Snek Berkhasiat untuk Ibu Hamil (Bahagian 3)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bayi yang sedang membesar dalam perut ibu membuatkan si ibu tidak lari daripada sentiasa berasa lapar dan ingin mengunyah. Masalahnya adalah, tidak semua makanan dan minuman boleh diambil oleh ibu kerana sesetengahnya boleh memberi kesan kepada tubuh ibu dan kandungan. Sedar akan keadaan bakal ibu yang kerap ingin mengunyah, kami sediakan siri snek berkhasiat yang boleh memenuhi keperluan nutrien penting anda semasa kehamilan. Setiap snek hanya mengandungi 200-300 kalori dan ia amatlah mudah untuk disediakan.

Campuran bijian

Apa yang perlu disediakan: Bijian labu, ceri kering, kacang badam mentah, potongan coklat gelap. Untuk setiap bahan, anda memerlukan 1/2 cawan. Sebagai alternatif, anda boleh gunakan walnut, kelapa tanpa gula, mangga kiub kering dan kacang cashew dengan jumlah sama 1/2 cawan setiap bahan.

Bagaimana untuk membuatnya: Letakkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar. Simpan dalam peti sejuk dan anda boleh menikmatinya.

Anda boleh pilih untuk membuat campuran bijian lain, tetapi resepi yang kami sediakan menawarkan anda snek yang bagus untuk kehamilan anda. Ia mengandungi kalsium, vitamin D, dan magnesium, kesemuanya menyokong tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Pengambilan magnesium harian yang diperlukan untuk bakal ibu adalah kira-kira 300 mg (jumlah ini adalah berbeza mengikut usia ibu). Sementara itu, letakkan hanya 1/4 cawan biji labu, iaitu bersamaan 300 mg di dalamnya.

Apa kebaikan ceri kering? Ia memberikan secara semula jadi melatonin yang boleh meningkatkan kualiti dan durasi tidur. Oleh itu, ibu hamil yang mengalami masalah tidur, ceri kering adalah pilihan yang baik. Anda boleh menjadikan snek berkhasiat ini sebagai makanan sebelum tidur atau dicampur ke dalam bijirin.

Bagaimana pula dengan coklat gelap? Ia mengandungi flavanols, iaitu koko yang melindungi-jantung dengan sifat untuk menurunkan tekanan darah. Selain itu, ia juga mengandungi magnesium, kuprum, zink, mangan dan fosforus, kesemuanya adalah mineral baik untuk membina tulang.

Dan, untuk kacang badam, pastikan anda memasukkannya dalam pelan pemakanan anda, terutama jika anda bukan peminat kepada produk tenusu. Setiap auns kacang badam menawarkan 76 mg kalsium, 1 mg zat besi dan 3.5 g serat. Tambahan pula, hampir kesemua lemak dalam kacang badam adalah lemak monotaktepu, yang baik untuk kesihatan jantung. Anda boleh mengambil kacang badam sendiri ataupun mencampurkannya ke dalam yogurt, oatmeal, atau salad.

Greek yogurt parfait

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Plain Greek yogurt: satu bekas kecil
  • Blueberi: secawan
  • Kacang walnut yang dicincang: 2 sudu besar

Bagaimana untuk membuatnya: Hanya letakkan blueberi dan kacang walnut cincang pada bekas yogurt Greek anda.

Anda mungkin sudah tahu mengenai yogurt Greek sebagai produk tenusu yang baik. Yogurt Greek kaya dengan protein. Bagi satu bekas hidangan yogurt yang mengandungi 156 ml, yogurt Greek memberikan anda 14 g protein. Bagi jumlah protein yang sama, anda perlu mengambil dua kali susu untuk mendapatkannya, berbanding dengan yogurt Greek. Yogurt Greek juga menyumbang sehingga 15% pengambilan kalsium harian anda. Selain itu, ia juga mengandungi probiotik, yang menyokong sistem penghadaman anda. Siapa yang boleh nafikan keenakan snek yang berkrim dan licin dengan rasa tanpa lemak ini?

Blueberi pula adalah sumber baik antioksidan yang membantu anda melawan radikal bebas. Malahan, blueberi juga menyediakan anda kira-kira 4 g serat bersama dengan 84 kalori.

Dua sudu besar kacang walnut cincang, memberikan anda 93 kalori, 1 g serat, dan juga lemak sihat omega-3. Sementara itu, kacang walnut menyediakan biotin vitamin B, yang merupakan kunci untuk kita mendapatkan tenaga daripada makanan yang diambil.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan