Komplikasi semasa Hamil & Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Ibu hamil akan mengalami pelbagai perubahan sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan; bukan sahaja dari segi fizikal, bahkan juga emosi. Malah, terdapat juga kemungkinan bahawa wanita mengandung akan mengalami komplikasi semasa hamil seperti berdepan dengan masalah kesihatan. Tidak mustahil untuk wanita yang sihat sebelum hamil berdepan dengan komplikasi semasa kehamilan. Oleh itu, setiap wanita perlu menjaga kesihatan sejak belum hamil lagi bagi mengurangkan risiko komplikasi kehamilan yang boleh membahayakan ibu serta kandungan.

Antara komplikasi yang sering dihadapi oleh wanita hamil adalah:

Mabuk kehamilan

Mungkin anda anggap gejala morning sickness atau mabuk kehamilan adalah perkara biasa untuk ibu hamil. Namun, awas jika anda mengalaminya berlarutan sehingga trimester kedua ataupun ketiga. Gejala mabuk hamil yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi dan membahayakan ibu dan bayi.

Bagi mengurangkan masalah ini, anda boleh mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap. Elakkan juga makan makanan yang berminyak dan pedas serta minum banyak air untuk mengurangkan muntah. Berjumpa dengan doktor bagi mengetahui suplemen yang boleh anda ambil untuk mengurangkan rasa loya dan muntah yang teruk.

UTI

Ibu hamil amat mudah mendapat Urinary Tract Infections (UTI) atau kencing kotor. Masalah ini berlaku kerana perubahan hormon dan urethra (saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar) yang pendek. Tanda-tanda ibu hamil mengalami UTI adalah:

  • Sakit atau rasa perit semasa kencing
  • Demam, letih atau seram sejuk
  • Kerap berulang-alik ke tandas untuk membuang air kecil
  • Tidak puas kencing
  • Sakit di bahagian bawah abdomen
  • Air kencing berbau atau kelihatan berwarna merah
  • Loya dan sakit belakang

Jika kencing kotor tidak dirawat, ibu berkemungkinan akan mengalami masalah jangkitan kuman pada buah pinggang. Lebih serius lagi, jangkitan kuman tersebut boleh merebak ke seluruh aliran darah sehingga boleh menyebabkan kematian. Bayi dalam kandungan turut berdepan dengan risiko kelahiran awal dan kurang berat badan.

Jika anda mengalami UTI, amalkan minum air yang banyak iaitu 6 hingga 8 gelas sehari, menjaga kebersihan bahagian intim dan mengurangkan makanan serta minuman manis. Pengambilan vitamin C, beta-karotene dan zink juga boleh membantu masalah kencing kotor.

Anemia

Anemia ialah keadaan di mana seseorang itu kekurangan sel darah merah. Wanita hamil yang kekurangan zat besi, folat, Vitamin B12, infeksi dan talasemia mungkin akan mengalami anemia. Tanda-tandanya adalah anda akan rasa cepat letih dan lemah. Anemia jika dibiarkan boleh merisikokan kandungan, di mana bayi mungkin dilahirkan kecil dan lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin (EDD).

Cara mengelakkan masalah ini, anda perlu mendapatkan suplemen zat besi dan asid folik bagi membantu tubuh membekalkan darah untuk menampung tumbesaran janin. Namun, berbincang dulu dengan doktor sebelum mengambil sebarang suplemen.

Pre-eklampsia

Kira-kira 5 peratus wanita hamil mengalami komplikasi serius ini. Anda disahkan mengalami pre-eklampsia jika tekanan darah tinggi dan protein pada urin, ginjal atau hati abnormal selepas 20 minggu usia kehamilan. Jika pre-eklampsia tidak dirawat, anda berkemungkinan mendapat:

  • Sawan
  • Komplikasi serius seperti kegagalan fungsi hati dan buah pinggang, serta masalah jantung
  • Bayi lahir kurang berat badan kerana plasenta tidak mendapat darah secukupnya

Ibu hamil yang mengalami pre-eklampsia perlu mengurangkan pengambilan makanan bergaram, mengelakkan minuman yang mengandungi kafein dan mendapatkan posisi tidur yang betul seperti berbaring mengiring ke kiri bagi membolehkan aliran darah yang optimum.

Pendarahan

Salah satu simptom awal kehamilan bagi sesetengah ibu hamil adalah berlaku pendarahan. Namun, awas! Jika anda mengalami pendarahan yang banyak dan sakit perut yang keterlaluan semasa trimester pertama dan awal trimester kedua, ia mungkin petanda anda mengalami kehamilan ektopik ataupun keguguran. Kehamilan ektopik berlaku apabila telur yang telah disenyawakan menempel pada tempat selain dinding rahim, serta boleh membahayakan nyawa. Sebarang pendarahan yang berlaku semasa hamil memerlukan rawatan segera daripada doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan