Susu Probiotik Bantu Kurang Risiko Komplikasi Kehamilan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 16/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang mempunyai khasiat kepada kesihatan. Pengambilan makanan dan juga suplemen yang mengandungi probiotik diketahui bermanfaat dalam meningkatkan kesihatan penghadaman manusia. Namun, yang lebih baharu, probiotik dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi kehamilan.

Manfaat probiotik kepada ibu hamil

Probiotik yang terdapat dalam sumber makanan semula jadi dan suplemen biasanya selamat diambil oleh ibu hamil. Terdapat pelbagai kajian dilakukan untuk mengetahui manfaat probiotik terhadap kesihatan manusia, dan juga keselamatan pengambilan probiotik semasa hamil.

Terdapat kajian yang mendakwa probiotik adalah baik untuk wanita hamil yang mengalami jangkitan faraj, iaitu masalah vaginosis bakteria. Masalah jangkitan ini boleh menyebabkan ibu hamil mendapat risiko komplikasi kehamilan seperti kelahiran pramatang. Walau bagaimanapun, masih belum cukup kajian dilakukan mengenai probiotik boleh merawat vaginosis bakteria pada wanita hamil.

Selain itu, kajian lain pula menunjukkan pengambilan probiotik semasa hamil boleh mempengaruhi bakteria baik pada faraj anda. Bakteria ini akan dipindahkan kepada bayi anda semasa bersalin normal, dan membantu perkembangan sistem imun bayi.

Probiotik yang juga terkenal sebagai bakteria baik, adalah dikatakan boleh mengurangkan kehadiran bakteria jahat pada tubuh. Kehadiran probiotik dalam mengurangkan bakteria jahat dapat membantu mengurangkan kecenderungan untuk ibu hamil mendapat komplikasi kesihatan.

Antara manfaat lain probiotik bagi ibu hamil ialah:

  • Membantu mencegah jangkitan cirit-birit
  • Menghalang cirit-birit berkaitan-antibiotik
  • Mengelakkan Sindrom Rengsa Usus
  • Mengurangkan risiko penyakit keradangan usus
  • Mengurangkan ekzema

Kaitan probiotik dengan komplikasi kehamilan

Kajian kohort Norway pada awal tahun 2018 menunjukkan bahawa pengambilan probiotik semasa hamil boleh merendahkan risiko komplikasi kehamilan, seperti kelahiran pramatang dan preeklampsia.

Penyelidik mendapati ibu hamil yang minum susu probiotik semasa awal kehamilan adalah berisiko rendah mengalami kelahiran pramatang (bersalin sebelum usia kandungan 37 minggu), berbanding dengan ibu hamil yang tidak minum susu probiotik.

Kajian yang sama turut mengaitkan pengambilan susu probiotik semasa akhir tempoh kehamilan dengan risiko rendah preeklampsia. Preeklampsia ialah komplikasi serius yang dialami ibu hamil disebabkan oleh tekanan darah tinggi dan paras protein tinggi dalam air kencing. Kelahiran pramatang dan preeklampsia dikaitkan dengan tahap keradangan yang lebih tinggi dalam tubuh, berbanding yang dijangkakan pada kehamilan normal. Oleh itu, pengambilan probiotik boleh membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh, dan seterusnya berpotensi mengurangkan risiko komplikasi kehamilan.  

Dalam kajian tersebut, data dikumpulkan daripada 7,000 wanita hamil di Norway. Mereka dikehendaki menjawab soalan mengenai sejarah kesihatan dan tabiat gaya hidup mereka pada usia kehamilan 15 dan 30 minggu, serta menyediakan maklumat tentang pemakanan mereka pada usia kandungan 22 minggu. Soalan dalam kajian ini turut bertanyakan mengenai pengambilan produk susu probiotik wanita sebelum hamil, semasa dan pada akhir kehamilan. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, penyelidik tidak melihat kepada pengambilan suplemen probiotik kerana hanya peratusan kecil wanita dalam kajian tersebut yang mengambilnya.

Dapatan kajian menunjukkan kira-kira 23 peratus wanita minum susu probiotik sebelum hamil, 38 peratus minum semasa awal kehamilan (sehingga usia kehamilan 13 minggu), dan 32 peratus lagi mengambil probiotik semasa akhir kehamilan (usia kandungan antara 13 dan 30 minggu). Wanita-wanita ini secara puratanya minum kira-kira 1.5 cawan susu yang mengandungi bakteria aktif hidup setiap hari.

Probiotik mungkin memberikan kesan perlindungan terhadap komplikasi kehamilan serta faktor masa pengambilannya juga adalah relevan. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak menimbulkan kesan patofisiologi probiotik terhadap tindak balas keradangan semasa hamil, dan ia perlu dikaji dengan lebih terperinci.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

    Makanan dicerna mesti melalui usus. Tetapi jika wujud penyumbatan, proses tersebut boleh terhenti. Apakah punca masalah usus ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

    Bunuh diri merupakan salah satu tanda penyakit mental seperti depresi. Jika anda atau rakan anda ada tanda-tanda ingin membunuh diri, jangan berdiam diri ya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Cegah Bunuh Diri, Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

    Apa kata, kali ini kita lihat kepada makanan tidak berkhasiat yang boleh memberikan kesan negatif kepada otak, khususnya memori otak. Apakah makanan itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

    Sudah menjadi lumrah kita untuk membina pertalian. Hubungan sihat mampu memberi manfaat terhadap kesihatan mental dan fizikal yang lebih baik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat posisi tidur

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    buang IUD

    Pasang IUD Untuk Elak Mengandung? Awas, Ia Perlu Dibuang Jika Terjadi 7 Perkara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    kelenjar air liur

    5 Masalah Kesihatan Yang Boleh Berlaku Pada Kelenjar Air Liur, Yang Terakhir Paling Menakutkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    tanda kanser usus

    Lakukan Ujian Najis Untuk Kesan Kanser Kolorektal, Adakah Benar-benar Berkesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan