Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Ibu Baru Lepas Bersalin? Jangan Abaikan Jika Ada Tanda-Tanda Nak Meroyan Ini!
Meroyan atau kemurungan selepas bersalin bukanlah perkara baharu, tetapi ia masih sering disalah anggap atau dipandang ringan oleh masyarakat. Masalah ini juga boleh berlaku bukan sahaja selepas bersalin, malah selepas keguguran. Tanda meroyan selepas bersalin perlu dikenal pasti seawal mungkin supaya ibu dapat menerima rawatan atau sokongan yang sewajarnya.
Ini kerana, masalah meroyan ini boleh menjejaskan kesejahteraan emosi, mental dan fizikal seorang wanita.
Tanpa pengurusan yang baik, ia boleh memberi kesan kepada hubungan ibu-anak dan juga seluruh keluarga. Ketahui cara untuk mengatasinya di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannyadi sini.
Tanda meroyan selepas keguguran atau bersalin
Ibu sedang menjaga anaknya.
Kebanyakan ibu yang baru melahirkan akan mengalami perubahan emosi dalam minggu pertama selepas bersalin.
Namun, apabila perubahan ini berlarutan melebihi dua minggu dan semakin serius, ia mungkin merupakan tanda meroyan selepas bersalin yang memerlukan perhatian segera.
Dalam kes tertentu, tanda meroyan selepas keguguran juga boleh muncul.
Ibu yang kehilangan kandungan sering dilanda kesedihan yang mendalam, rasa bersalah, dan kemurungan yang mungkin tidak dirawat kerana dianggap ‘belum sempat menjadi ibu’.
Petua hilangkan angin meroyan dan tanda meroyan selepas bersalin
Tenangkan isteri jika mereka tertekan selepas bersalin.
Rawatan perubatan sangat penting untuk kes meroyan yang serius, namun beberapa amalan tradisional dan petua turun-temurun juga boleh membantu mengurangkan tekanan emosi ibu.
Antara petua hilangkan angin meroyan yang biasa diamalkan adalah seperti:
#1. Berpantang dengan teratur
Pastikan ibu berpantang mengikut jadual dan mendapatkan rehat secukupnya bagi memulihkan tenaga dan emosi.
#2. Amalkan makanan panas dan berkhasiat
Makanan seperti halia, lada hitam, dan rempah tradisional dipercayai membantu memanaskan badan dan membuang angin.
#3. Urutan dan bertungku
Rawatan fizikal ini boleh membantu meredakan ketegangan otot, melancarkan darah dan melegakan emosi.
#4. Minum air herba seperti air rebusan daun sireh atau serai
Persediaan tradisional ini dikatakan membantu menenangkan saraf dan mempercepatkan proses pemulihan.
Petua-petua ini boleh diamalkan bersama rawatan moden sebagai sokongan tambahan bagi meredakan gejala meroyan.
Cara mengatasi stress selepas bersalin atau tanda meroyan selepas bersalin
Cara mengatasi stress selepas bersalin memerlukan pendekatan menyeluruh, dari segi fizikal, mental dan sokongan sosial.
Berikut antara langkah-langkah yang boleh membantu:
#1. Berbincang dengan pasangan atau orang terdekat
Luahkan perasaan kepada suami, ahli keluarga atau sahabat rapat. Jangan simpan tekanan bersendirian.
#2.Dapatkan bantuan profesional
Jika gejala kemurungan berterusan, segera berjumpa doktor atau kaunselor untuk mendapatkan rawatan.
#3. Sokongan komuniti atau kumpulan sokongan ibu
Sertai komuniti ibu-ibu baharu yang boleh berkongsi pengalaman dan memberi sokongan emosi.
#4. Lakukan aktiviti yang disukai
Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri seperti membaca, mendengar muzik, atau berjalan santai untuk merangsang hormon positif.
#5. Cukup tidur dan jaga pemakanan
Badan yang letih mudah tertekan. Ambil masa untuk tidur sekejap semasa bayi tidur dan pastikan diet seimbang diamalkan.
Menjaga kesihatan mental sama pentingnya dengan penjagaan bayi. Ibu yang sihat emosi akan lebih bersedia dan bertenaga untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu.
Kesimpulan
Tanda meroyan selepas bersalin bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan.
Ibu yang mengalami tekanan, sama ada selepas bersalin mahupun keguguran, memerlukan sokongan daripada ahli keluarga dan rawatan profesional.
Antara simptom-simptom meroyan selepas bersalin.
Meroyan bukan kelemahan, tetapi satu isu kesihatan mental yang boleh diurus dan dirawat.
Dengan mengenal pasti tanda meroyan selepas keguguran, mengamalkan petua hilangkan angin meroyan, dan mengetahui cara mengatasi stress selepas bersalin, ibu dapat melalui tempoh berpantang dan awal keibubapaan dengan lebih tenang dan yakin.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Postpartum Depression. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9312-postpartum-depression. Diakses pada Mac 24, 2025.
Baby Blues and Postpartum Depression: Mood Disorders and Pregnancy. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/postpartum-mood-disorders-what-new-moms-need-to-know. Diakses pada Mac 24, 2025.
Postpartum depression. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/postpartum-depression/diagnosis-treatment/drc-20376623. Diakses pada Mac 24, 2025.
What is Postpartum Depression?. https://www.postpartumdepression.org/. Diakses pada Mac 24, 2025.
Essential Reads: Strategies for the Prevention of Postpartum Depression. https://womensmentalhealth.org/posts/prevention-of-postpartum-depression-2/. Diakses pada Mac 24, 2025.
Versi Terbaru
24/03/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor