Makanan yang Perlu Ibu Hamil Elak semasa Bercuti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sebaik sahaja anda hamil, sistem imun tubuh anda akan menjadi lemah, begitu juga dengan sistem penghadaman anda. Oleh itu, anda cenderung untuk mendapat penyakit bawaan makanan yang berpotensi menjejaskan diri anda serta bayi dalam kandungan. Demi keselamatan anda dan bayi, kami sediakan senarai makanan yang perlu ibu hamil elak pengambilannya, walaupun semasa bercuti.

Koktel

Kebanyakan anda mungkin menganggap bahawa koktel tiada kaitan dengan keseluruhan kesihatan anda. Walau bagaimanapun, pakar kesihatan mempunyai idea yang sebaliknya. Pakar daripada American Academy of Pediatrics, FDA, dan American Congress of Obstetricians and Gynecologists menyatakan bahawa semasa kehamilan, walaupun wanita hamil hanya mengambil sedikit alkohol sudah dikira tidak selamat. Berbanding minum segelas koktel, bakal ibu boleh bertukar kepada jus buah yang dicampur dengan air sparkling, dihiasi dengan daun pudina dan dihidangkan dalam gelas koktel. Itu sudah cukup untuk meraikan persekitaran percutian yang sihat.

Minuman telur kopyok (eggnog)

Eggnog, sama ada dimasukkan alkohol ataupun tidak, adalah tidak sesuai diambil oleh ibu hamil. Alasannya adalah kerana eggnog homemade, yang biasanya diperbuat dengan telur mentah atau kurang masak, boleh membawa bakteria salmonella. Bagaimanapun, jika anda mengidam untuk makan eggnog, anda boleh dapatkan eggnog yang dikilangkan secara komersial. Ia diperbuat dengan telur yang dipasteur, lantaran, selamat untuk diambil, menurut Centers for Disease Control and Prevention.

Cuka epal

Cuka epal segar adalah satu lagi minuman dalam senarai tidak boleh diambil semasa percutian. Cuka epal homemade yang tidak dipasteur mengandungi bakteria seperti E. coli dan salmonella. Maka, elakkan daripada mengambil cuka epal yang terdapat di pasar-pasar tani. Sebaliknya, anda boleh menikmati minuman yang berisi sedikit kayu manis dan dicampur bersama sedikit gula pada hirisan epal segar anda.

Ayam belanda

Ini tidak bermakna anda tidak boleh mengambil daging ayam belanda semasa hari keraian. Anda masih boleh menikmatinya asalkan anda menggunakan termometer daging digital untuk memastikan ayam belanda anda dimasak dengan baik, dalam dan luar daging pada suhu 165 F. Daging yang tidak dimasak betul boleh mengandungi bakteria dan parasit seperti E. coli, Trichinella, dan Toxoplasma.

Daging lembu brisket 

Sama seperti ayam belanda, brisket hanya selamat dimakan jika dimasak betul, dalam dan luar daging, pada suhu 160 F bagi memastikan bakteria dibunuh.

Keju lembut

Keju lembut selalunya disediakan dalam hidangan bufet percutian. Walau bagaimanapun, ibu hamil hanya boleh menikmatinya jika mereka pasti bahawa keju-keju itu telah dipasteur. Keju boleh diperbuat dengan susu mentah dan mengandungi listeria. (Listeria ialah penyakit-disebabkan bakteria. Walaupun risiko pencemaran adalah rendah untuk golongan normal lain, namun tidak bagi wanita hamil yang berpotensi mendapat 13 kali lebih mudah jangkitan daripadanya). Sebaliknya, keju pejal adalah dikira selamat untuk ibu hamil.

Sisa makanan

Menurut USDA, semua makanan yang terdedah kepada suhu bilik untuk lebih daripada 2 jam adalah perlu dielakkan. Dalam hidangan bufet percutian, selepas menikmati makanan, kebanyakan individu selalunya akan meninggalkan makanan lama tanpa menyedari akan bahayanya. Oleh itu, untuk sisa makanan yang tinggal, segera letakkannya di dalam peti sejuk bagi memastikan tiada bakal ibu yang akan jatuh sakit disebabkan makan makanan tercemar.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Cara Untuk Lambatkan Penuaan, Cubalah Jus Mengkudu, Tinggi Kandungan Antioksidan!

    Tahukah anda, jus mengkudu boleh membantu mengurangkan penuaan akibat daripada radikal bebas. Khasiat mengkudu yang tinggi antioksidan ini jadi penawarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Pernahkah anda menghadapi masalah penglihatan seperti buta sebelah mata semasa diserang migrain? Ini mungkin tanda anda menghidap migrain okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Salah satu daripada punca gemuk adalah disebabkan oleh makan dengan gelojoh. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk elak jadi gemuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Ada sebab mengapa menopaus disebut sebagai 'perubahan hidup,' ia boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan, termasuk berasa sakit pada payudara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan tidur menghantar mesej

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    air besar

    Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    urat simpul

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan