Makanan Baik untuk Ibu Hamil Kekal Hidrat semasa Musim Panas

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 16/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Cuaca panas terik dan bahang pasti menimbulkan ketidakselesaan kepada ibu hamil. Apatah lagi ketika peringkat kehamilan, tubuh anda mudah berasa lesu dan tidak bertenaga disebabkan perubahan hormon kehamilan yang berlaku. Bagi membantu ibu hamil kekal hidrat dan bertenaga, berikut merupakan 5 pilihan makanan baik untuk anda yang sedang berbadan dua!

Minum air!

Rahsia utama untuk kekal hidrat adalah dengan minum air kosong setiap hari. Tanpa air yang mencukupi, badan anda akan mengalami dehidrasi yang boleh membuatkan anda mudah rasa pening dan tidak bermaya. Air diperlukan untuk menghasilkan cecair di sekeliling bayi dan membantu meningkatkan isipadu darah anda. Ibu hamil digalakkan untuk minum air kira-kira 8 gelas sehari.

Strawberi

Buah beri terkenal ini menawarkan pelbagai khasiat. Mengandungi 91% kandungan air, anda boleh menikmati strawberi begitu sahaja ataupun mencampurkannya dalam makanan seperti salad, yogurt, smoothie, bijirin dan banyak lagi.

Timun

Timun juga mengandungi kandungan air yang banyak iaitu 95%. Selain boleh dijadikan ulaman, anda boleh menggunakan timun sebagai pencicah hidangan taco.

Yogurt

Yogurt asli adalah sumber probiotik yang membantu mengekalkan penghadaman yang sihat. Dengan kandungan 85% air, yogurt juga membekalkan dos sihat protein bukan-daging serta kalsium. Nikmati yogurt bersama buah beri segar.

Makanan bergaram

Garam juga boleh membantu anda kekal hidrat. Sewaktu anda makan garam, otak anda akan memberitahu buah pinggang untuk menahan air. Anda juga memerlukan garam untuk membawa cecair dari usus ke aliran darah. Makanan seperti biskut kraker (terutamanya jika anda berada di awal kehamilan) dan mi sup ayam rendah-sodium dapat membantu mengekalkan air dalam badan anda, berbanding kehilangannya semasa membuang air kecil.

Sup

Sup juga adalah cara terbaik yang membekalkan anda kepada sayur-sayuran kaya-serat, karbohidrat dan protein dalam satu hidangan. Memandangkan asas utama sup mengandungi air, maka makanan ini adalah cara terbaik untuk anda kekal hidrat.

Tembikai

Mengandungi 92% air, buah tembikai adalah pilihan buah yang terbaik untuk memastikan tubuh anda hidrat sepanjang hari. Nikmati sepotong atau sehiris buah tembikai bersama dengan daun pudina segar sebagai snek yang menyegarkan hari anda.

Mabuk hamil yang kerap dialami oleh kebanyakan bakal ibu boleh membuatkan anda kehilangan cecair tambahan, terutama jika anda tidak mendapat cukup air dalam badan. Rasa haus adalah cara tubuh anda memberitahu bahawa anda perlu minum dan mungkin menjadi petunjuk anda sedikit dehidrasi, jadi anda perlu sentiasa bertindak jika mengalami rasa dahaga. Selain itu, bagi mengetahui sama ada tubuh anda hidrat ataupun tidak adalah dengan melihat kepada warna air kencing anda. Ia sepatutnya berwarna pucat atau tidak berwarna, dan jika urin anda lebih gelap, anda mungkin perlu minum lebih air.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan