Selepas melahirkan bayi melalui pembedahan C-section, perubahan pada bentuk perut memang boleh membuatkan sesetengah ibu berasa kurang yakin.
Selepas melahirkan bayi melalui pembedahan C-section, perubahan pada bentuk perut memang boleh membuatkan sesetengah ibu berasa kurang yakin.

Namun, tubuh memerlukan masa untuk pulih dan kembali menyesuaikan diri selepas kehamilan.
Jadi, sebelum mencari cara kempiskan perut selepas bersalin czer, penting untuk memberi keutamaan kepada proses pemulihan terlebih dahulu.
Penurunan berat badan juga tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa, terutama jika anda sedang menyusukan bayi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Sebelum mencuba apa-apa tips kurus selepas bersalin czer, berbincanglah dengan doktor tentang keadaan kesihatan dan proses pemulihan anda.
Tubuh setiap wanita berbeza. Ada yang kembali aktif dengan lebih cepat, manakala ada yang memerlukan masa lebih lama selepas pembedahan.
Elakkan senaman berat atau aktiviti yang menyebabkan sakit pada bahagian luka. Mulakan secara perlahan dan tingkatkan aktiviti mengikut kemampuan serta nasihat doktor.
Ya, perut yang masih kelihatan buncit selepas bersalin adalah perkara yang biasa.
Kehamilan menyebabkan otot dan kulit abdomen meregang, manakala rahim juga memerlukan masa untuk mengecut kembali selepas kelahiran.
Jadi, jangan risau jika bentuk perut belum kembali seperti sebelum hamil. Perubahan ini biasanya berlaku secara beransur-ansur.
Berikut beberapa cara yang boleh membantu anda menguruskan berat badan dan menguatkan tubuh selepas C-section.
Pemakanan memainkan peranan penting jika anda ingin mengetahui apakah cara untuk kurus selepas bersalin.
Tidak perlu berlapar atau mengamalkan diet terlalu ketat. Sebaliknya, pilih makanan yang membekalkan nutrien dan mengenyangkan seperti:
Jika menyusukan bayi, pastikan anda mendapat makanan dan cecair yang mencukupi untuk menyokong keperluan tubuh.
Berjalan kaki antara aktiviti ringan yang boleh membantu anda kembali aktif selepas C-section.
Jika doktor sudah membenarkannya, mulakan dengan berjalan perlahan untuk tempoh yang pendek. Kemudian, tingkatkan jarak atau tempoh secara beransur-ansur apabila tubuh semakin kuat.
Selain membantu meningkatkan aktiviti fizikal harian, berjalan juga boleh menjadi cara mudah untuk mendapatkan udara segar sambil membawa bayi keluar bersama.
***Ibu boleh berjalan dengan membawa si manja dalam stroller.
Apabila proses pemulihan berjalan dengan baik dan doktor membenarkan anda bersenam, mulakan dengan aktiviti yang ringan sebelum beralih kepada senaman yang lebih mencabar.
Senaman yang menguatkan otot abdomen dan lantai pelvis mungkin boleh dimasukkan secara beransur-ansur mengikut tahap pemulihan anda.
Antara aktiviti yang boleh dipertimbangkan ialah:
Tidak perlu memaksa diri untuk mendapatkan perut rata dalam masa singkat. Jika terdapat sakit pada luka, pendarahan bertambah atau ketidakselesaan ketika bersenam, berhenti dan dapatkan nasihat doktor.
Sesetengah wanita memilih untuk menggunakan belly wrap atau bengkung selepas bersalin kerana ia boleh memberikan sokongan dan rasa lebih selesa pada bahagian abdomen.
Namun, ia bukan kaedah untuk membakar lemak atau mengempiskan perut secara kekal.
Penggunaannya juga tidak boleh terlalu ketat sehingga menyebabkan kesukaran bernafas, sakit atau mengganggu luka pembedahan.
Jika ingin menggunakan belly wrap, pilih saiz yang sesuai dan pastikan luka C-section tidak tertekan atau tergesel.
Salah satu tips kurus selepas bersalin czer yang paling penting ialah bersabar.
Jadi, jangan bandingkan proses pemulihan anda dengan ibu lain. Fokus kepada pemulihan dan perubahan yang sihat secara beransur-ansur.
Terdapat beberapa cara kempiskan perut selepas bersalin czer yang boleh dicuba, termasuk menjaga pemakanan, berjalan secara beransur-ansur dan kembali melakukan senaman apabila tubuh sudah bersedia.
Perut yang masih buncit selepas C-section juga merupakan perkara yang biasa dan tidak bermakna anda perlu segera menurunkan berat badan.
Paling penting, beri tubuh masa untuk pulih dan dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan senaman yang lebih berat.
Dengan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal yang sesuai dan kesabaran, anda boleh kembali aktif secara selamat selepas bersalin.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
15/09/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa