hormon tersebut hanya akan wujud sekiranya seseorang wanita itu hamil.
Ujian kehamilan samar selalunya menunjukkan implantasi telah berlaku. Besar kemungkinan, anda sudah berada dalam fasa awal kehamilan, namun hormon hCG masih dalam tahap yang rendah.
Jika anda inginkan keputusan yang lebih tepat, lakukan ujian kehamilan sekali lagi selepas beberapa hari atau minggu.
Wanita yang baru hamil selalunya mempunyai hormon hCG yang rendah. Dalam kehamilan yang sihat, tahap hormon sepatutnya akan meningkat setiap 2 hingga 3 hari.
Walaupun pada awalnya garisan samar, ia akan menjadi lebih jelas selepas beberapa hari atau minggu.

Selalunya, ujian kehamilan di rumah yang nampak samar-samar adalah positif kerana ia mengesan kehadiran hormon hCG dalam badan.
Bagaimanapun, ujian kehamilan samar mungkin menandakan keguguran pada awal kehamilan.
Kebanyakan kit ujian kehamilan adalah 99 peratus tepat sekiranya digunakan dengan betul.
Antara punca lain yang boleh menyebabkan pregnancy test line kedua kabur ialah:

Bagi mengelakkan masalah ujian kehamilan positif tapi kabur, anda boleh:

Wanita yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kehamilan masing-masing perlu berjumpa doktor untuk sesi konsultasi, lebih-lebih lagi mereka yang mendapati ujian kehamilan samar atau tidak jelas.
Ada kemungkinan, garisan samar pada ujian kehamilan menandakan keguguran. Keguguran adalah satu perkara yang lazim. Ia tidak akan menjejaskan kemampuan wanita untuk hamil lagi di kemudian hari.
Anda boleh lakukan ujian kehamilan yang lebih tepat di klinik atau hospital terdekat. Terangkan masalah yang anda hadapi setelah melakukan ujian kehamilan di rumah.
Ujian yang paling tepat adalah ujian darah yang mungkin bakal dilakukan oleh doktor untuk mengesahkan kehamilan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
10/10/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Siti Fatihah
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor