Ibu Hamil Perlu Makan untuk Dua Orang?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anda mungkin biasa mendengar istilah ‘makan untuk dua orang’ bagi ibu hamil. Walaupun istilah ini berniat baik untuk menggalakkan ibu hamil makan dengan mencukupi, tetapi makan berlebihan atau untuk dua orang secara literalnya boleh menyebabkan peningkatan berat badan berlebihan yang berbahaya kepada ibu hamil dan bukanlah sesuatu yang disarankan doktor.

Kehamilan dan penyerapan nutrien

Tubuh anda menjadi lebih cekap semasa mengandung dan dapat menyerap lebih banyak nutrien yang anda makan. Oleh itu memakan dua kali ganda tidak menggandakan peluang anda untuk mempunyai bayi yang sihat – sebaliknya, ini boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan, yang boleh menyebabkan risiko komplikasi kehamilan.

Peningkatan berat badan dalam kehamilan telah dikaitkan dengan komplikasi kehamilan seperti berikut:

  • Kencing manis
  • Sakit belakang
  • Tekanan darah tinggi
  • Keperluan pembedahan Cesarean kerana bayi besar

Keperluan nutrien ibu hamil

Walaupun terdapat garis panduan yang  berbeza, jika anda mempunyai berat badan yang sihat kebiasaannya, anda memerlukan:

  • Trimester pertama: tiada kalori tambahan diperlukan
  • Trimester kedua: kira-kira 350 kalori tambahan sehari
  • Trimester ketiga: kira-kira 450 kalori tambahan sehari

Jika anda mengalami berat badan berlebihan atau kurang berat badan, anda memerlukan lebih atau kurang daripada panduan ini bergantung kepada matlamat berat badan anda.

Pertambahan kalori yang anda perlukan ini hanya memerlukan beberapa gelas susu rendah lemak dan segengam kuaci atau sandwic untuk menambah kalori yang cukup pada trimester terakhir. 300 kalori sebagai contoh bersamaan dengan sepotong roti gandum penuh dan satu sudu jem.

Jika anda hamil dengan kembar, anda memerlukan lebih banyak kalori daripada yang disebutkan. Keperluan kalori anda juga bergantung kepada aktiviti harian anda. Ibu hamil yang sangat aktif iaitu dengan 1-2 jam atau lebih aktiviti seperti berjalan, berenang dan mengayuh basikal memerlukan sehingga 2,565 kalori sehari berbanding ibu hamil biasa hanya 2,180 kalori sehari pada trimester ketiga.

Sementara itu, peningkatan berat badan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan masalah perkembangan bayi dalam kandungan. Oleh itu, berpada-padalah dalam pemakanan sewaktu hamil. Jangan berlebihan mahupun tidak mencukupi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

    Kadangkala, ibu hamil akan diminta rehat atas katil untuk mengelakkan komplikasi bahaya stress ketika mengandung. Namun, tahukah anda apa itu bed rest?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

    Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

    Bagi para wanita, kesakitan pada pelvis mungkin merupakan tanda kekejangan haid, ovulasi, atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

    Adakah ia sesuatu yang normal untuk wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kejang perut tanpa haid

    Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    libido wanita hamil

    Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit tiroid ibu hamil

    Bahaya! Ibu Hamil Yang Ada Masalah Tiroid Berisiko Lahirkan Bayi Kerdil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    koyakan faraj

    Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan