Cara Mudah dan Cepat untuk Si Ibu Memanjakan Diri dalam 10 minit

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Menjadi seorang ibu sangat memenatkan dengan pelbagai tugasan yang perlu dibuat- menjaga bayi, membuat tugasan ruamh dan memastikan semuanya terancang. Pernahkah anda berhenti untuk memikirkan tentang diri anda sendiri? Jika tidak, inilah masa untuk anda melakukannya. Dan jika anda wanita yang sibuk, ini adalah beberapa tips untuk memanjakan diri anda dalam masa 10 minit.

Mengosongkan jadual

Hidup anda sudah dipenuhi jadual, jadi  cuba untuk mendapatkan rehat daripada kesibukan jadual tersebut dengan mengosongkan waktu. Anda boleh berbaring sahaja di katil, tanpa sebarang komitmen masa atau membaca bahan bacaan ringan.

Bersembang dengan kawan

Dalam masa 10 minit, anda pastinya tidak dapat mengaturkan pertemuan langsung dengan kawan baik anda. Jadi, hubungi kawan baik anda dan bergayutlah untuk beberapa waktu tentang apa sahaja. Topik yang dibincangkan sepatutnya menenangkan dan mengujakan, yang diminati anda berdua. Elakkan topik yang boleh menyebabkan anda tertekan.

Rawatan urut dan spa, kenapa tidak?

Inilah masa untuk anda memanjakan diri sama sekali seminggu sama ada di salon rambut atau rawatan urut dan spa. Terdapat perkhidmatan 10-minit untuk urutan kaki dan belakang

Mandian yang menenangkan

Inilah masa yang sesuai untuk mendapatkan mandian suam dan menenagkan dipenuhi buih dan bau aroma. Musik lembut juga boleh menenangkan suasana.

Masa untuk memandu

Jangan teragak-agak untuk memandu sekeliling bandar. Dengar musik yang anda sukai daripada radio sambil menyanyi sekuat hati.

Lupakan diet anda sekali-sekala

Menikmati makanan kesukaan anda sekali-sekala tidak akan memberi kesan kepada anda. Makan kek atau pastri enak. Anda tidak akan bertambah berat badan dengan begitu mudah!

Membeli-belah

Anda tidak perlu bersusah-payah memandu ke pusat beli-belah. Hanya duduk di hadapan komputer dan anda boleh membeli-belah dalam talian secepatnya. Jika anda menemui perkara yang anda yang sukai, seperti rantai leher, baju yang anda sukai atau syampu kegemaran anda, anda patut membelinya kerana anda benar-benar layak.

Membaca

Anda boleh membaca novel daripada penulis kegemaran, bahan bacaan ringan, atau blog dalam talian. Jika kandungannya tentang keibubapaan, pastikan ia tidak membuatkan anda bertambah tertekan. Kandungan yang kelakar dan menyeronokkan sangat digalakkan untuk waktu anda memanjakan diri ini.

Berehat dengan teh

Teh adalah minuman melegakan stres yang hebat. Secawan teh panas boleh menghilangkan kekusutan minda anda dan membantu anda bertenang.

Melayari internet

10 minit tidak mencukupi untuk sebuah maraton filem tetapi anda boleh menonton klip video lucu di YouTube atau menonton perkara lain yang menarik di media sosial lain.

Ini adalah beberapa tips untuk memanjakan diri anda. Dengan memanjakan diri, anda dapat mengurangkan stres dan dapat menambah tenaga untuk tugasan harian anda.

Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan