Cara Elak Insomnia semasa Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Insomnia adalah persepsi tidur yang tidak cukup atau tidak berkualiti. Perubahan hormon dan ketidakselesaan fizikal semasa hamil boleh memberi kesan kepada kualiti tidur ibu hamil. Ramai ibu hamil yang berasa sukar untuk tidur kerana mereka tidak selesa, kerap ke tandas, mengalami kekejangan kaki, dan ada yang berasa teruja- dan juga bimbang- memikirkan kelahiran bayi nanti.

Memandangkan ibu hamil akan berdepan dengan pelbagai perubahan dalam kesihatan fizikal mereka, begitu juga emosi, jadi insomnia mungkin boleh terjadi kepada kebanyakan wanita semasa hamil. Hal ini adalah disebabkan oleh banyak sebab, namun terdapat beberapa cara untuk mengelakkan masalah ini daripada terjadi.

Dapatkan posisi paling selesa

Anda boleh mencuba posisi tidur yang baru untuk mencari cara yang lebih selesa untuk anda tidur. Bantal tidur boleh digunakan untuk menyokong keselesaan anda semasa trimester ketiga. Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan bantal seperti meletakkannya di bawah kepala ataupun lengan anda, mengepit bantal antara dua lutut ataupun menyelitkan sedikit di bahagian belakang badan anda. Carilah posisi yang mana anda selesa.

Rancang pemakanan anda dengan bijak

Minum segelas susu suam boleh membantu memberikan anda mood tidur. Makanan yang tinggi karbohidrat, seperti roti ataupun biskut, juga boleh membantu anda ingin tidur. Sebagai tambahan, snek yang tinggi protein juga boleh memastikan tahap gula darah meningkat dan boleh mencegah mimpi buruk, sakit kepala, dan rasa panas. Namun, anda perlu selesai makan sekurang-kurangnya satu jam sebelum waktu tidur anda, elakkan juga makan makanan berat pada lewat malam.

Tangani kebimbangan dan dapatkan rehat

Bimbang tentang bayi dalam kandungan boleh menyebabkan anda kehilangan tidur. Jadi, bercakaplah dengan pasangan, rakan, keluarga ataupun ahli terapi untuk mendapatkan idea bagaimana menangani kebimbangan anda. Selain itu, anda juga boleh cuba beberapa teknik relaksasi seperti regangan, yoga, urutan, pernafasan dalam dan mandian panas sebelum masuk tidur, yang mana boleh membantu anda menenangkan minda dan merehatkan otot.

Bersenam setiap hari

Senaman harian semasa hamil menggalakkan kesihatan fizikal dan mental. Senaman juga boleh membantu anda tidur lebih lena. Walau bagaimanapun, senaman yang keterlaluan dalam masa empat jam sebelum tidur adalah perlu dielakkan.

Kurangkan meridap

Tidur pada siang hari, terutama semasa trimester pertama, adalah digalakkan untuk wanita hamil. Akan tetapi, meridap adakalanya membuatkan anda lebih sukar untuk tidur pada waktu malam kerana anda sudah cukup rehat pada waktu siang.

Cipta suasana tidur

Pastikan bilik anda menyediakan suhu dan nyalaan lampu yang selesa untuk anda tidur. Nyalaan biru yang datang dari telefon bimbit, tablet, ataupun jam digital di sebelah meja tidur anda mungkin boleh mengganggu waktu tidur anda. Sebelum tidur, pastikan anda menutup suis televisyen, komputer, dan semua sumber nyalaan biru.

Jika anda masih tidak boleh tidur, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengambil ubat tidur, namun ia boleh menyebabkan ketagihan dan juga boleh mendatangkan kesan sampingan. Tanya doktor anda dahulu sebelum mengambil sebarang pil. Ingatlah bahawa pil mungkin menjadi penyelesaian jangka pendek, jadi buatlah perubahan pada gaya hidup anda bagi membolehkan anda cukup tidur semasa hamil.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tidak Perlu Banyak Wang, Ini 12 Cara Menikmati Hidup Dengan Gembira

    Anda ingin hidup gembira sepanjang masa? Jangan khuatir, kerana kami ada 12 cara untuk gembira bagi mewujudkan hidup yang gembira untuk anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Susahnya Nak Lelapkan Mata Semasa Demam! Jangan Risau, Ini 7 Cara Untuk Tidur Lena

    Anda demam? Pasti anda rasa susah untuk tidur malam. Ini kami bawakan kepada anda 7 tip untuk anda tidur dengan lena ketika sedang sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai berat berlebihan cenderung untuk menghidap kolesterol tinggi, tetapi orang kurus juga boleh terkena, tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    nutrisi diet vegetarian

    Risau Tak Cukup Zat Kalau Jadi Pengamal Vegetarian? Ini Cara Nak Pastikan Nutrisi Anda Mencukupi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu kanser prostat

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan