Bagaimana Tingkat Peluang Hamil selepas 30-an

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Bagi kebanyakan wanita masa kini, usia 30-an adalah dikira sebagai masa yang paling sesuai untuk hamil, memandangkan ketika ini anda sudah stabil dari segi kewangan dan dalam perhubungan yang kukuh untuk membina keluarga. Walau bagaimanapun, peluang kehamilan anda ketika ini tidak setinggi seperti semasa usia anda 20-an, lebih-lebih lagi, pada usia 35 tahun dan ke atas, peluang anda untuk hamil menurun lebih drastik iaitu daripada 75% kepada 65%. Dalam artikel ini, kami sediakan buat anda beberapa tip yang boleh membantu anda meningkatkan peluang kehamilan selepas usia 30 tahun.

Pastikan emosi, fizikal dan mental anda sihat

Gaya hidup anda memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang anda untuk hamil. Jika anda lebih terdedah kepada tabiat tidak baik seperti merokok, minum kafein atau alkohol, kadar kesuburan anda akan jadi semakin terjejas. Apatah lagi, jika anda tergolong dalam kategori terlebih berat badan ataupun kurang berat badan, fungsi hormon anda akan terkesan, dan risiko anda mendapat komplikasi kehamilan juga meningkat. Lantaran itu, adalah penting untuk anda memeriksa berat badan anda dengan kerap dan mengira indeks jisim tubuh anda (BMI).

Jenis-jenis makanan tertentu boleh memperbaiki ketidaksuburan anda termasuklah jika anda mengambil lemak monotaktepu (seperti minyak zaitun), sayur-sayuran yang tinggi protein (seperti soya), karbohidrat bersih tinggi dalam serat, zat besi, vitamin B dan rendah-glisemik (contoh oat, ubi kentang, roti gandum-penuh) dan hanya mengambil kuantiti sederhana untuk produk tenusu tinggi-lemak (seperti aiskrim, susu penuh, dan keju). Selain itu, anda dinasihatkan untuk mengambil vitamin pranatal atau multivitamin, terutamanya vitamin E, dan suplemen herba sebagai cara untuk anda meningkatkan kesuburan anda.

Yang terakhir dan tidak kurang juga pentingnya, anda perlu menjaga kesihatan mental dan emosi, yang turut mempengaruhi kesuburan anda. Anda masih boleh melakukan aktiviti sihat kegemaran anda seperti memasak, mendengar muzik, melakukan yoga, membaca, bersenam, ataupun berehat panjang semasa cuti hujung minggu, atau hanya meluangkan lebih banyak masa dengan pasangan anda. Kesimpulannya, anda perlu:

  • Menjauhkan diri daripada tabiat buruk seperti merokok, mengambil kafein atau alkohol, bagi memelihara kesuburan anda.
  • Memantau berat badan anda. Menjadi terlebih berat atau kurang berat badan akan mempengaruhi fungsi hormon anda, begitu juga dengan kemungkinan komplikasi kehamilan. Oleh itu, periksa berat badan anda dengan kerap dan kira BMI anda.
  • Makan sihat. Sesetengah jenis makanan boleh meningkatkan kesuburan anda.
  • Seimbangkan kesihatan mental dan emosi anda. Ia boleh banyak mempengaruhi kesuburan anda.  

Pantau dan ambil ujian pemeriksaan kesuburan untuk anda dan suami di rumah 

Beberapa ujian mudah seperti memeriksa suhu tubuh asas, bendalir serviks, dan pH faraj boleh membantu anda memahami masa paling optima untuk melakukan hubungan intim mengikut ovulasi tetap anda. Terdapat beberapa kaedah yang membantu meningkatkan kesihatan lelaki seperti membawanya melakukan pemeriksaan varicocele, menghapuskan semua toksin dalam dietnya, menambah vitamin dan suplemen herba dalam dietnya, membantu suami menurunkan berat badan jika dia tergolong dalam kategori terlebih berat badan, dan memastikan zakarnya berada pada suhu yang betul.

Buat temu janji dengan pakar jika rancangan anda masih belum berjaya

Jika selepas 6 bulan anda melakukan seks tanpa perlindungan dan masih belum berjaya hamil, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar kesuburan. Temu janji anda perlu dilakukan secepat mungkin jika anda mengalami masalah haid tidak teratur, atau berisiko mengalami sindrom polisistik ovari (PCOS) atau penyakit jangkitan kelamin, dan pasangan anda pernah mempunyai sejarah masalah kesuburan.

Hamil selepas usia 30 mungkin kelihatan mustahil untuk kebanyakan pasangan. Namun, dengan persediaan yang betul dan pengetahuan untuk menjaga tubuh anda, peluang untuk anda hamil akan meningkat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    DARI PAKAR Dian Sonnerstedt

    Jenis-jenis Yoga

    Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    jenis yoga

    Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

    Adakah urutan kehamilan yang dilakukan sewaktu wanita hamil selamat untuk dilakukan? Adakah terdapat sebarang risiko terhadap ibu hamil tersebut?

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    urutan kehamilan

    5 Rahsia Kecil Yang Akan Berlaku Jika Ibu Bersalin Secara Normal, Sakit Itu Cukup Membahagiakan

    Nak proses bersalin secara normal jadi lancar? Ibu hamil kena buat 5 perkara penting ini dahulu. Mulakan ia seawal minggu yang ke 38.

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    bersalin secara normal

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Masalah Kesihatan Yang Boleh Berlaku Pada Kelenjar Air Liur, Yang Terakhir Paling Menakutkan!

    Meskipun ramai tidak endah akannya, ketahuilah bahawa terdapat 5 keadaan kesihatan berkaitan kelenjar air liur berkaitan boleh berlaku. Jom klik artikel!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Lakukan Ujian Najis Untuk Kesan Kanser Kolorektal, Adakah Benar-benar Berkesan?

    Ujian saringan bagi mengesan tanda kanser usus boleh dibuat menggunakan sampel najis pesakit. Ia merupakan satu kaedah tidak invasif yang berupaya untuk...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Kolorektal 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

    Makanan dicerna mesti melalui usus. Tetapi jika wujud penyumbatan, proses tersebut boleh terhenti. Apakah punca masalah usus ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

    Bunuh diri merupakan salah satu tanda penyakit mental seperti depresi. Jika anda atau rakan anda ada tanda-tanda ingin membunuh diri, jangan berdiam diri ya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Cegah Bunuh Diri, Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tulang hidung patah

    Sekiranya Anda Alami Kondisi Tulang Hidung Patah, Ini Senarai Perkara PERLU & JANGAN Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    sumber karbohidrat punca berat badan

    Elak Makan Makanan Ada Karbohidrat Sebab Takut Gemuk, Efektif Ke Cara Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    manfaat posisi tidur

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    buang IUD

    Pasang IUD Untuk Elak Mengandung? Awas, Ia Perlu Dibuang Jika Terjadi 7 Perkara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan