backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Perlukah Saya Menjalani Ujian Kesuburan?

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 19/06/2023

    Perlukah Saya Menjalani Ujian Kesuburan?

    Ketidaksuburan adalah masalah yang dihadapi oleh ramai individu pada hari ini. Ujian kesuburan ialah cara terbaik untuk mengesahkan masalah ketidaksuburan yang mungkin anda hadapi dan mencari jalan penyelesaiannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Bila saya perlu berjumpa pakar kesuburan?

    Biasanya, setiap pasangan akan berjumpa dengan pakar kesuburan apabila mereka dalam proses mencuba untuk hamil.

    Anda perlu mendapatkan pemeriksaan kesuburan jika salah seorang daripada anda mempunyai sejarah jangkitan genital atau penyakit keradangan pelvik atau ibu DES (ibu yang mengambil diethylstilbestrol, satu bentuk sintetik estrogen, semasa kehamilan).

    Jika anda ingin mencuba hamil dengan bantuan teknologi reproduktif, seperti pembenihan in-vitro (IVF) atau pemindahan intrafallopian gamet (GIFT), ini juga idea yang baik untuk anda menemui pakar kesuburan.

    Pada kebanyakan masa, pesakit yang menjalani ujian kesuburan adalah wanita yang:

  • Berusia bawah 35 tahun tetapi tidak boleh hamil selepas setahun mencuba
  • Berusia lebih 35 tahun tetapi tidak boleh hamil selepas enam bulan mencuba
  • Melewatkan kehamilan sehingga selepas usia 35 tahun
  • Mempunyai sejarah keguguran tiga kali atau lebih
  • Menjalani rawatan endometriosis
  • Tiub fallopian tersumbat atau meninggalkan parut
  • Didiagnosis dengan kanser semasa tahun-tahun reproduktif
  • Kitaran haid tidak teratur
  • ujian kesuburan

    Bagi lelaki pula, rawatan kesuburan dilakukan untuk mengetahui jika kiraan sperma rendah, kemotilan (pergerakan) sperma lemah, morfologi (struktur) lemah atau masalah testikel.

    Apa yang boleh saya jangkakan dalam ujian kesuburan? 

    Pada pertemuan pertama, anda akan ditanya beberapa soalan mengenai latar belakang anda.

    Anda perlu menyediakan beberapa maklumat seperti berikut:

    • Bagaimana kitaran ovulasi anda?
    • Adakah seseorang dalam keluarga anda mempunyai masalah kesuburan?
    • Adakah anda mengambil sebarang ubat yang mungkin menjejaskan kesuburan anda?

    Gaya hidup pasangan juga akan ditanya untuk menentukan sama ada ia menjejaskan kesuburan mereka.

    Anda dan pasangan boleh berisiko tinggi menghadapi ketidaksuburan jika anda bekerja dalam persekitaran yang panas atau bekerja dalam keadaan duduk pada tempoh panjang.

    Salah satunya boleh menjejaskan kesuburan pasangan anda kerana memberikan pemanasan terlampau.

    Selain itu, bekerja dengan bahan kimia atau radiasi, merokok, minum alkohol dan mengambil dadah juga boleh menjejaskan kesuburan.

    Selepas melihat kepada sejarah perubatan anda, doktor akan melakukan ujian untuk memeriksa masalah ketidaksuburan. Wanita akan melalui ujian kesuburan yang lebih banyak, tetapi doktor akan menyarankan supaya kedua-dua pasangan menjalani ujian.

    Beberapa ujian yang akan anda jalani adalah:

    Untuk lelaki

    ujian kesuburan

    • Analisis air mani (SA) ialah pemeriksaan asas untuk mengetahui kesuburan lelaki. Melalui ujian ini, ejakulasi dilihat pada, sperma diuji dan dikira.

    Untuk perempuan

  • Ujian calitan servikal, jika anda tidak menjalaninya baru-baru ini.
  • Ujian darah untuk memeriksa sama ada anda imun kepada rubella. Jangkitan rubella semasa tiga bulan terawal kehamilan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran pada bayi dalam kandungan.
  • Ujian darah untuk memeriksa imuniti anda terhadap demam campak, yang boleh menyebabkan masalah pada bayi jika anda mendapatnya pertama kali semasa hamil.
  • Ujian air kencing untuk chlamydia, jangkitan seksual yang menyebabkan tiub fallopian tersumbat.
  • Ujian darah untuk melihat pengovulan anda.
  • Ujian darah lain untuk memeriksa ketidakseimbangan hormon jika kitaran haid anda tidak teratur.
  • Baca juga:

    Jika anda tertanya-tanya mengenai siapa yang tidak subur, perkara sebenarnya ialah kira-kira 1/3 adalah lelaki, 1/3 adalah perempuan dan 1/3 lagi tidak diketahui ataupun gabungan kesemuanya.

    Jadi, adalah lebih baik jika anda bersama-sama mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini dengan melakukan ujian kesuburan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 19/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan