Snek Berkhasiat untuk Ibu Hamil (Bahagian 2)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bayi yang sedang membesar dalam perut ibu membuatkan si ibu tidak lari daripada sentiasa berasa lapar dan ingin mengunyah. Masalahnya adalah, tidak semua makanan dan minuman boleh diambil oleh ibu kerana sesetengahnya boleh memberi kesan kepada tubuh ibu dan kandungan. Sedar akan keadaan bakal ibu yang kerap ingin mengunyah, kami sediakan siri snek berkhasiat yang boleh memenuhi keperluan nutrien penting anda semasa kehamilan. Setiap snek hanya mengandungi 200-300 kalori dan ia amatlah mudah untuk disediakan.

Avokado lenyek bersama kraker

Apa yang anda perlukan: Separuh biji avokado, roti rangup atau kraker. Sapukan sekeping kraker dengan separuh biji avokado lenyek.

Bagi anda yang biasanya mengalami masalah kekejangan kaki semasa kehamilan, ini masanya untuk anda mendapatkan buah avokado. Kejang pada otot kaki adalah disebabkan oleh kekurangan potassium, sementara avokado adalah buah yang kaya dengan potassium. (Separuh buah avokado mengandungi 345 mg potassium, 114 kalori, dan kira-kira 5 g serat.) Setiap hari, bakal ibu perlu mengambil 4,700 mg potassium. Walaupun jumlahnya kelihatan banyak, tetapi anda boleh mendapat mineral ini daripada sumber tambahan lain kerana kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi potassium.

Sementara itu, kraker pula membantu anda dengan keperluan serat yang anda perlukan. Pilihlah kraker atau roti yang diperbuat daripada gandum penuh. Kraker dengan 37-kalori memberikan anda 2 g serat.

Tortilla dengan hummus dan tomato

Anda memerlukan tortilla atau roti pita gandum penuh, separuh cawan tomato ceri, dan 1/4 cawan hummus.

Anda boleh menikmati snek ini pada selang waktu makan tengah hari dan makan malam. Tomato mengandungi makanan rendah-kalori, di mana secawan hidangan tomato hanya mengandungi 25 kalori, akan tetapi ianya kaya dengan beta-karoten, kunci nutrien untuk sistem imun yang sihat.

Untuk hummus pula, 1/4 cawan daripadanya mengandungi kira-kira 100 kalori yang menyediakan anda dengan 3 g protein, 2 g serat, kira-kira 1 mg zat besi. (keperluan harian anda untuk zat besi ialah 27 mg).

Wafel dengan mentega badam dan pir

Apa yang anda perlukan: Roti bakar atau wafel, 2 sudu besar mentega badam (pilih yang tiada gula tambahan), dan sebiji pir. Bagaimana untuk membuatnya: Potong buah pir, letakkan mentega badam, dan alaskannya di atas wafel.

Ada sesetengah masa, wanita hamil teringin untuk makan makanan manis. Dan, snek ini adalah pilihan tepat untuk anda. Bagi setiap sudu besar yang mengandungi 98 kalori, mentega badam tanpa gula tambahan menyediakan anda dengan 3 g protein, melebihi 1.5 g serat. Sementara itu, sepotong buah pir akan membantu anda menambah beberapa serat tambahan dalam keperluan harian anda. Anda juga boleh menukar hirisan buah pir dengan epal.

Tembikai dengan limau

Anda memerlukan sebiji tembikai dan limau. Sebagai alternatif, anda juga boleh makan jenis melon lain. Untuk makan buah limau pula, anda perlu memerahnya. Bagaimana untuk membuatnya: Buat jus tembikai, tambah beberapa jus lemon. Anda juga boleh mengisar tembikai dengan beberapa hirisan buah limau, kacau, sejukkan dan sedia untuk dihidang.

Tembikai boleh memastikan anda kekal hidrat kerana ia mengandungi 92% air. Tambahan pula, ia juga memberikan anda rasa yang manis. Selain itu, secawan tembikai kiub mengandungi 170 mg potassium.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Tambah Otot, Patut Makan Telur Mentah Atau Telur Rebus? Mana Lebih Berkhasiat?

    Mereka yang selalu bersenam di gim pasti tahu mengenai kebaikan makan telur. Tapi, mana satu yang lebih baik, telur mentah atau rebus?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Cara Nak Awet Muda, Kena Tahu Jenis Penuaan Mana Yang Tubuh Anda Alami Dahulu

    Proses penuaan pada manusia sememangnya berbeza mengikut individu. Ia merupakan satu proses biologi yang boleh dipengaruhi pelbagai jenis faktor seperti...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

    Fibroid adalah tumor bukan kanser yang tumbuh pada rahim dan bukan lagi perkara asing bagi wanita. Dalam kes yang teruk, fibroid ketika hamil boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Mendaki Bukit Tapi Ada Sakit Sendi? Tiada Masalah Jika Buat Persiapan Penting Ini

    Jika anda seorang pendaki bukit dengan masalah sakit sendi, pasti anda tertanya-tanya sama ada anda boleh meneruskan aktiviti dakian ataupun tidak..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Penyakit Muskuloskeletal, Pusat Kesihatan 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda-tanda kehamilan atau PMS

    Macam Sakit Senggugut Tapi Tak Period, Jangan Keliru Dengan PMS & Tanda Kehamilan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit PCOS dan kehamilan

    Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
    rawatan tumit merekah

    Atasi Masalah Tumit Kaki Merekah Dengan 5 Bahan Dapur Di Rumah, Boleh Cuba, Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
    jus kubis

    Pernah Dengar Mengenai Vitamin U? Ia Ada Dalam Jus Kubis & Katanya Baik Untuk Ulser Perut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan