Ingin Cepat Hamil?: 4 Perkara Perlu Diberi Perhatian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kebanyakan wanita menganggap proses kehamilan merupakan perkara yang sangat mudah. Hakikatnya, hamil pada cubaan kali pertama adalah sangat jarang berlaku. Ini kerana kehamilan memerlukan proses fizikal yang memerlukan kestabilan dari segenap aspek emosi. Berikut merupakan 4 perkara perlu diberi perhatian jika ingin cepat hamil.

Rahsiakan perkara berkaitan kesuburan anda

Sebagai wanita, anda perlu mengambil tahu proses ovulasi dan hari subur anda serta pelbagai lain-lain hal berkaitan keintiman. Namun begitu, anda perlu merahsiakan perkara-perkara ini daripada pasangan anda untuk mengelakkan pasangan berasa bosan. Sekiranya anda sedang berada pada tahap kesuburan yang tinggi dan proses ovulasi anda sedang berlaku, rahsiakan perkara tersebut dari pasangan untuk mengelakkan mereka berasa terpaksa atau bosan untuk bersama dengan anda. Pengetahuan tentang kesuburan ini sememangnya perlu diketahui oleh anda dan pasangan namun anda tidak perlu terlalu merancang untuk mengekalkan elemen kejutan yang perlu wujud dalam kehidupan rumah tangga anda.

Jadi lebih kreatif

Merancang masa untuk melakukan hubungan seks bukanlah satu idea yang baik kerana boleh mengakibatkan kebosanan. Namun jika anda masih ingin meneruskannya, anda perlu jadi lebih kreatif terhadap hubungan seks anda bersama pasangan. Sebagai contoh, hubungan intim tidak semestinya perlu dilakukan di dalam bilik sahaja. Anda boleh cuba berasmara di tempat-tempat yang berlainan seperti ruang tamu, dapur atau di dalam bilik hotel. Tambahkan elemen romantik melalui dekorasi seperti lilin dan bunga. Selain itu, lakukan hubungan intim anda pada waktu yang berbeza dan gunakan pelbagai posisi. Ini bertujuan memastikan anda dan pasangan mempunyai kehidupan seksual yang sihat sekaligus meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil.

Amalkan diet yang sihat

Dalam usaha anda untuk meningkatkan tahap kesuburan, anda perlu memastikan anda mengamalkan diet yang seimbang dan sihat. Jauhkan diri daripada makanan segera, alkohol dan minuman bergula. Sebaliknya, makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin. Makanan- makanan sihat ini dapat membantu membekalkan lebih banyak tenaga untuk anda sekaligus mendorong kepada kehidupan seksual yang lebih sihat.

Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan

Kebanyakan pasangan yang ingin menimang cahaya mata dengan cepat hanya berkomunikasi dengan pasangan mereka berkenaan tahap kesuburan, proses ovulasi dan sebagainya. Sebaliknya, anda perlu lebih terbuka dengan pasangan anda dan melakukan aktiviti bersama tanpa terlalu menghiraukan perkara berkenaan kehamilan. Menurut pakar, aktiviti yang dilakukan bersama pasangan dapat merangsang minda dan badan anda untuk meningkatkan keinginan seksual. Aktiviti seperti menari, menonton wayang atau berjalan berpimpin tangan akan mencipta keserasian sekaligus menyemarakkan lagi kehangatan hubungan intim anda.

Langkah-langkah mudah yang dinyatakan sebenarnya merupakan faktor pencetus yang paling utama sekiranya anda ingin cepat hamil. Anda perlu memastikan hubungan anda bersama pasangan berada pada tahap yang baik sebelum membuat keputusan untuk menimang cahaya mata. Selain itu, pastikan tahap kesihatan anda juga berada pada tahap yang baik bagi memastikan anda sudah bersedia untuk melangkah masuk ke dalam alam keibubapaan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Mata termasuk bendasing boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Debu, kotoran, dan partikel-partikel kecil yang ditiup angin boleh termasuk ke dalam mata.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kajian Kata Berkumur Guna Minyak Kelapa Boleh Putihkan Gigi & Elok Untuk Mulut, Betul Ke?

    Khasiat minyak kelapa kerap dikaitkan dengan kesihatan tubuh, termasuklah menjaga kesihatan mulut dan gigi. Jom kenali cara unik tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Makan sebiji epal sehari mampu ‘menjauhkan’ seorang doktor. Ternyata ia benar kerana buah epal juga dikatakan dapat cegah obesiti. Jom baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    banyak minum air

    Bahaya Jika Kurang Minum Air Kosong, Tapi Kalau Terlebih Minum, Ini Yang Berlaku Pada Tubuh Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara suntik insulin

    Pesakit Diabetes Kena Tahu, Insulin Bukan Main Suntik Saja, Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak subur

    Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesukaran tidur insomnia

    Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan