
Sesetengah kehamilan berlaku dengan mudah tanpa dijangka bagi sesebuah pasangan, namun sesetengahnya perlu mengambil masa dan usaha untuk hamil. Jika anda mengalami masalah untuk hamil secara semula jadi, tetapi belum bersedia lagi untuk berjumpa pakar, anda boleh mempertimbangkan untuk menukar diet anda. Pemakanan atau diet sihat boleh membantu meningkatkan kesuburan anda.
Hormon estrogen, yang secara langsungnya mempengaruhi ovulasi anda, diatur oleh ovari dan sel lemak anda. Jika anda terlampau kurus akan menyukarkan tubuh untuk menghasilkan cukup estrogen, begitu juga jika anda terlalu gemuk, adalah tidak baik untuk kesuburan. Bagi memastikan sistem reproduktif atau pembiakan anda berfungsi dengan betul, sebaik-baiknya anda perlu mengawal berat badan supaya tahap BMI anda berada dalam lingkungan 19 hingga 24.
Jika anda sudah mempunyai berat badan yang ideal, anda boleh meningkatkan kesuburan dengan cara menyesuaikan diet anda. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil amaun tinggi lemak trans protein haiwan dan karbohidrat adalah lebih cenderung untuk mengalami gangguan ovulasi, yang mempengaruhi kira-kira 20% kes ketidaksuburan. Berikut adalah beberapa tip pemakanan untuk anda:
- Pilih sumber protein anda dengan bijak. Tukarkan daging yang sering anda makan kepada kacang dan kekacang. Risiko ketidaksuburan ovulasi akan menurun separuh jika anda mengambil protein sayuran sebanyak 5 peratus daripada kalori yang dimakan.
- Dapatkan hidangan tenusu tinggi-lemak setiap hari. Walaupun terlalu banyak lemak boleh membahayakan, namun pengambilan segelas susu penuh berbanding susu rendah-lemak, boleh meningkatkan kesuburan anda.
- Ambil suplemen vitamin. Kebanyakan penyelidik mendapati bahawa wanita yang mengambil secukupnya amaun zat besi, asid folik dan vitamin lain adalah kurang cenderung mendapat gangguan ovulatori.
- Dapatkan sedikit kolin. Kolin diketahui boleh mengurangkan kesan gen yang berbahaya, yang boleh membawa kepada kecacatan kelahiran, serta menggalakkan fungsi otak. Anda boleh mendapatkan kolin pada telur kuning, hati daging dan kubis bunga.
- Periksa teh herba anda. Jika anda sedang mencuba untuk hamil, anda dinasihatkan untuk berhenti daripada mengambil herba-herba tertentu seperti licorice, sassafras, ginseng, St. John’s wort dan ephedra.
- Kawal kafein. Pengambilan kafein boleh menyukarkan anda untuk hamil. Walaupun anda sudah hamil, namun kafein masih boleh membahayakan kerana ia boleh melalui plasenta anda dan menjejaskan fetus, sekali gus menyebabkan keguguran dalam kes-kes tertentu.
Walaupun makanan bukanlah penyelesaian ajaib untuk kesemua jenis ketidaksuburan, namun pengambilan diet sihat tentunya dapat membantu usaha anda untuk hamil. Banyak kajian yang membuktikan bahawa perubahan sihat dalam tabiat pemakanan wanita boleh meningkatkan reproduksi.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: